Ia merupakan sebuah mesin yang dijana dengan memecut zarah nuklear dengan kuasa yang amat laju, supaya unsur-unsur ini boleh dipecahkan dan ditukar menjadi unsur lain Dan pemecutan zarah nuklear ini boleh di. Kata-kata Profesor Adnan tiba-tiba terhenti. Matanya terpandang sesuatu. Dia melirik ke arah gadis yang duduk di tempat duduk yang paling belakang. Gadis itu hanya tersenyum memandang ke arahnya. Dia turut tersenyum lebar. Kelasnya diteruskan seperti biasa sebelum bubar sepuluh minit kemudian.
Kenapa Nira datang ke mari Kenapa tak terus balik ke rumah Soalnya pada anak gadis itu selepas habis kelas. Buku-buku dan laptopnya segera dikemaskan.
Nira nak bincang dengan ayah fasal birthday umi esok. Kita buat surprise birthday party untuk umi, boleh tak pinta Danira.
Hish tak baik membazir. Baik kita celebrate dengan sembahyang berjemaah, lepas tu makan malam bersama. Itukan lebih afdal. Ujar Profesor Adnan seraya menolak daun pintu dewan kuliah. Danira segera mengekori ayahnya dari belakang.
Tapi ayah
Belum sempat dia mahu membantah kata-kata ayahnya, telefon bimbit Profesor Adnan berbunyi nyaring. Lelaki itu memandang anaknya sambil mengisyaratkan agar gadis itu senyap.
Danira mengeluh panjang. Hampir tiap-tiap tahun, harijadi di rumahnya hanya disambut ala kadar. Kadangkala tanpa kehadiran ayahnya, kerana lelaki itu kerap kali keluar outstation sehingga berminggu-minggu lamanya.
Baik, nanti aku call kau semula. Lelaki itu menyudahkan perbualan. Matanya kembali mencari raut wajah anak gadisnya yang muram sendu. Melihat reaksi Danira, Profesor Adnan tidak dapat menyembunyikan ketawanya.
Macam nilah sayang, esok ayah ada hal. Apakata lepas ayah uruskan hal penting ni, kita celebrate birthday umi dekat luar macam yang Nira mahu. Boleh Dia memandang anak itu.
Wajah Danira berubah ceria sebaik mendengar janji si ayah. Betul
Profesor Adnan ketawa senang lantas mengangguk. Ha macam tulah anak ayah. Tak mahulah merajuk-merajuk macam ni, tak elok orang tengok. Ayah nak Nira selalu tunjukkan muka ceria tu. Nanti orang tengok, mereka pun gembira tengok anak ayah yang comel ni. Usik Profesor Adnan.
Ayah ni Danira memuncungkan mulutnya. Profesor Adnan sudah terkeheh-keheh ketawa. Lelaki itu tiba-tiba menyeluk saku seluarnya. Sebuah kotak kecil berbentuk bulat dikeluarkan. Danira tercengang memandang kotak di tangan ayahnya.
Apa tu ayah Soalnya ingin tahu. Kotak itu nampak cantik dengan ukiran bunga cengkih yang terukir di sekeliling kotak. Dia benar-benar berminat dengan kotak yang dipegang ayahnya.
Ini hadiah untuk Nira. Jawab Profesor Adnan.
Hadiah untuk Nira Wajah kecil itu berkerut. Kenapa bukan hadiah untuk uminya Dia hanya memerhatikan gerak geri ayahnya ketika lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari kotak tersebut. Seutas rantai bertatahkan plat kecil yang diperbuat dari emas cukup cantik kelihatan di tangan ayahnya.
Rantai ni untuk Nira. Ulang lelaki itu lagi seraya mengalungkan rantai itu ke lehernya. Dia hanya tercengang-cengang sambil menyentuh rantai yang terhias indah di lehernya yang mulus. Meskipun gembira dengan pemberian si ayah, tapi tercuit juga rasa hairan di hatinya.
Harijadi Nira kan lambat lagi, kenapa ayah tiba-tiba belikan Nira rantai ni Dia menyoal lelaki itu. Mata Profesor Adnan tertancap ke arahnya. Lelaki itu hanya tersenyum.
Sebab Nira anak kesayangan ayah. Lagipun, masakan hadiah hanya boleh diberi sewaktu menyambut harijadi. Ujar lelaki itu memberi rasional.
Naufal pun ada rantai macam ni. Ayah dah tempah satu untuk Naufal.
Matanya terkelip-kelip memerhatikan si ayah. Naufal pun ada Tapi lelaki mana boleh pakai emas, ayah. Ustazah kat sekolah Nira kata berdosa lelaki pakai emas. Tuturnya lurus bendul.
Profesor Adnan sudah ketawa terkeheh-keheh. Lucu mendengar kata-katanya barangkali. Sebab tu ayah tempah yang warna silver untuk Naufal. Rantai ni sebagai tanda kasih ayah untuk Nira dan Naufal. Jangan sesekali buang atau jual rantai ni tau. Dan kalau boleh jangan tanggalkannya dari leher Nira. Pesan lelaki itu.
Dia hanya mengangguk. Lengan lelaki itu segera dipaut. Kepalanya sengaja dilentokkan di bahu ayahnya.Nira akan jaga rantai pemberian ayah ni baik-baik. Sebab Nira sayang sangat pada ayah. Ujarnya seraya tersenyum. Kata-katanya memancing ketawa lelaki itu.
Oh ya, ayah ada kerja sikit. Nira nak balik dulu ke atau nak tunggu ayah
Nira tunggu ayah. Nira nak pergi makan kat kafe dulu. Tadi masa kelas tambahan, perut Nira asyik lapar aje. Dia mengadu.
bersambung
Bab akan datang :
Sempatkah Danira dijemput oleh ayahnya