Gadis Kebaya Merah - 9
BAB 9

MALAM ITU, selesai makan malam, Ana Dahlia mula masuk ke bilik. Tadi Nek Tom ajak berbual di anjung rumah. Lama juga mereka berbual, Kudin yang hanya menjadi pendengar setia masa berbual tadi asyik memandang ke arahnya. Pandangan Kudin tadi bagai nak tembus anak matanya. Kuyah pula seperti teragak-agak bila ditanya tentang sampul yang dihantar oleh gadis misteri itu. Mungkinkan Kuyah dan Kudin berpakat membunuh Tengku Muzafar semata-mata hendak membalas dendam kerana mereka disisihkan sejak dulu Atau mungkin juga Kudin dan Kuyah sudah berpakat untuk membolot semua harta dan mengenepikan Kusha

Apa yang pasti, kematian Tengku Muzafar ada kaitan dengan semua itu.

Laporan yang ditaip dalam komputer riba dibaca sebentar. Laju saja dia menyambung semula laporan kes mayat itu. Tadi karung guni sudah ditemui dan sah terdapat rangka manusia di dalamnya. Hanya tinggal dibuat ujian forensik saja lagi di makmal. Tepat jam satu pagi nanti, akan ada orang yang datang ambil karung guni itu di biliknya.

Rangka manusia itu perlu dihantar ke makmal dengan segera untuk ujian DNA.

Ana Dahlia masih menyiapkan laporan. Segala bukti yang ada dikumpulkan dan akan diserahkan kepada Detektif Razif. Tempoh sebulan yang diberi Detektif Razif untuk menyiasat kes itu di TM Holdings perlu digunakan sepenuhnya. Dia perlu cari jalan untuk mencari bukti kukuh untuk semua suspek yang disyaki, Kudin, Kuyah dan Kusha!

"Hmm...kat kampung ni..Senah dan Mak Jemah mungkin juga suspek pembunuh. Kenapa karung guni tu ada di bawah rumah Mak Jemah pada malam tu Untuk apa dia nak simpan di situ" Ana Dahlia mengetuk pen di atas meja. Benaknya mula berfikir kepulan asap yang dia nampak di rumah Mak Jemah.

Dia menyambung menaip lagi laporan itu.

"Senah..dia mungkin bersubahat dengan Mak Jemah dalam hal ni. Macam mana mayat tu boleh dibuang di sini Atas arahan siapa sebenarnya" Ana Dahlia masih berfikir. Jarinya ligat menaip laporan. Semua kemungkinan itu akan terjawab bila hasil forensik ke atas rangka manusia tadi sudah diterima.

Dia pandang jam di dinding. Menghampiri sebelas setengah malam. Dia intai bilik Kuyah dan Nek Tom. Senyap. Pintu tertutup rapat. Dia jenguk pula ke ruang tamu. Kudin tidak ada di situ.

"Mana pulak mamat ni tidur Selalunya dia tidur di atas tikar mengkuang tu je.." Ana Dahlia terjengket-jengket berjalan ke arah ruang tamu. Dia jenguk pula ke arah laman.

"Laa...melangut kat situ rupanya." Ana Dahlia garu kepala. Dia masih berfikir, jika Kudin masih di situ sehingga pukul satu pagi nanti, macam mana orangnya akan datang hendak mengambil karung guni itu nanti.

Perlahan dia melangkah ke arah Kudin yang sedang berehat di atas tangga sambil menghisap rokok.

"Awak tak tidur lagi" Ana Dahlia senyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Kudin.

Kudin berpaling. Ana Dahlia sudah tersengih di sebelahnya. "Dah melangut kat sini, buat apa lagi"

Ana Dahlia menjeling. "Err...pasal karung guni tu, awak nak buat apa nanti"

"Nak buat apaDah hilang! Biar jelah." Kudin hembus asap rokok sehingga berkepul di bawa angin malam.

"Jadi..awak tak nak tahu rangka tu milik siapa" Kudin dipandang tak berkelip. Wajah itu dilihat sudah serius.

