Nasib baik restoran ini dibuka 24 jam walaupun tiada pelanggan yang datang berkunjung dinihari begini. Hanya di kala hujung minggu baru nampak restoran penuh sesak. Itupun, jika ada perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan-pasukan gergasi, jika tak restoran ini pasti sunyi sepi.
Malam ini hujan turun dengan lebat. Hanya mereka bertiga yang ada. Hanya sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang datang ke sini. Mungkin disebabkan Asam Laksa air tangan Makcik Zainab yang dicadangkan olehnya tempoh hari membuatkan mereka ketagih untuk menikmati berulang kali.
Qamra Ain menghulurkan 2 biji Panadol berserta segelas air suam ke tangan Tunku Raffzul. Diambil pula selimut tebal dari dalam bilik belakang lalu menyelimutkan badan lelaki itu.
Tuan bawa payung, kenapa tak pakai Kan dah dapat selsema.
Sengaja saya tak nak guna payung... jawabnya spontan dan kemudian bertalu-talu melepaskan bersin hingga naik merah hidungnya.
Qamra Ain menghulurkan kotak tisu ke tangan Tunku Raffzul. Baru dia teringat yang harus menelefon ke Villa maklumkan pada Tun Tunku Harith yang dia terperangkap dalam hujan.
Kejap ye, Tuan saya nak buat call. Nanti risau pula Tuan Harith, pinta Qamra Ain seraya beredar pergi ke suatu sudut. Usai membuat panggilan, dia duduk berlabuh di kerusi berdepan dengan Tunku Raffzul. Dia nampak ke aku kat banglo Sein tadi Apa tuan buat malam hujan begini
Tunku Raffzul menghulurkan gelas kosong ke tangan Qamra Ain dan digantikan dengan secangkir kopi yang masih panas. Pada mulanya, dia bercadang untuk bermalam di banglo Tunku Hussein. Hati bertukar luluh bila ternampak Qamra Ain yang tampak mesra dengan sepupunya sedangkan dia yang terlebih dulu mengenali Qamra Ain.
Cawan kopi dibiar menyejuk sendiri di atas meja. Qamra Ain meminta diri beredar sebentar membantu Makcik Zainab membasuh pinggan kotor yang bertimbun di sinki. Semasa duduk menyewa di atas, inilah rutin hariannya setiap kali balik dari THSC.
Tunku Raffzul mengamati gelagat Qamra Ain ligat menyusun atur pinggan gelas di rak pinggan mengikut saiz. Begitu teliti sungguh gadis ini. Dia tersenyum senget. Qamra Ain sewajarnya tak layak disakiti. Menyesal rasa hati, melampiaskan api kemarahan pada Qamra Ain dek kerana tragedi cintanya dulu.
Tanggapannya salah sama sekali. Dia menyesal dek silap menilai gadis sebaik Qamra Ain. Apa yang dilakukan oleh Qamra Ain serba tak kena. Sengaja dicari salah. Malahan pernah sekali terfikir untuk menyingkirkan Qamra Ain dari menjadi pasukan DMD hanya kerana satu dendam dan bukan kerana kemahiran unik yang dimiliki oleh gadis itu.
Qamra Ain, gadis misteri yang berjaya mencairkan hatinya yang selama ini keras membatu dek egonya yang tinggi. Di malam ini, dia tak terdaya lagi menahan perasaan yang ingin dia luahkan sejak setahun lalu.
Qamra Ain, I want to tell you tonight, the words that you havent ever heard, the words I want to tell you when I see you, the words I cant say by myself, I want to love you I love you and I want to be by your side forever Qamra, I want to tell you
Pandangan bertukar kabur. Tunku Raffzul memicit dahi yang terasa berdenyut. Mungkin penangan Panadol yang diberikan oleh Qamra Ain mula menjalar di dalam segenap urat. Nampaknya, tak terluah sekali lagi kata-kata dalam fikiran tadi di malam ini. Dia tak mampu lagi bertahan dan akhirnya jatuh rebah ke atas lantai.
Qamra Ain terdengar sesuatu bunyi kuat yang datang dari arah depan. Pantas dia menoleh dan terlihat Tunku Raffzul terbaring mengengkot. Lantas dia membasuh tangan yang penuh dengan sabun dan kemudian berlari merapati lelaki itu. Dia mengangkat kepala Tunku Raffzul lalu diletakkan ke atas riba. Rambut yang menutupi sebelah mata ditolak ke tepi. Sungguh rapat Tunku Raffzul melelapkan mata. Qamra Ain meraba dahi dengan belakang tangan.
Panas!
Makcik, ambilkan air suam untuk Qamra. Tuan Raff ni macam demam, pinta Qamra Ain kebetulan Makcik Zainab yang baru selesai menyapu sampah di dapur.
Tanpa berlengah wanita itu terus ke dapur mengambil apa yang dipinta oleh Qamra Ain.
Sementara menanti Makcik Zainab, dia memberanikan diri menyeluk poket jaket hitam yang dipakai oleh Tunku Raffzul. Tangannya tersentuh sesuatu lalu dikeluarkan SG N5 berwarna hitam dari dalam poket.
Senarai nombor telefon terpampang penuh di skrin sesentuh. Dia buntu, nombor siapa yang perlu dihubungi. Qamra Ain mencari satu demi satu nama yang ada di dalam senarai. Dia terjumpa sesuatu nama, Kazen Sein.
