MY PRETTY BOY - 87
MBAK DEWI menyelak langsir yang menabiri bilik Tunku Hardie. Perlahan-lahan dibuka kelopak matanya dan serta-merta mengangkat tangan bagi menghadang cahaya mentari dari menusuk terus ke dalam mata.

Selamat pagi, Tuan ucap Mbak Dewi sambil membantu Tunku Hardie bangun mengengsot bersandar ke kepala katil.

Burung yang berkicauan menengek di tepi jendela dipandang sepi. Tunku Hardie memerhati Mbak Dewi sedang menyusun baju yang berlipat di dalam almari dan mengeluarkan kelengkapan satu persalinan untuknya seperti biasa.

Tuan bersiap dulu. Nanti turun ke meja makan. Pak Tunku dan Dr. Qamra sedang menanti Tuan di sana. Lekas ya! Pesan Mbak Dewi sambil meletakkan sehelai lampin dewasa di atas meja sisi seperti biasa. Kemudian dia berlalu pergi dan menutup pintu.

Tunku Hardie merenung ke arah anak-anak jari yang berbalut semalam. Masih terasa lagi kelembutan tangan Qamra Ain teliti membalut setiap jari yang terluka. Dia rindukan sentuhan itu, sentuhan manja Qamra Ain seperti dulu. Namun, tangan ini juga yang ringan menampar muka seorang gadis yang telus menyintai sepenuh hati.

Bingkai gambar yang disorok bawah bantal diambil keluar. Setiap saat tanpa jemu ditatapi senyuman Qamra Ain di dalam gambar. Manis berpayung merah di sisinya sambil menayangkan seutas gelang Pandora, pemberian hadiah di ulangtahun Qamra Ain.

Air mata yang bertakung di tubir mata diseka dengan belakang tapak tangan. Sedih berbaur gembira kerana akhirnya dapat menatap semula seraut wajah yang dinanti sekian lama. Qamra, aku inginkan diri kau datang temui aku dan aku nak kau tau yang aku masih menyintai kau sama seperti kita yang dulu.

L

ENA tidur semalam, Qamra soal Tun Tunku Harith ketika mereka berdua sedang menikmati sarapan di meja makan utama. Sementara menanti Tunku Hardie bersiap dapatlah dia berbual mesra dengan doktor yang disayangi oleh segenap pekerja di THSC. Qamra Ain yang sedang menguis-guis bihun goreng bagi mengasingkan bawang ke tepi pinggan tersentak.

Im good. Suhu aircond tinggi. Saya tak berapa lena tidur semalam, Tuan.

Oh ya! Im so sorry. Rein yang punya kerjalah tu. Tak apa, nanti saya minta Mbak Dewi turunkan suhu aircond bilik kamu Mbak! Ke sini kejap, laung Tun Tunku Harith mengadap ke arah dapur.

Kelam kelibut Mbak Dewi datang ke arah mereka berdua.

Ada apa, Pak Tunku

Dah kejutkan Hardie Tanya Tun Tunku Harith sekilas mengerling ke arah Qamra Ain. Kelihatan gadis itu tak senang duduk bila nama Tunku Hardie disebut.

Dah, Tuan. Mungkin tengah bersiap. Tadi Mbak dah sediakan persalinan Tuan Hardie di bilik tadi. Sekejap lagi turunlah tu.

Ermmm tak apalah. Oh ya nanti turunkan suhu aircond di bilik Dr. Qamra ya

Mbak Dewi mengangguk faham dan berlalu pergi menuju semula ke dapur. Sejurus selepas itu, kedengaran bunyi lif berdenting. Pintu lif berdinding kaca terbuka. Tunku Hardie berserta kerusi roda terkial-kial keluar dari lif.

Tun Tunku Harith yang duduk mengadap ke arah lif pantas bangun dari kerusi lalu pergi mendapatkan Tunku Hardie. Qamra Ain hanya sekilas mengerling ke arah Tunku Hardie ketika melewati sebelah tanpa mengerakkan kepala.

Tun Tunku Harith menolak kerusi roda dan diletakkan duduk bersebelahan dengannya yang sela 2 buah kerusi dari tempat duduk doktor muda itu. Tunku Hardie mencuri pandang ke arah Qamra Ain yang leka tunduk memandang ke arah pinggan. Bihun goreng disuap lambat-lambat ke mulut.

Kamu nak makan apa, Hardie Soal Tun Tunku Harith sambil meratakan Peanut Butter ke atas roti Gardenier.

Tiada respon. Dia menoleh ke arah Tunku Hardie yang leka memerhati Qamra Ain. Gadis itu pula diam seribu bahasa.

Dr. Qamra adalah doktor genius di THSC tau, Hardie. Tahun lepas, dia berjaya selesaikan kes anak VIP. Sebab tu, Papa hire Dr. Qamra jaga Hardie di Villa. Papa harap kamu jangan buat hal lagi lepas ni, ceritanya panjang lebar. Roti tadi diletakkan ke atas pinggan kosong berdekatan Tunku Hardie.