"Kenapa" Kudin berpaling. Ana Dahlia dipandang tajam.

"Err..yalah..mana tahu kan, mayat tu mungkin dibuang di sini kerana ada seseorang yang inginkan mayat tu untuk dipuja..macam Mak Jemah tu" Sengaja Ana Dahlia bertanya soalan sebegitu.

"Maksud awak"

"Apa yang saya tahu, orang seperti Mak Jemah tu ada ilmu. Jadi untuk menguatkan ilmu dia, dia perlukan mayat untuk dipuja atau mungkin juga dia perlukan mayat tu bila dia disuruh seseorang untuk menyihir orang lain sehingga mati." Ana Dahlia pandang lagi Kudin. Dia sengaja ingin melihat riak Kudin tentang kes itu.

"Jadi awak syak Mak Jemah tu adalah bomoh" Kali ni Kudin semakin serius. Apa yang dia tahu arwah Tengku Muzafar mati dibunuh dengan kuasa sihir.

Ana Dahlia angguk.

"Saya dengar arwah Tengku Muzafar dibunuh Betul ke" Ana Dahlia lihat riak Kudin.

"Mana awak tahu Kan awak baru je kerja kat TM Holdings tu" Riak Kudin sudah lain.

"Alah..arwah kan somebody jugak. Jadi kes macam ni, sekejap je orang tahu." Ana Dahlia cuba bersikap selamba.

"Hmm...betul. Dan apa yang lebih menyedihkan, arwah ayah saya disihir sehingga mati. Kematiannya bukan dengan cara biasa. Apa yang lebih membuatkan saya terkejut, bomoh yang melakukannya itu diupah dari kampung saya ni. Cuma sekarang ni saya tak tahu siapa bomoh tu. Mungkinlah kut..Mak jemah tu jadi bomoh.. Kudin mula berterus terang. Dia juga sudah buntu.

"Oh...jadi betullah tekaan saya tadi Mak Jemah tu mungkin bomoh yang dimaksudkan tu." Ana Dahlia senyum. Saja dia ingin mengorek rahsia dari Kudin. Semua maklumat itu harus dikumpulkan untuk tindakan seterusnya.

"Err..awak tahu macam mana nak cari bukti yang Mak Jemah tu adalah bomoh yang diupah tu" Kudin tanya Ana Dahlia semula. Sebenarnya dia syak Ana Dahlia ini bukan gadis biasa. Dari cara gadis itu bercakap dan melihat karung guni tadi, ada gaya dan pandangan seorang polis. Lama dia memerhati tingkah gadis itu.

"Err..awak pandang saya macam tu kenapa" Ana Dahlia sudah gelisah. Sudahlah malam-malam macam tu.

"Kenapa Tak boleh Awak kan bakal isteri saya.." Kudin kenyit mata.

Ana Dahlia terdiam. Bila berbicara soal itu, dia tidak berani menyambung bicara. Cukup setakat itu sahaja.

"So, dah kita ada di kampung ni..apa kata kita sama-sama siasat siapa Mak Jemah tu" Kudin senyum. Seronok juga menyakat minah ni.

"Awak nak siasat macam mana Nak pergi rumah dia" Ana Dahlia berkerut kening.

"Tak adalah macam tu..awak ni pun. Kalau buat macam tu, dah sah-sahlah Mak Jemah tu tahu! Apa kata kalau saya layan Senah tu, saya suruh dia korek rahsia dari Mak Jemah." Sekali lagi Kudin kenyit mata.

"Erk!" Ana Dahlia mencebik.

"Kenapa Awak cemburu" Kudin gelak.

"Hish! Tak kuasa nak cemburu! Awak nak layan ke, nak jadi kekasih ke, atau nak Senah tu jadi isteri awak ke, saya peduli apa!" Ana Dahlia sekali lagi mencebik.

Kudin ketawa lagi. Riak gadis itu sudah berubah. Dia cukup masak dengan riak perempuan kalau ada rasa cemburu!