Qamra, ni airnya, tegur Makcik Zainab sambil meletakkan besen berisi air suam di tepi Qamra Ain.
Terima kasih, makcik ucap Qamra Ain dan kemudian Makcik Zainab beredar pergi menyambung kerja yang tergendala di sinki.
Qamra Ain kembali memandang ke arah SG N5. Dia teragak-agak untuk menelefon tapi dia tiada pilihan dari terpaksa juga mendail ke talian Tunku Hussein. Qamra Ain melekapkan telefon ke telinga. Hanya beberapa deringan, panggilan dijawab.
Assalamualaikum. Qamra Ain memberi salam sambil menekup mulut dengan tangan.
S
AUDARI cari nama Saiful, pesan suruh hantar ke sini. Nanti saya WhatsApps alamat, kata Tunku Hussein di hujung talian. Terus dimatikan panggilan. Dia menaip pantas alamat dan terus dihantar ke telefon pintar Tunku Raffzul.
Apa dia buat malam hujan macam ni kat luar
Dia meletakkan SG N5 ke atas meja. Tunku Hussein berbaring semula di katil sofa. Sementara menanti Saiful menghantar Tunku Raffzul, dilelap mata sejenak. Di malam sunyi, dia teringatkan Qamra Ain. Tak pernah sedetik pun dia melupai gadis itu. Kalau dulu, sebelum menggantikan tempat Tun Tunku Harith setiap hari mereka bertemu walaupun hanya sekadar bertanya khabar. Sejak menerajui THSC masa yang ada terlalu terhad untuk bersama Qamra Ain sekerap dulu.
Loceng pintu berbunyi berkali-kali mematikan lamunan. Dia bingkas dari katil sofa dan mengatur langkah terus ke arah pintu. Tombol pintu dipulas seraya pintu kayu itu dibuka seluasnya.
Baringkan Raff di atas sofa sana, arah Tunku Hussein tanpa perlu menunggu Saiful bertanya. Dia membantu sekali memapah Tunku Raffzul hingga ke ruang tamu.
Tunku Raffzul yang masih mamai terlena di sofa. Dia berkalih wajah ke arah Saiful.
Ambil Raff kat mana tadi soal Tunku Hussein sambil menghulurkan segelas air mineral ke tangan lelaki itu.
Saiful mencapai lalu meneguk hingga habis sebelum menjawab pertanyaan Tunku Hussein.
Tuan Raff berada di kaf 24 jam di kejiranan sebelah area sana. Dr. Qamra yang menelefon saya menyuruh datang membawa Tuan Raff ke kediaman TH.
Qamra Apa dia buat kat situ bukan ke ah, abaikan.
Dari raut wajah TH seperti ada masalah yang belenggu fikiran, Tuan.
Tak tak ada apa, abang Saiful.
Saya kenal TH bukan sehari dua malah lebih 20 tahun sejak TH masih bayi lagi. TH boleh menipu orang lain, tapi bukan saya. Dr. Qamra berada di dalam kereta. Tuan Harith titah bawa dia balik dan tinggalkan Tuan Raff di sini, beritahu Saiful yang sedia maklum ketahui yang Qamra Ain pasti ke sini selepas menyuruh hantar Tunku Hardie balik ke Villa. Tunku Hussein melepaskan keluhan dalam.
Entahlah, abang. Saya rasa macam nak gila bila fikir tentang
Dr. Qamra Pantas Saiful mencelah.
Tunku Hussein mengangguk pun tak, mengeleng pun tak. Hanya senyuman kelat yang menghiasi di bibir cerinya.
Apa-apa pun, saya harap Tuan hadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Biar Raff bermalam di sini. Oh ya Tuan Harith macam mana Tunku Hussein mengubah topik perbualan.
Seperti biasa... sihat. Hanya sejak akhir-akhir ni Tuan Harith lebih suka berkurung di bilik. Tuan Hardie pula mula tunjuk perkembangan positif. Insya-Allah, dalam setahun dua lagi Tuan Hardie boleh berjalan seperti biasa.
Nanti ada masa saya datang melawat Tuan Harith. Hari pun dah jauh malam, baik abang balik dulu. Hatihati bawa Dr. Qamra, pesan Tunku Hussein.
Selepas bersalaman, Saiful beredar keluar. Dia masih tertanya-tanya macam mana Tunku Raffzul ada bersama Qamra Ain. Qamra ke yang telefon tadi
Sesuatu bunyi seperti benda jatuh ke lantai kedengaran berdekatan dengan Tunku Raffzul. Sekilas dia menoleh. Kelihatan seperti sebuah kotak kecil berwarna perak terjatuh elok di atas lantai. Mungkin tercicir keluar dari poket, Tunku Raffzul. Tunku Hussein melihat ke arah Tunku Raffzul yang masih lena tidur sambil meletakkan lengan kiri di atas dahi dan sekilas dipandang pula ke kotak kecil itu.
Sambil memandang ke arah Tunku Raffzul, dia mengutip kotak kecil tadi dan terus membuka. Anak matanya buntang. Sebentuk cincin belah rotan yang terukir nama Qamra Ain di lingkaran cincin emas itu ditenung tanpa kelip. Bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Kini, Tunku Raffzul sudah berani menyentuh hati Qamra Ainnya!