MY PRETTY BOY - 88
TUNKU HUSSEIN melemparkan pandangan di sekeliling ruang tamu banglo 2 tingkat itu. Bertahun dia menghuni di sini tanpa pengetahuan Tun Tunku Harith. Dia lebih selesa tinggal bersendirian. Sekembalinya ke Malaysia, episod cinta tanpa sengaja pun bermula. Kenangan setiap detik bersama Qamra Ain sejak pertama kali terpandang ke arah wajah suci itu sering bermain di ruang mata di waktu duduk bersendirian.

Dia perlukan ketenangan di malam ini. Jaket hitam yang tersidai di belakang kerusi dicapai seraya disarungkan ke tubuh. Dia melangkah menuju ke pintu dapur, dipulas tombol lalu ditolak pintu separa buka hanya muat-muat untuk badannya keluar. Di biarkan pintu terbuka setengah. Diatur langkah ke ruang taman sambil memeluk tubuh. Di bangku kayu, dia duduk bersendirian di situ. Jika dulu, ada Turbo yang setia menemani setiap malam dan kini arnab itu dibawa pulang untuk menemani Tunku Hardie di Villa Tun Tunku Harith.

Tunku Hussein menghela nafas panjang. Resah, gelisah dan keluh kesah silih berganti menerjah sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi, Qamra Ain yang dicintai itu sudah mengetahui tentang dirinya yang sebenar. Ditambah pula dengan terbongkar rahsia tentang Tunku Hardie adalah abangnya.

Qamra Ain, semakin hari dirasakan semakin menjauhi untuk didekati. Semakin lama dirasakan cintanya pada gadis itu semakin pudar untuk digilap. Akhirnya, Qamra Ain melangkah pergi tinggalkannya seperti yang dijangka. Tak! Dia tak sanggup kehilangan Qamra Ain!

Dia tunduk menyorokkan wajah. Dihalakan pandangan ke arah tanah. Tak semena-mena air mata hangat jatuh terus setitis demi setitis. Tak tertahan rasa rindu yang mendalam di kala ini. Sesungguhnya, dia rindukan Qamra Ain di malam ini.

Sein

Dia kenal suara itu. Sayup kedengaran di telinga. Merdu dan manja. Sama seperti kali pertama mereka bertentangan mata. Perlahan-lahan dia mengangkat wajah yang masih berlinangan air mata di pipi. Terus dihalakan redup pandangan ke arah empunya suara yang sedang berdiri mengadap sambil tersenyum. Lekuk di kedua belah pipi jelas kelihatan walaupun hanya neon yang samar-samar cahaya menerangi segenap taman.

Qamra Ain duduk berlabuh bersebelahan dengan Tunku Hussein. Simpati dan belas dia melihat keadaan Tunku Hussein sejak kebelakangan ini. Hakikatnya, dia tak mampu lagi untuk membenci jejaka ini. Yang pernah menjadi pemangkin semangatnya.

Kenapa dia perlu menghukum Tunku Hussein sedangkan jejaka itu ikhlas menyayanginya Tunku Hussein tiada kaitan langsung kisah hidupnya dan Tunku Hardie. Jika dari awal dia tahu jejaka ini keturunan Tunku, Tunku Hardie pula adalah abangnya, ini semua tak berlaku dan sudah tentu kisah mereka tak sampai setragik ini.

Please, stop crying pujuk Qamra Ain lirih serta mengesat air mata Tunku Hussein dengan hujung ibu jari. Dia membiarkan saja jari lembut itu menyentuh pipinya.

Tak tertanggung rasanya, tapi saya tak tau nak buat apa, Qamra beritahunya perlahan. Suaranya juga kedengaran tersekat-sekat di telinga apatah lagi malam ini terasa sunyi tanpa sebarang bunyi kodok atau unggas-unggas berterbangan.