"Okey! Kalau macam tu, bermula esok, saya akan layan Senah tu..beri kasih sayang, macam mana" Kudin tanya lagi Ana Dahlia yang sudah diam di sebelahnya.

"Suka hati awaklah! Dulu, awak juga yang nak saya berlakon jadi kekasih awak dan nak tayang kat Senah tu. Sekarang dah terbalik pulak Apa kata nenek nanti"

Kudin senyum lebar. Nada Ana Dahlia sudah lain. Ada nada cemburu.

Duuummm!!

Ana Dahlia dan Kudin masing-masing terdiam. Bunyi itu seperti bunyi malam tadi.

"Err..awak..bu..bunyi apa tu" Ana Dahlia sudah rapat dengan Kudin.

"Macam bunyi malam tadi.." Kudin cuba pasang telinga. Senyap.

Duuuumm!!

Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin. Tangannya sudah memegang lengan Kudin.

"Awak..saya takut la..entah-entah perempuan kebaya merah tu lagi tak" Ana Dahlia melilau melihat sekitar tangga.

"Kuyah tidur kat mana" Kudin tanya Ana Dahlia yang sudah memegang kuat lengannya. Pucat muka!

"Dia..dia tidur dalam bilik la kut.."

"Hmm..nanti saya pergi tengok." Kudin bingkas bangun.

Ana Dahlia juga turut bangun. Dia berjalan rapat dengan Kudin menuju ke bilik Kuyah. Dari daun pintu, jelas mereka mendengar Kuyah seperti bercakap dengan seseorang. Sekali lagi bunyi kuat tadi berlaku di bilik Kuyah. Kudin menekapkan telinganya ke daun pintu. Dia mendengar dengan jelas Kuyah sedang bercakap dengan seseorang.

"Tidaaakk!!"

Terus Kudin buka pintu. Kuyah dilihat sudah pengsan di situ. Membuntang melihat gadis kebaya merah itu sudah tercegat di sebelah katil Kuyah.

GADIS KEBAYA MERAH itu merenung tajam pada Kudin dan Ana Dahlia. Dia masih tercegat di tepi katil Kuyah.

"Kau...kau siapa" Kudin beranikan diri bertanya, terketar-ketar suaranya.

Jelmaan gadis itu masih diam. Hanya mata yang memandang tepat ke arah Kudin dan Ana Dahlia.

Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin. Dia pandang pula Kuyah yang sudah pengsan tadi tiba-tiba bangun dan tercegat di sebelah katil. Mata Kuyah sudah merah, tepat memandang ke arahnya dan Kudin. Gadis kebaya merah itu pula sudah berubah bentuk kepada kepulan asap dan hilang.

"Kuyah, apa yang dah jadi" Ana Dahlia mula bertanya Kuyah yang sudah sedar. Kudin dilihat cuba mendekati Kuyah.

"Aku bukan Kuyah." Suara Kuyah sudah bertukar rentak. Bukan lagi suara Kuyah yang sebenar.

Ana Dahlia menelan liur. Kuyah seperti sudah dirasuk jelmaan gadis kebaya merah tadi. Kudin pula dilihat masih memerhati Kuyah yang sudah tercegat di situ dengan rambut yang kusut masai.

"Awak rasa...Kuyah sudah dirasuk ke" Kudin menoleh ke arah Ana Dahlia di sebelahnya.

Ana Dahlia hanya menjongket bahu. Matanya masih menala ke arah Kuyah yang masih merenung ke arah mereka berdua.Merah menyala matanya!

"Si..siapa kau" Sekali lagi Kudin bertanya.

"Aku bukan Kuyah."

Ana Dahlia semakin rapat dengan Kudin, Kuyah yang sudah dirasuk itu dilihat sudah terteleng kepalanya sembilan puluh darjah. Kudin pula mula membaca sesuatu. Ana Dahlia hanya mendengar butir kata Kudin.

Arrrrrrgggg!!!

Kuyah menjerit kesakitan. Rambutnya ditarik-tarik. Meracau-racau.

"Siapa kau" Kudin kuatkan suara sambil terkumat-kamit membaca sesuatu.

