Kalau ya kenapa Duga Filman.
Aliff pantas melempiaskan tawanya. Kalau ya baguslah. Aliff dengar Ma dengan Naj berbual tadi. Kata mereka, abang dah lama tak keluar seorang diri malam-malam macam ni. Dia orang tengah bergosip tentang abang sepanjang malam ni. Canang Aliff.
******
Filman sekadar tersenyum simpul. Gelagat ibu dan adik perempuannya itu sudah lama difahaminya. Dia juga sedar gerak-gerinya yang berpakaian agak kemas dari biasa, mengundang tanda tanya orang-orang di rumah itu.
Oh ya, Melly dah tidur Tanya Filman. Dalam sibuk-sibuk pun dia tak lupa bertanya khabar anak kecil kesayangannya.
Ma dah tidurkan dia tadi. Dia merengek-rengek juga nak abang tidurkan dia, tapi mujur ada teddy bear besar tu. Ujar Aliff.
Filman tergelak kecil. Pasti teddy bear besar berwarna pink itu sedang enak dipeluk anak gadisnya ketika ini.
Oh ya, abang nak ucapkan terima kasih sebab Aliff sudi tengok-tengokkan Melly masa abang tak ada, lepas tu hantar dan ambil Melly di taska lagi. Terima kasih ya.
Apa abang mengarut ni Melly tu kan anak saudara Aliff jugak. Dah jadi tanggungjawab Alif untuk tengok-tengokkan dia. Lagipun setakat ambil hantar dia ke taska tu tak ada masalah. Balas Aliff.
Filman tersenyum. Dia tahu Ariff memang boleh diharap. Anak muda itu memang sentiasa ringan tulang apabila diperlukan.
Cuma Kata-kata Aliff terhenti setakat itu.
Cuma apa Mata Filman menular ke arah Aliff.
Perempuan yang kat taska tu Tutur Aliff dengan nada tidak yakin.
Filman terpanggil-panggil untuk memandang anak muda itu lebih lama. Maksud Aliff siapa Lynn Umaira Atau Danira
Siapa yang Aliff maksudkan
Aliff terpisat-pisat memandang Filman yang terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja, fikirannya membeku. Apa yang menjadi persoalan di kepalanya dipendamkan diam-diam.
Tak ada apa-apalah bang, Aliff yang kuat curiga agaknya. Geleng anak muda itu lalu segera menepuk bahu Filman di sampingnya.
Aliff naik atas dulu la bang. Lagipun Aliff belum solat ni. Sambung Aliff, meminta diri untuk naik ke biliknya. Filman sekadar mengangguk. Namun kata-kata anak muda itu membuatkan dia tidak senang duduk. Seolah-olah ada sesuatu yang mahu diperkatakan Aliff padanya. Apa sebenarnya yang ingin dibicarakan anak muda itu Sampai sudah Filman jadi bingung!
Pintu kamarnya dikatup rapat-rapat. Sesudah itu dia duduk di birai katilnya. Wajahnya muram kelat. Sengaja dia berbohong dengan Filman dan angkat kaki dari situ sebelum Filman mendesaknya.
Sejak dia mengambil Melia dari Sissy Kindergarden beberapa hari yang lalu, fikirannya entah kenapa asyik terfikirkan gadis yang berkerja di taska itu. Apatah lagi gerak-geri gadis itu mengundang curiganya. Malah kehadiran gadis itu di rumah mereka beberapa malam yang lalu, benar-benar membuatkan dia hairan. Namun sehingga sekarang, apa yang berkecamuk di fikirannya tidak jua terlerai.
Sebaliknya dia merasa menyesal kerana melepaskan gadis itu pergi tanpa apa-apa penjelasan. Bodoh! Sepatutnya kau soal siasat dia puas-puas! Gali sedalam-dalamnya kenapa gadis itu memandang kau satu macam seperti kau berhutang dengannya. Sekarang tak fasal-fasal kau tak boleh tidur kerana asyik berfikir tentang gadis itu.
Danira! Sebut Aliff berkali-kali. Nama itu ringkas tapi sedap disebut. Wajah itu manis bertudung meskipun sekadar memandangnya tanpa memberikan senyuman.
Kak Nira tu baik tau Pak Su. Canang bibir kecil yang sudah tahu memuji.
Kenapa Melly cakap macam tu
Kak Nira selalu beri Melly aiskrim. Kadang-kadang dia bacakan Melly buku cerita macam yang nenek selalu buat. Ujar gadis kecil itu.
Asyik puji dia saja. Melly sukakan Kak Nira ya
Suka. Papa pun suka Kak Nira.
Kata-kata akhir gadis itu membuatkan dia terkedu mendengarnya. Tanpa dipinta, bibir Melia petah bercerita tentang perkelahan di pantai Port Dickson tempohari.
Aliff meraup wajah. Sebenarnya dia hanya bercanda kosong dengan Filman tentang gosip antara ibunya dengan Najla. Kedua-duanya tidak pernah bergosip begitu sebenarnya. Sebenarnya dia sengaja mengatakan begitu untuk mengumpan Filman. Entah kenapa hatinya meronta-ronta ingin tahu, apakah Filman diam-diam bertemujanji dengan gadis di taska itu
Kalau ya pun kenapa Apa kaitannya dengan kau Suara hatinya tiba-tiba berbisik. Betul juga! Apa kena mengenanya dengan aku Aliff menggaru kepala tidak gatal. Ah! Lupakan sahaja gadis itu!
Dia segera bingkas bangun mahu menuju ke bilik air. Namun tiba-tiba tubuhnya menggeletar. Getaran itu semakin lama semakin kuat bagaikan dia terkena sawan, memaksa dia memaut bucu katilnya dengan bersusah payah. Sebelah tangannya memegang kepala yang mula berdenyut kuat. Tak tertahan dengan kesakitan yang tak mampu ditanggung, terhuyung-hayang dia meluru ke arah meja tulisnya.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang terjadi dengan Aliff Apa yang menyebabkan dia sakit kepala