Qamra Ain menghela nafas panjang. Terasa bersalah kerana tergamak membiarkan Tunku Hussein menderita sehingga ke tahap ini. Dia jadi begini sejak mendapat tahu tentang lelaki keparat yang dibencinya itu adalah abang kepada Tunku Hussein. Dek pertalian itu, mereka berdua dihimpit dengan kisah cinta luka yang lama.

Yang lebih memeranjatkannya, sejak awal lagi Tunku Hussein tahu tentang latar belakang kehidupannya. Bukankah sengaja menempah maut sedangkan Tunku Hussein sedia tahu bahawa dia teramat bencikan Tunku Hardie Dia teringat kembali kata-kata Reza Rizman dan Rudy Armani ketika menikmati minum petang di Mels Caf.

Kau tak boleh berterusan menghukum TH, Qamra. Dia tak bersalah dalam kisah cinta kau dan Hardie, nasihat Reza Rizman.

Betul kata, Reza. You tak seharusnya menghukum TH sampai ke tahap ni. Kesian dia, Qamra. Sudah puas hidupnya menderita, giliran Rudy Armani pula menasihati.

Dia juga bersimpati dengan apa yang menimpa diri Tunku Hussein. Walaupun jejaka itu merupakan MD di THSC tapi hubungan mereka tetap seperti dulu. Cuma, di kala waktu bekerja dia perlu menghormati Tunku Hussein sebagai peneraju THSC.

Qamra Ain mendengar sepi. Telinganya sudah muak mendengar cerita yang berkaitan dengan Tunku Hussein dan Tunku Hardie.

I tau kisah hidup you dari awal lagi tanpa you tau. Untuk pengetahuan you, TH setiap hari bertanyakan tentang you dari I. Sebelum Tunku Raffzul dilantik menjadi VP, Tunku Hardie pemilik jawatan asal. Di masa tu, you masih lagi menuntut di A-AH. Selepas peristiwa pahit menimpa Tunku Hardie, dia didapati mengalami trauma dan disahkan paralysis. Waktu tu TH masih di CA.

Apa you cakap tadi, Rudy Apa yang sebenarnya berlaku

Panjang ceritanya, Qamra. Hardie accident. Pada waktu tu, hujan turun dengan lebat. Jadi kereta yang melalui jalan tu hilang kawalan. So, dirempuh Hardie. Accident Qamra Ain mengerut kening.

Waktu hujan

Bila

Masa Hardie tengah kejar kau, Qamra. Aku sampai ke tempat kejadian. Masa tu Hardie dah dibawa oleh ambulans ke THSC.

Astagfirullah istighfar Qamra Ain. Dia termenung seketika. Bingung. Rupanya ada sesuatu yang dia tak menahu selama ini. Ah! Kenapa dia harus tahu sedangkan pada petang yang tragik itu Maria yang hancurkan segala-galanya! Kenapa Hardie mengejarnya lagi

Lepas 2 tahun peristiwa tu, TH dipanggil balik ke Malaysia dan tambahan pula kesihatan Tuan Harith tak berapa baik sejak akhir-akhir tu. Dia terpaksa lupakan karier doktor demi memenuhi permintaan Tuan Harith untuk uruskan Mels E sebagai CEO di sana. Dari situ, setahun dia memerhatikan kau dari jauh dan segala-galanya tentang kau. Itupun secara kebetulan dia ternampak kau setiap hari di tembok depan tu dan di waktu itu TH tak tau yang kau kekasih Hardie.

Aku yang bagi idea pada TH supaya tak tonjolkan status sebenar pada kau. Dia ingin mengenali kau, tapi dia takut kalau-kalau kau samakan dirinya dengan Hardie. Dia mahu menebus dosa-dosa abangnya yang membuatkan kau menderita selepas Babah kau meninggal. Jangan salahkan dia. TH tak bersalah,

Qamra.

Habis, kau nak kata salah aku Begitu

You tak tau cerita sebenarnya, Qamra. Jangan you buat andaian tanpa you tau apa sebenarnya yang berlaku. TH melarang I menceritakan pada you tapi I tak sampai hati melihat you buat TH derita sampai ke tahap ni. You tak kesiankan dia, Qamra Dia ikhlas mencintai you!