"Aku bukan Kuyah!!! Aku nak tubuh aku!!!" Kuyah tiba-tiba menjerit kuat. Membalas semula kata-kata Kudin.

'Mana tubuh kau" Tanya Kudin lagi. Dia baca lagi ayat-ayat suci.

"Tu!!" Kuyah menuding ke arah dinding.

Ana Dahlia dan Kudin tercengang. Serentak mereka pandang ke arah dinding yang ditunjukkan oleh Kuyah tadi.

"Mana" Kudin tanya lagi. Kali ini lebih kuat.

"Tubuh aku di rumah Mak Jemah!"

Serentak itu, tubuh Kuyah jatuh terjelepuk atas lantai tidak sedarkan diri semula. Kudin segera angkat tubuh Kuyah ke atas katil dan membaca al fatihah dan ayat tiga Qul. Air kosong yang dibawa oleh Ana Dahlia direnjis ke muka Kuyah. Pipi Kuyah ditepuk-tepuk.

"Abang...apa yang dah jadi" Kuyah mula buka mata. Dia pandang sekitar.

"Alhamdulillah..Kuyah dah sedar.." Ana Dahlia pula mencelah.

"Tidurlah. Ambil wudhuk dulu, baca tiga Qul, lepas tu tidur." Pesan Kudin pada Kuyah yang masih terpinga-pinga.

KUDIN berehat di ruang tamu. Kejadian di bilik Kuyah tadi memang ternyata serius dan dia pasti jelmaan gadis kebaya merah itu adalah benar dan roh itu datang menuntut haknya. Apa yang jelas, dia menyebut nama Mak Jemah. Bermakna Mak Jemah memang ada kaitan dengan kematian gadis kebaya merah itu.

"Awak rasa apa yang dikatakan oleh perempuan tadi tu, betul ke" Ana Dahlia turut duduk di ruang tamu sebelah Kudin. Nek Tom masih tidur nyenyak di dalam bilik. Mungkin dia tidak sedar apa yang sudah berlaku.

"Entah..mungkin jugak. Kita kena siasat." Kudin masih berfikir. Apa yang dikatakan oleh jelmaan tadi mungkin juga benar. Mungkin juga Mak Jemah itu adalah bomoh yang diupah untuk menyihir ayahnya dulu.

"Err..awak tak nak tidur lagi ke" Ana Dahlia jeling jam. Hampir satu pagi. Dia sudah berjanji dengan seseorang untuk mengambil karung guni itu di situ. Sekejap lagi tentu mereka akan sampai.

Kudin berpaling. Dia senyum sengih.

"Kenapa senyum" Ana Dahlia pula berkerut kening.

"Tak ada apa..soalan awak tadi tu..macam nak ajak saya tidur sekali je.." Kudin sengih lagi.

Ana Dahlia bingkas bangun. Gila punya gatal mamat ni!! Tadi bukan main lagi terkumat kamit baca ayat Quran, lagak macam ustaz. Dia terus masuk ke bilik. Biarkan saja Kudin seorang diri di ruang tamu.

Kudin senyum lagi. Suka melihat Ana Dahlia yang sudah muncung. Dia pandang pula bilik Kuyah. Fikir lagi kejadian tadi. Jelmaan gadis kebaya merah itu selalu mengganggu Kuyah. Nampaknya Kuyah menjadi pilihan gadis kebaya merah itu untuk merungkai semua misteri dan jelas juga tadi, gadis jelmaan itu menyebut nama Mak Jemah. Esok, dia akan berbuat baik dengan Senah untuk mengorek rahsia Mak Jemah. Cutinya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Selepas itu dia akan ke KL semula. Kudin mula baring.

ANA DAHLIA sudah gelisah di dalam bilik. Sesekali dia jenguk jam. Sudah satu pagi. Dia intai melalui jendela kayu. Langsir diselak sedikit. Kelibat orang yang ditunggu masih belum kelihatan. Dia mundar mandir di dalam bilik. Dia cepat-cepat berpaling ke arah tingkap bila terdengar ketukan kecil di situ. Teragak-agak dia jenguk, mana tahu gadis kebaya merah itu tiba-tiba tersembul di situ. Mahu dia pengsan macam Kuyah tadi.

