PELACUR KELAS PERTAMA - 9
Hello Shuhada, ni Ibu

Oh, Ibu sihat

Alhamdulillah, Shuhada

Shu sihat, Ibu. Ayah mana

Ayah kamu kerja. Macam biasalah shu Ayah tu dah kerja lupa Ibu. Haha

Oh, ada apa ibu telefon Shuhada

Tak adalah. Ibu rindu pada Shuhada. Dah setahun Shuhada tak balik. Lepas kahwin terus tak balik sini. Kenapa

Shuhada

Ya Ibu,

Kamu ada masalah ke

Taklah, Abang Alias tu, dia busy sikit. Lepas kahwin ni makin banyak jemputan dia dapat. Nak balik sini pun jarang, Ibu. Inikan lagi balik ke sana

Oh. Tak apalah, nanti beritahu dia Ibu kirim salam. Ada masa kamu pulang lah ya

Insya-Allah, Ibu. Nanti Abang Alias balik saya beritahu. Dia tak ada sekarang, outstation ke Thailand sebulan macam tu

Kamu dah ada isi ke belum ni

Belum ada rezeki, Ibu.

Tak apalah, nanti ada lah tu, ya nak. Baiklah Ibu nak masak. Kejap lagi ayah nak balik. Bising pulak dia nanti tak ada makanan.

Baik, assalamualaikum

Telefon diletakkan ke tempat asalnya.

Shuhada mulai redha dengan setiap dugaan yang dia terima, biarpun sakit namun kebahagiaan sentiasa datang menemani di setiap mimpinya. Hembusan nafasnya ditemani dengan angin kerinduan. Azam, nama yang masih jelas terukir di hati Shuhada.

Komputer riba miliknya diletakkan di atas meja- dibuka facebook milik bersama Azam dahulu. dibuka setiap album gambar. Di kepala Shuhada masih terbayang setiap kenangan yang dilalui bersama Azam.

Lelaki tampan kacukan Belanda, berambut perang, berbadan sasa dan berjambang halus. Wajah Azam mampu menundukkan ego wanita dengan hanya satu senyuman. Hubungan mereka terjalin sejak dari di universiti lagi. Walaupun Azam kacukan Belanda, dia dahulu bersekolah agama di Terengganu. Azam tidak pernah mahu berpisah dengan Shuhada walaupun mereka telah terlanjur selepas mengikat tali pertunangan. Kasih sayang dan cinta mereka terlalu kuat. Malangnya, takdir tidak menyebelahi kisah cinta mereka. Shuhada berkahwin dengan Alias manakala Azam meninggal di Australia.

Semoga kau akan terus tenang menunggu aku di sana, ya sayang kata Shuhada sambil tersenyum.

Tiba-tiba bangun dari sofa empuk di ruang tamu itu dan mula menari-nari. Dirinya seakan-akan berimaginasi sedang berada di alam yang lebih indah. Dia berjalan ke Lonteng, mencari baju milik Azam yang kemudiannya dikendong sambil berkata,

Azam, ni anak kita Azam. You jaga anak ni tau jangan kasi hilang,

Shuhada tertawa sendirian. Akibat daripada tekanan yang dialami, Shuhada sering berimaginasi sendiri dengan kehidupan yang lebih bahagia.

---

Shuhada,

Ya, abang

Kata shuhada lembut sambil mengusap kepala suaminya yang berada di atas ribanya.

Masa di Thailand tempoh hari, abang asyik teringat pada Shu sahaja. Kenapa ya

Entah, abang sayang Shu la maksudnya kot kata Shuhada sambil gelak.

Taklah, abang Cuma sayangkan ini kata Alias sambil mengusap dada isterinya.

Shuhada diam. Dia membiarkan rentak Alias yang mula bangun dari pembaringan. Dikucupnya bibir isteri kesayangan. Dibaringkan isterinya dengan keadaan menyiarap.

Abang, haram buat macam ni kata Shuhada yang cuba untuk bangun. Namun kepalanya ditekan kuat ke katil.

Kau ni bodoh! Tak sekolah! Aku ni Ustaz, aku tahulah! Dalam surah an-Nisa Allah dah beritahu layanlah isterimu mengikut yang kau kehendaki. Sekarang kau nak lawan kata Allah Dah la tak pernah hormat aku sebagai suami. Ini Tuhan pun kau nak lawan

Dipukulnya punggung Shuhada dengan tali pinggang yang dicabut dengan sekali rentap daripada pinggangnya.

Shuhada meraung kesakitan. Sekali lagi Shuhada diliwat. Shuhada semakin lemah. Matanya semakin kabur.

Tuhan, aku merayu supaya kau tidak bangunkan aku lagi daripada lamunan. Aku rayu,

Tindakan Alias kepadanya tidak ubah seperti seorang pengemis yang sudah dahagakan makanan, Alias sangat rakus dan agresif. Shuhada sudah tidak punya kudrat melawan. Dia hanya mampu berserah dengan apa yang berlaku.