Tunku Hardie cuba mencapai garpu yang tersusun di tepi pinggan namun belum sempat digenggam garpu terlepas dari pegangan lalu jatuh berdenting ke atas lantai. Dia merengus lalu pinggan ditolak dengan kuat hingga berlaga dengan segala macam benda di atas meja. Qamra Ain yang leka berkhayal terkejut bila mendengar sesuatu bunyi dekat di telinga.

Tuan Harith, pagi ni saya nak minta izin bawa Tuan Hardie keluar ke taman ambil angin di luar, ucap Qamra Ain dengan intonasi suara yang mendatar. Tun Tunku Harith menggangguk setuju. Bagus juga jika sesekali Tunku Hardie berada di luar dari duduk terperap menambahkan lagi runsing kepalanya.

Tuan Hardie, sejam lagi kita jumpa di parkir kereta, Qamra Ain bangun dari kerusi dan melangkah pergi ke arah pintu utama. Malas hendak menonton drama sebabak dua beranak itu di meja makan.

Hardie please control yourself! Please pujuk Tun Tunku Harith yang sudah lali dengan perangai Tunku Hardie acap kali sarapan berdua.

Dia membatu diri, memandang sepi ke arah roti yang masih elok terletak di atas pinggan.

B

EBOLA mata Qamra Ain menebarkan pandangan di sekeliling taman mencari sesuatu untuk dijadikan alat senaman yang sesuai untuk fisioterapi buat Tunku Hardie. Sambil Qamra Ain menolak kerusi roda. Sesekali menoleh ke kiri dan sekejap ke kanan. Di akhir jalan, Qamra Ain terpandang ke arah alat senaman Leg Press.

Tuan, hari ni kita mulakan fisioterapi dengan alat senaman ni, Qamra Ain mulakan bicara. Tunku Hardie hanya menurut tanpa bantahan. Dia sedaya upaya bangun dari kerusi roda sambil dipapah oleh Qamra Ain berpindah duduk ke atas alat senaman Leg Press.

Letak kaki Tuan di atas pemijak, lepas tu tolak pemijak dengan kaki serta luruskan kaki sepenuhnya. Alat senaman ni bagus untuk tulang belakang dan paha, Tuan, arah Qamra Ain sambil membuat demo cara pengunaan alat itu.

Tunku Hardie cuba menolak pemijak sekuat yang boleh namun hanya mampu bertahan separuh jalan. Dicuba sekali lagi namun hasilnya tetap sama. Semakin sakit dirasakan tulang belakang yang membawa keseluruhan kaki.

Qammm raaa sa saya tak bo boleh bu at. Sa kit, Qamm ra.

Kalau begini gamaknya, sampai bila pun Tuan takkan dapat berjalan! Tuan ingat dengan meratap nasib dalam bilik, Tuan boleh berjalan semula tanpa usaha Nasib takkan berubah kalau Tuan tak cuba mengubah nasib Tuan sendiri!

Pelbagai alat kecergasan yang disuruh Tunku Hardie mencuba. Dari House Rider Machine, Body Pulling Trainning, Double Sit Up Board dan diakhiri fisioterapi dengan Air Walker. Tunku Hardie tiada pilihan dari berterusan mencuba alat senaman tersebut meskipun terasa perit anggota kakinya. Berkali-kali dicuba akhirnya dapat juga diluruskan kaki ke depan. Tiga jam berlalu hanya dua, tiga kali dia berjaya lakukan.

Cukup untuk hari ni. Esok kita cuba lagi, ujar Qamra Ain sambil membantu Tunku Hardie berpindah duduk di atas kerusi roda semula.

Kemudian dia menolak perlahan-lahan sambil memandang ke arah tasik yang terhampar luas. Terbayang di ruang mata sewaktu seiringan berjalan dengan Tunku Hardie. Tanpa disedari mereka telah sampai di parkir kereta yang menanti Saiful di situ.

En. Saiful, nanti bagitau Tuan Harith yang saya ada urusan di luar. Malam nanti saya balik. Kata pada Tuan, jangan risaukan saya. Sebelum saya terlupa, pesan Mbak Dewi yang ubat Tuan Hardie saya jadualkan pukul 8, pesan Qamra Ain sambil membantu Tunku Hardie masuk ke dalam kereta Mercedes Benz tempat duduk belakang.

Cik Qamra nak ke mana Biar saya hantarkan. Tak apalah, En. Saiful. Saya boleh naik bas. Lagipun, tak jauh benar bustop depan tu aje.

Kalau begitu, saya balik dulu. Jangan lewat sangat, risau Pak Tunku nanti. Kalau ada apa-apa nanti call saya, giliran Saiful pula memesan. Walaupun hanya sekadar PA, dia juga bertanggungjawab di atas keselamatan Qamra Ain apatah lagi gadis ini merupakan insan kesayangan oleh Tun Tunku Harith.

Saiful menghidupkan enjin kereta dan sela beberapa minit kereta Mercedes Benz menderum pergi membelah langit vanilla di petang ini. Tunku Hardie hanya mampu menikus di dalam kereta dan memerhatikan Qamra Ain di sebalik cermin pandang belakang semakin jauh dari pandangan mata.