Ikhlas Kalau dia ikhlas kenapa dia tipu I, Rudy Konon simpati dengan I atas apa yang Hardie buat pada I dulu Soal Qamra Ain serius. Mendatar suaranya. Malas sudah untuk mendengar apa-apa penjelasan lagi. Sukar untuk menerima dirinya dikhianati sekali lagi.

Walaupun dia berstatus kerabat tapi TH tetap manusia biasa. Ada hati dan perasaan. TH mahu dilayan seperti orang biasa, Qamra. Sebab tu dia rahsiakan statusnya. Dia tau latar belakang tentang kau, tentang Hardie. Tapi, dia masih nak dekati kau. Baginya, kau gadis yang istimewa dan berbeza dengan mana-mana gadis yang pernah cuba didampingi. Bila kau memilih untuk mencapai cita-cita kau menjadi seorang doktor, dia terasa kehilangan. Dia takut kehilangan kau, Qamra. Aku merayu pada kau maafkanlah, TH. Jangan biarkan dia derita lagi. Cukuplah setakat ni, Qamra, tak jemu-jemu Reza Rizman memujuk.

Iyalah, sembilan tahun hatinya yang terguris ditutup rapat. Tambahan pula dengan kehidupan tragiknya menambahkan lagi luka dan bara yang tersimpan. Itu yang dikatakan ikhlas Apa Adakah muka dia ini tertulis muka kaki kikis dan pentingkan darjat keturunan Itu yang Tunku Hussein nampak tentangnya sejak dulu

Qamra Ain menghabiskan baki Hazelnut Coffee di dalam cangkir. Lantas dia bangun dari kerusi dan melangkah pergi tanpa berpaling lagi.

Qamra! TH ikhlas menyintai kau bukan kerana simpati kerana kau, Qamra! Jerit Reza Rizman dan sekaligus membuatkan dia terhenti melangkah keluar. Sekilas dia menoleh ke belakang dan kemudian dia menarik pintu kaca tersebut seraya melangkah keluar.

Daun-daun kering yang luruh di atas paha mematikan lamunan Qamra Ain yang sejenak.

Kan saya ada di sini, awak tak perlu menangis kerana saya, Sein. Saya dah tau segala-galanya. Kenapa awak masih bersama saya sedangkan awak tau begini pengakhirannya cerita kita

Saya saya tak boleh menahan perasaan saya pada awak, Qamra. Sejak awal pertemuan lagi, serius saya tak tau yang awak adalah bekas kekasih Hardie sehinggalah Reza ceritakan pada saya. Waktu tu saya tak kisah siapa diri awak di masa lepas. Setiap hari, saya teringatkan awak dan ikuti perkembangan tentang awak melalui Rudy, Tunku Hussein menarik nafas dan menghela perlahan sebelum menyambung cerita.

Ya, Reza pernah melarang saya dekati awak. Saya cuba Qamra untuk jauhkan diri saya namun saya gagal! Semakin saya cuba, semakin kuat rasa cinta saya pada awak. Dan, saya tau di suatu masa nanti awak akan tau juga meskipun bukan dari saya.

Kita takkan dapat bersama, Sein ucap Qamra Ain sayu.

Awak menolak cinta saya sebab Hardie Please, dont.

Ada hati yang terluka jika hubungan ni berterusan, Sein. Lambat laun, Hardie akan tau juga. Awak perlu terima hakikat yang hubungan kita hanya sekadar kawan.

Kehangatan tangan Tunku Hussein mengenggam jari-jemari Qamra Ain. Sungguh erat bagaikan tak mahu melepas pergi. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapu perlahan ke wajah sekali gus membuaikan rambut yang jatuh terjuntai di dahi Tunku Hussein.