"Siapa" Ana Dahlia bertanya, sedikit berbisik. Bimbang Kudin akan mendengar.

"Puan, saya Kasim." Kedengaran bunyi berbisik di luar.

Ana Dahlia mula buka jendela dengan luas. Dia jenguk. Memang sah Kasim, orang suruhannya. Dia segera angkat karung guni dan lempar pada Kasim. Kasim dan seorang lagi rakannya mula beredar dari situ.

"Hmm..lega." Ana Dahlia senyum. Selesai satu perkara. Sekarang ini, dia perlu tahu siapa Mak Jemah.

PAGI selepas sarapan, Kudin dan Ana Dahlia mulakan misi mereka. Kuyah disuruh duduk saja di rumah menemani Nek Tom. Mereka berdua mula berjalan mengikut batas sawah menuju ke rumah Mak Jemah. Ana Dahlia terpaksa mengikut Kudin yang sengaja melalui jalan batas sawah itu. Kononnya jalan singkat dari rumahnya ke rumah Mak Jemah.

"Kenapa nak jalan ikut sini Kan ada jalan merah tu" Ana Dahlia tuding ke arah jalan besar tanah merah.

"Nak ikut ke tak nak" Kudin jeling Ana Dahlia yang sudah mencebik.

"Ikut..ikut.." Ana Dahlia sengih.

Mereka berhati-hati berjalan di atas batas sawah yang becak. Sesekali Ana Dahlia tergelincir tapi sempat Kudin tarik tangannya supaya tidak jatuh ke dalam sawah macam dulu. Mereka berehat sekejap di pangkin tempat biasa mereka berehat dulu.

"Penat" Kudin sengih melihat Ana Dahlia tercungap-cungap.

"Boleh la.." Ana Dahlia duduk di atas pangkin. Kaki terjuntai, dihayun-hayun. Dia pandang Kudin yang dari tadi asyik merenungnya tak berkelip.

"Kenapa awak tengok saya macam tu"

"Awak lagi cantik kalau pakai tudung.." Kudin senyum.

Ana Dahlia terdiam. Memang sejak dulu dia tidak pernah hiraukan semua itu walaupun dia tahu, polis wanita sekarang ini dibenarkan memakai tudung.

"Awak tak takut dosa ke"

Ana Dahlia pantas pandang Kudin. Berkerut dahinya. Terasa soalan Kudin agak lain hari ini. "Dosa apa"

"Yalah..kan rambut tu aurat. Perhiasan wanita hanya untuk suami saja yang melihat.." Kudin senyum lagi.

Ana Dahlia diam lagi.

"Tapi tak apa..awakkan bakal isteri saya." Kudin bangun dan mula berjalan lagi.

Ana Dahlia turut bangun. Dia pandang Kudin dengan riak pelik. Tiba-tiba dah jadi alim, malam tadi dah jadi ustaz, hari ni bertambah-tambah lagak ustaznya. "Siapa yang nak jadi bini kau" Gumam Ana Dahlia. Kakinya laju melangkah mengikut rentak Kudin.

TIBA di satu simpang, Kudin dan Ana Dahlia berhenti seketika. Dari belakang pokok kelapa, mereka berdua memerhati rumah Mak Jemah. Tiada sesiapa di situ. Rumah Mak Jemah kemas di bahagian lamannya.

"Apa kita nak buat" Ana Dahlia pandang Kudin yang dari tadi leka melihat kawasan rumah Mak Jemah.

"Kita tak boleh terjah macam tu je..patutnya kita datang waktu malam. Bukan siang macam ni.." Kudin garu kepala.

Ana Dahlia senyum. Dari semalam dia ajak Kudin intai rumah Mak Jemah bila malam sikit. Ni, Kudin dah tak sabar-sabar.

"Eh! Tengok tu!!" Kudin tuding ke arah belakang rumah Mak Jemah.

