Mencari Kiblat Cinta - 89
Tak dibiarkan si pelayan itu cuba merapatinya saat ini. Lagipun dia sendiri tidak fikir dia akan lama di situ.

Apa yang Tengku nak cakap dengan saya Soal Joshua cuba berlagak tenang. Perasaan gementarnya cuba dihalau jauh-jauh. Namun adakala dia tetap merasakan lututnya mengigil jua di bawah meja.

Tengku Amar merenung lelaki di hadapannya dalam-dalam. Renungannya tajam dan tembus ke dalam anak mata lelaki itu.

Aku rasa kau tahu kenapa aku nak jumpa kau hari ni. Selar Tengku Amar.

Joshua menarik nafas panjang. Saya tak fikir ada apa-apa lagi yang harus kita bincangkan tengku. Bukti memihak pada kami kali ini. Dia dah dibebaskan! Ujar Joshua.

Jangan nak bersyarah dengan aku pasal bukti Josh. Ismail Habib dah beritahu aku segala-galanya. Dari mana datangnya saksi yang tiba-tiba muncul setelah enam tahun Soal lelaki itu.

******

Joshua terdiam. Dia sendiri tidak boleh memberikan butiran terperinci tentang wanita tua dan anak lelakinya yang konon-kononnya ada di tempat kejadian enam tahun dahulu.

Jangan-jangan ini hanya muslihat kau Josh. Kau sengaja nak menentang aku sebab kau nak balas dendam kerana dipecat dulu kan Tuduh Tengku Amar.

Joshua tersentak. Sampai begitu sekali lelaki itu meraguinya. Dahulu niatnya mempertahankan Danira diragui dan ditentang. Tanpa belas kasihan dia disingkir dari firma guaman lelaki itu. Dan kini, lelaki bernama Tengku Amar itu masih jua meragui segala tindak-tanduknya.

Itu bukan maksud saya Tengku. Tengku lebih tahu siapa Firdaus pada saya. Dia kawan baik saya. Tutur Joshua.

Kalau kau kawan baik dia, kau takkan khianati dia macam ni Josh. Kau takkan sebelahi pembunuh tu ketika anak aku mati dengan sia-sia. Getus Tengku Amar berang.

Joshua menarik nafas panjang. Kata-kata lelaki itu benar-benar menyengat perasaan. Entah kenapa, lelaki itu cukup degil enggan mengakui hakikat bahawa Danira tidak ada motif yang cukup kuat untuk membunuh Firdaus. Malah tangkapan gadis itu dahulu lebih kerana kesilapan teknikal.

Sekarang beritahu aku di mana pembunuh tu sekarang Soal Tengku Amar dengan suara keras.

Joshua tergaman.

Kalau undang-undang tak mampu menghukum pembunuh tu, biar aku sahaja yang hukum dia. Getus Tengku Amar dengan wajah merah padam. Suaranya tenggelam timbul dek api kemarahan yang membakar diri.

Joshua terdiam. Wajah Tengku Amar dipandang kesal. Ugutan lelaki itu entah kenapa membuatkan dia merasa bimbang. Dia faham benar sikap Tengku Amar. Meskipun dia tidak pasti apakah lelaki itu benar-benar serius dengan ugutannya, namun dia cukup yakin Tengku Amar akan melakukan apa sahaja untuk memastikan hidup Danira tidak tenteram.

Tidak jauh dari situ, pertemuan dua lelaki itu menjadi santapan sepasang mata. Mata lelaki itu asyik menatap gerak-geri Tengku Amar yang masam mencuka wajahnya. Bibirnya tersungging senyuman sinis. Tak sangka! Selepas beberapa tahun, sikap lelaki itu tidak pernah berubah.

Umar menghirup kopi yang berada di hadapannya. Dia sebenarnya bukan berada di situ secara kebetulan. Dia ingin menemui Joshua sebenarnya. Tapi menurut Joshua, dia ada temujanji di restoran itu. Maka hendak tak hendak, dia terus berkejar ke situ. Tak disangka-sangka, rupa-rupanya Joshua sedang menemui Tengku Amar.

Umar tiba-tiba teringatkan sesuatu. Ketika dia dalam penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur, dia pernah terpandang kelibat seorang lelaki yang persis Firdaus. Jangan-jangan lelaki itu adik Firdaus! Lagipun dia masih ingat Firdaus pernah bercerita tentang adik-beradiknya ketika mereka keluar minum suatu ketika dahulu. Apakah lelaki muda itu juga seorang peguam seperti Firdaus

Kau yakin nak teruskannya Soalan itu terpacul dari mulutnya. Dia ingin lelaki itu berfikir semasak-masaknya dahulu.

Firdaus mengangguk penuh yakin. Saya yakin uncle. Lagipun semua bukti berpihak pada kita. Kita akan kemukakan dakwaan ke atas mereka. Urusniaga Mednex Laboratories harus kita hapuskan sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Tekad Firdaus bersemangat.

Kalau ayah kau tahu, dia takkan setuju kau terlibat dengan kes ni Fir.

Kenapa uncle Firdaus kelihatan hairan.

Datuk Kahirul seorang ahli perniagaan yang berpengaruh. Ada risiko yang terpaksa kita tanggung jika kita gagal mengemukakan dakwaan ke atas Dato Kahirul.

Firdaus terpisat-pisat memandangnya.

Kalau kita gagal kali ini, kerjaya kita akan musnah Fir.

Firdaus menarik nafas panjang. Dia juga begitu. Kalau bukan kerana teman lamanya, tak mungkin dia akan terlibat begini jauh dalam kes ini. Pembunuhan temannya menjadi titik tolak kepada penglibatannya. Dan Firdaus yang ketika itu menjadi anak didiknya, dalam firma guaman Amar & Sons Co. turut membantunya dalam membongkar sebuah organisasi pengedaran dadah terbesar di ibukota.

Dari situ dia menyusun rancangan baru. Malah kes itu benar-benar menarik minat Firdaus. Mereka mula bekerjasama menyiasat tentang syarikat farmaseutikal milik Datuk Kahirul yang dikatakan menghasilkan sejenis dadah sintetik yang sangat berbahaya kepada manusia dipanggil Snowman.

bersambung

Bab akan datang:

Siapakah dalang di sebalik Mednex Laboratories Apakah rancangan yang diusahakan