Perlahan-lahan Qamra Ain melepaskan genggaman. Masih lagi ada sisa-sisa air mata Tunku Hussein yang masih belum reda. Diseka sekali lagi dengan hujung jari. Keningnya berkerut bila tak sengaja tersentuh dahi Tunku Hussein.

Awak demam ke Lebih baik awak masuk ke dalam. Lagipun, cuaca di luar ni sejuk, arah Qamra Ain sambil membantu Tunku Hussein berdiri.

Kepalanya terasa berat dan pandangan mula berpinar-pinar. Apa taknya, sudah beberapa hari tak boleh melelapkan mata. Qamra Ain berjalan beriringan sehingga di hadapan pintu dapur. Di situ, dia melepaskan Tunku Hussein masuk ke dapur bersendirian.

Qamra, biar saya hantar awak balik. Hati saya tak tenteram kalau saya lepaskan awak balik seorang ke Villa, pintanya sambil bersandar di tepi pintu, mengigil-gigil rasa seluruh anggota badan disebabkan hembusan penghawa dingin dari arah dalam.

Tak apalah, Sein. Lagipun nak hujan diluar.

Takut awak demam nanti. Biar saya balik dulu. Hari pun dah jauh malam. Jangan lupa makan ubat. Assalamualaikum dia mengangkat hud sweater menutupi kepala.

Ketika hendak beredar, lengannya pantas disambar oleh Tunku Hussein sekaligus membuatkannya berpaling muka semula berhadapan dengan jejaka itu. Kali ini, dia benar-benar nampak jelas kejernihan anak mata hazel Tunku Hussein memandang redup keseluruhan wajahnya tanpa secalit bedak.

I love you so much, Qamra. bisiknya perlahan ke telinga.

Kemudian dia menatap semula wajah gadis itu sebelum meleraikan gengaman tangan. Tergamam dia tanpa kata. Sudah berkali jejaka itu memberitahu kata-kata keramat itu padanya namun dia tak pernah sekalipun melontarkan secara terus-terang. Berat sungguh mulut untuk menyatakan pada Tunku

Hussein.

Hussein, apakah kau yang benar-benar ditakdirkan untukku Atau pun ada insan lain yang sedang menanti aku di luar sana

Di sebalik pokok, ada sepasang anak mata yang galak menyaksikan keintiman mereka bersama hati yang luka parah.

K

EDENGARAN bunyi guruh berdentum disertai petir halilintar yang amat kuat di dada langit.

Qamra Ain mendongak ke arah langit yang kelam. Titisan hujan gerimis turun membasahi jalan. Terpaksa dipercepatkan langkah sebelum hujan lebat turun sebentar lagi. Tambahan pula, pacaran petir yang bertalu-talu di langit menambahkan lagi ketakutannya. Hanya beberapa jarak lagi untuk sampai ke kaf Makcik Zainab. Qamra Ain berlari sekuat yang boleh hingga sampai ke pondok pengawal. Kalau berterusan menunggu di pondok ini, entah bila hujan akan berhenti. Jika berlari di bawah hujan, sudah pasti habis lenjun sweaternya dan perlu menunggu beberapa hari kering.

Qamra Ain melihat ke arah restoran yang masih terang benderang. Sementara menunggu hujan berhenti, dia singgah ke restoran Makcik Zainab. Sedang sibuk melurut lengan sweater yang basah pandangannya tertancap ke arah sesusuk tubuh yang sedang duduk berteduh di bawah pokok tak jauh dari pondok pengawal tadi.

Siapa yang berdiri di situ Qamra Ain nekadkan hati untuk mengetahui gerangan kelibat yang duduk bersendirian bermandikan hujan malam ini. Dia berlari sekuat hati sehingga sampai di bawah pohon dan berdiri membelakangi kelibat itu. Tak semenamena, susuk tubuh tadi berpaling muka mengadap ke arahnya seraya melebarkan payung memayungi mereka berdua.

Tuan Raffzul

I know you will come to me, Qamra Ain.