Ana Dahlia panjangkan lehernya.

"Nampak tak" Kudin tanya lagi bila melihat Ana Dahlia seperti tercari-cari.

"Apa dia"

"Tu...tu macam karung guni hari tu kan"

Ana Dahlia membuntang! Kalau benar itu karung guni yang asal, habis karung guni yang dijumpai di sawah padi itu, karung guni siapa Dia mula resah.

"Err..jom kita pergi ambil"

"Eh awak ni. Kan siang ni! Tunggu la malam sikit! Nanti kita ditangkap kerana mencuri!" Kudin sengih.

"Lebih baik kena tangkap kerana mencuri daripada ditangkap basah!" Ana Dahlia menjeling tajam.

Kudin ketawa. " Okey jugak tu! Cepat la sikit kita nikah!"

Ana Dahlia mencebik. Gatal punya mamat ni! Dia tidak hiraukan Kudin yang sudah mengekek di situ. Dia meneruskan langkahnya menuju ke rumah Mak Jemah. Berhati-hati dia berjalan sambil melihat kiri kanan. Kudin dilihat mengekorinya dari belakang. Sampai di belakang rumah Mak Jemah, mereka mula menghampiri karung guni tadi. Bau busuk menyucuk hidung!

"Busuk gila!!" Kudin cuba tarik karung guni itu dengan menggunakan kayu sambil menekup hidung.

Ana Dahlia turut menekup hidung. Dia pandang kiri kanan, bimbang ada orang kampung yang lalu di situ. Dia pandang pula Kudin yang terhegeh-hegeh menarik karung guni yang tertimbus separuh di dalam tanah.

"Cepat la. Nanti orang nampak..tak pun orang tua ni nampak ke" Ana Dahlia menolong Kudin menarik karung guni tadi.

Dummm!!! Kriikkk!!

Serentak Kudin dan Ana Dahlia pandang ke arah bunyi tadi yang datang dari atas rumah Mak Jemah. Ana Dahlia intai melalui celah lubang di dinding papan rumah itu. Matanya terbeliak. Luas!

"Kenapa Ada apa" Kudin pula bertanya. Riak Ana Dahlia sudah lain. Mukanya pucat.

"Err..tak..tak.ada apa...cepat kita keluar dari sini!" Laju saja tangannya tarik tangan Kudin. Karung guni tadi tidak sempat diambil.

Kudin terpinga-pinga dengan tindakan Ana Dahlia yang sudah menarik tangannya dan terus meninggalkan tempat itu. Muka gadis itu semakin pucat. Apa yang dia nampak tadi

SENAH memerhati tingkah Kudin dan gadis itu dari laman rumah Mak Jemah. Tadi dia melihat tergesa-gesa mereka berdua meninggalkan rumah Mak Jemah. Dia pandang pula ke arah rumah Mak Jemah. Tadi dia terdengar sesuatu dari rumah itu. Berhati-hati Senah menapak ke muka pintu. Dia intai melalui lubang pintu yang sudah agak usang. Gulp!

"Apa benda tu" Senah terbeliak. Dia cepat-cepat berlari turun dan mengayuh basikal dengan laju meninggalkan kawasan itu.

Basikal dikayuh semakin laju menuju ke rumah Nek Tom. Dia harus beritahu Kudin tentang hal itu. Dia pasti tentu Kudin sudah sampai ke rumah. Tadi dia melihat Kudin dan gadis itu tergesa-gesa. Sampai di rumah Nek Tom, basikalnya ditolak laju ke tanah. Laju saja dia menapak masuk ke rumah. Tercungap-cungap menahan mengah.

"Apa hal kamu ni Senah" Nek Tom terus bertanya. Senah sudah pucat lesi mukanya sebaik dia duduk di atas tikar mengkuang.

"Nek...abang Kudin mana" Dengan suara tertahan-tahan, Senah bertanya.

"Kenapa nak cari Kudin Kamu ni dari mana" Nek Tom berkerut kening.

"Abang Kudin mana nek" Senah mengetap bibir.

