Antara satu-satunya perkara yang leceh sewaktu minggu pertama persekolahan di sesetengah sekolah adalah kewajipan membalut buku teks. Semua buku teks hendaklah dibalut dengan menggunakan plastik, kertas pembalut ataupun kertas minyak. Malahan, pelajar yang tidak membalut buku teks akan dikenakan hukuman.
Oleh kerana membalut buku teks memerlukan skill, kebanyakan ibu bapa akan menolong anak-anak dalam membalut buku teks. Sesetengah ibu bapa lain pula akan menyuruh abang atau kakak yang menolong.
Walaupun alasan buku teks wajib dibalut adalah kerana mahu menjaga ketahanan dan kualiti sesebuah buku teks, perbuatan ini sememangnya tidaklah relevan langsung.
Tambah hodoh jika buku teks dibalut dengan kertas minyak.