"Kenapa cari abang saya" Kuyah pula muncul di ruang tamu.

Senah pandang Kuyah yang sedang mengunyah mangga muda. Kecur liur dia melihat. Dari semalam dia teringin makan mangga muda cicah kicap.

"Saya ada hal penting nak beritahu." Senah menelan liur.

"Hal apa" Kuyah tanya lagi. Dia hulur pinggan mangga kepada Senah. Dari tadi dia melihat Senah asyik tenung saja pinggan mangga muda itu.

"Penting! Sangat penting! Dia ada tak" Senah tanpa segan silu terus ambil mangga muda dan mengunyah dengan pernuh berselera.

"Dia keluar dengan Ana tadi." Nek Tom pula mencelah. Tadi dia ke dapur sekejap, membancuh kopi untuk Senah.

"Hah Keluar dengan perempuan tu" Senah mencebik. Nampaknya Kudin sudah melencong ke lain bersama gadis bandar tu!

"Yalah! Dia kan bakal kakak ipar aku!" Kuyah sengih.

Senah terdiam. "Err..tak apa lah nek, Kuyah. Saya pergi dulu.."

"Eh, minumlah dulu." Nek Tom hulur cawan kopi kepada Senah.

Usai minum, Senah mengayuh basikalnya pulang ke rumah. Sepanjang jalan itu, dia berfikir tentang Kudin dan Ana Dahlia. Hatinya sudah bengkak. Geram! Semua rasa ada! Dia kayuh semakin laju. Dia brek mengejut. Matanya tertancap pada Kudin dan Ana Dahlia yang sedang berehat di pangkin bawah pokok kelapa di tepi sawah.

"Oh..merendak kat situ rupanya." Senah kayuh pula ke arah Kudin dan Ana Dahlia.

"Abang Kudin!!" Laung Senah. Basikal dikayuh laju.

Kudin dan Ana Dahlia serentak berpaling. Senah sudah berlari ke arah mereka.

"Ada apa Senah" Kudin terus tanya. Kali ini dia harus berlakon sukakan Senah. Dia harus korek rahsia Mak Jemah.

"Tadi Senna pergi rumah abang Kudin. Senna ada hal penting nak cakap." Senah jeling Ana Dahlia di sebelah Kudin. Dia menjuihkan mulutnya.

"Hal penting apa" Kudin menghampiri Senah.

Ana Dahlia hanya melihat gelagat Senah dan Kudin. Dia tahu dari semalam Kudin nak korek rahsia dari Senah. Dia senyum gelihati melihat tingkah Kudin yang cuba mengurat Senah, kononnya dapat la maklumat tu.

"Err..kita cakap jauh sikit dari dia , boleh tak" Senah jeling lagi Ana Dahlia yang duduk di situ.

Kudin dan Senah mula ke tebing sawah jauh dari pangkin. Mereka duduk di situ. Senah pula asyik berpaling ke arah Ana Dahlia yang memerhatinya dari tadi.

"Bang, siapa Ana tu" Itu soalan pertama Senah.

Kudin senyum. "Kenapa"

"Betul ke dia tu bakal bini abang" Senah tanya lagi. Rasa cemburu mula menguasai hatinya.

Kudin berpaling sebentar ke arah Ana Dahlia. Kemudian dia menoleh ke arah Senah. Dia harus berlakon. "Dia kawan biasa je. Siapa cakap dia bakal bini abang"

"Kuyah yang cakap tadi." Senah muncung.

"Tak adalah..abang suka Senah je." Kudin kenyit mata.

Senah sudah tersipu malu.

"Apa hal penting tu" Ulang Kudin. Dia harus tahu apa yang Senah ingin sampaikan.

"Tadi, masa Senna pergi rumah Mak Jemah, Senna nampak benda pelik dalam rumah tu. Benda tu nak kata orang tak jugak. Nak kata binatang..rupa macam orang." Senah berhenti seketika, berfikir mengingati kejadian tadi.

Kudin masih setia mendengar penuh minat.

"Tapi ada satu benda yang menakutkan..benda tu makan ayam mentah, telur mentah..menjilat-jilat dengan lidah panjang!" Bersungguh Senah bercerita.

"Betul ke ni Macam cerita Mak Lampir je abang dengar!" Kudin sengih.

"Betullah! Senna nampak dengan mata kepala sendiri. Benda tu rambutnya menggerbang. Kuku panjang, lidah terjelir..mata merah..seronok je meratah ayam dan telur mentah tu." Senah bersungguh-sungguh. Dengan riak muka sekali dia bercerita. Kening terangkat, tangan bergerak, bibir menggayakan keadaan benda yang dilihat.

Kudin nak tergelak. Dia tahan saja. Ada ke benda tahyul mahyul tu macam tu Selama ni pun dia susah nak percaya jelmaan gadis kebaya merah tu. Inikan pula kisah dongeng Senah!

"Hmm...apa kata kalau Senah buat baik dengan Mak Jemah. Tanya dia baik-baik, mana karung guni tu, apa yang ada dalam karung guni tu dan dia nak buat apa dengan karung guni tu" Kudin senyum lagi.

"Kalau Senna buat macam tu, Senna dapat apa" Senah pandang Kudin tak berkelip. Kacaknya mak ai....cair melihat lelaki idamannya yang sedang memandangnya ketika ini.

"Hmm...jadi kekasih abang" Kudin sengih.

Sekali lagi Senah tersipu malu. Dia pandang Kudin kemudian dia pandang Ana Dahlia yang masih berada di atas pangkin. Kali ini gadis itu memandang ke tengah sawah.

"Err..betul ni" Senah sudah teruja.

Kudin angguk. Sabar jelah kau Kudin...

"Baiklah. Senna akan cuba korek rahsia tu dari Mak Jemah." Senah sengih lebar.

Mereka berdua mula bangun dan berjalan beriringan ke pangkin tadi. Ana Dahlia mengukir senyum. Nampaknya Kudin sudah berjaya memujuk Senah.

"Abang Kudin, Senna pergi dulu." Senah mula mengayuh basikalnya dan meninggalkan Kudin dan Ana Dahlia di situ.

Ana Dahlia senyum. Riak Kudin sudah seperti terpaksa dalam rela. Dia pandang pula ke arah Senah yang sudah jauh pergi dari situ. Laju gadsi itu mengayuh basikal.

"Awak sembang apa tadi" Ana Dahlia mula bertanya.

"Kenapa Awak cemburu" Kudin senyum.

"Buat apa nak cemburu Awak dan saya tak ada apa-apa pun." Ana Dahlia pandang ke arah lain.

"Kalau bercakap pandang arah lain tu...maknanya cemburu la tu.." Kudin jeling Ana Dahlia yang mula menoleh ke arahnya semula.

"Eii! Tak ada maknanya! Tadi, awak dah dapat rahsia dari kekasih awak tu" Ana Dahlia tanya lagi hal tadi.

"Hmm..nak ketawa pun ada. Ingatkan hal penting apa la tadi. Cerita tahyul yang di'berita terkini'kan tadi. " Kudin ketawa mengekek.

"Tahyul" Ana Dahlia berkerut kening.

"Ya..dia nampak sesuatu sedang meratah ayam mentah..darah bersembur..dah tu, lidah panjang menjilat telur mentah..mata merah, kuku panjang. Memang kelakar! Tak masuk akal langsung minah tu!" Kudin ketawa lagi.

Ana Dahlia terdiam.

"Kenapa" Kudin pandang Ana Dahlia yang sudah diam. Pucat mukanya. Tadi masa berlari keluar dari kawasan belakang rumah Mak Jemah tadi, dia tak sempat tanya pasal wajah pucat gadis itu.

"Jadi betul la..." Ana Dahlia menelan liur.

"Apa yang betul" Kudin pula berkerut kening.

"Itulah yang saya nampak tadi. Sebab tulah saya tarik tangan awak dan lari dari situ!" Ana Dahlia mula buka cerita.

Kudin ternganga.