Tika Cinta Berbisik - 9
Bab 8

KENAPA sayang, abang tak faham, sungguh....

Tapi, Lina buat semua ni untuk masa depan kita.

Tindakan Lina buat abang kecewa!

Abang, cubalah faham, rayu Harlina.

Abang tak minta semua ni. Kalau boleh, abang hanya mahu Lina seorang dalam hidup abang.

Dengar dulu....

Kenapa mesti ada orang lain Kenapa mesti Lina buat semua ni Kenapa tak mahu terima kata-kata abang Abang ni siapa pada Lina

Khairul berasa sungguh kecewa. Sungguh dia tak sangka tergamak Harlina meneruskan niatnya.

Abang... Lina minta ampun, bang.

Lina anggap abang ni tunggul. Lina pun sama macam mak.

Lina buat semua ni untuk kita bang, untuk kita... air mata Harlina semakin deras mengalir.

Segala kemahuan Lina abang cuba penuhi. Apa lagi yang tak cukup

Anak, bang! Lina nak anak. Abang mahu anak malah mak juga mahukan cucu!

Itulah kenyataan. Khairul tidak mampu menidakkan kata-kata Harlina. Bagaimana dia mahu berdepan dengan kenyataan yang dia bakal menjadi suami kepada wanita yang tidak dikenali dan wanita itu yang bakal melahirkan zuriat buatnya.

Harlina dah cari perempuan yang baik-baik, bang. Tingkah lakunya pun sopan dan penuh kelembutan. Sesuai untuk melahirkan anak kita, Harlina cuba menerangkan tentang Nurul pada Khairul.

Khairul tidak mampu menerima cadangan gila isterinya. Sampai begini sekali Harlina bertindak kerana mengikut kata hatinya.

Lina, dengar baik-baik kata-kata abang ni. Kita boleh ikhtiar tapi bukan dengan cara begini. Apa kata orang sekeliling bila tahu tindakan bodoh kita ni Kalau mak tahu tentu dia makin benci pada Lina.

Harlina hanya mendiamkan diri. Khairul faham niat sebenar Harlina. Kalau diikutkan kata hati pun dia memang nak cepat-cepat mempunyai anak dan bergelar ayah.

Harlina terpaksa bang. Harlina dah bingung, keluh Harlina perlahan. Sampai bila Harlina dapat bersabar dengan keadaan macam ni. Abang boleh tengok Harlina tabah, sabar dan tenang bila berhadapan dengan mak tapi dalam hati Harlina, hanya Harlina saja yang rasainya.

Lina tak mampu nak berhadapan dengan mak. Lina cukup menghormati mak abang. Lina sayang mak walau sampai sekarang mak masih belum dapat menerima Lina, air mata Harlina kembali berlinangan.

Khairul memeluk bahu isterinya. Dia mahu Harlina berhenti menangis. Dia tidak sanggup melihat isteri kesayangannya selalu mengalirkan air mata.

Adik-adik abang, Azura, Linda dan Fakrul juga tak dapat terima Lina. Entah kenapa malang nasib Lina, bang.

Khairul memeluk erat tubuh Harlina. Betapa berat tekanan yang Harlina hadapi. Dia akur pada kata-kata Harlina. Memang sejak mereka berkahwin sehingga sekarang adik-adik Khairul langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumahnya. Semuanya kerana kedegilannya meno l ak permintaan Datin Rafeah yang mahu dia berkahwin dengan calon pilihan mereka.

Abang, setuju sajalah. Rahsia ni kita berdua sahaja yang tahu, pujuk Harlina kembali.

Sayang, sudahlah. Abang tak mahu Lina teruskan niat ini. Rezeki di tangan Tuhan. Kita tak boleh menolak takdir.

Harlina memalingkan muka. Ternyata Harlina benar-benar merajuk dengan sikap Khairul. Khairul memaut bahu Harlina dengan lembut. Digerakkan wajah Harlina agar mata mereka bertentangan.

Air mata Harlina mengalir laju. Dakapan Harlina yang erat amat menekan perasaan Khairul. Dia tahu Harlina benar-benar berharap padanya.

Baiklah jika itu boleh membuat hati Lina tenang dan gembira. Abang tak sanggup lihat isteri abang dalam kesedihan.

Khairul akhirnya mengikut kata Harlina. Harlina mencium suaminya dengan penuh ke syu kuran.

Terima kasih, bang. Bukan niat Lina untuk memaksa abang. Tapi inilah cara untuk kita peroleh anak dengan cepat. Lina tak mahu keluarga abang memandang hina pada Lina lagi.

Khairul menutup mulut Harlina. Pipinya diusap perlahan.

Jangan difikirkan sangat tentang keluarga abang. Kan Lina dah lihat dari dulu lagi yang abang lebihkan Lina dari segalanya.

Pelukan Khairul dan Harlina semakin erat.

SEJAK diberitahu oleh Harlina yang Nurul ada di rumah, Khairul sudah jarang keluar dari bilik. Dia belum pernah bertembung dengan gadis itu. Hati Khairul sentiasa berbisik curiga. Adakah wanita di dunia ini yang sanggup jadi pak sanggup Ah, tentu dia wanita yang mata duitan! Rasa bencinya pada wanita itu semakin menjadi-jadi.

Bila difikir-fikirkan, tidak ada wanita yang sang gup menjadi isteri dan ibu tumpang untuk mana-mana lelaki. Yalah, sanggup berkorban apa sahaja. Membiarkan tubuh dijamah oleh lelaki dan membiarkan anak diambil oleh orang lain. Khairul semakin yakin wanita itu bukan wanita yang baik kerana sanggup menjual anak demi wang ringgit.

Khairul berkira-kira mahu mengelak daripada bertembung dengan Nurul. Manalah tahu, dia mahu menggodanya dan memusnahkan rumah tangga yang telah dibina bersama Harlina. Khairul mahu pastikan perjanjian yang dimeterai tidak dilanggar.

Pagi itu, Khairul bersiap awal. Dia tak mahu dirinya dilihat oleh wanita itu. Tergesa-gesa dia menyarung kasut dan mencapai kunci kereta. Bukan itu sahaja, dia turut berlari-lari anak ke kereta. Tanpa disedari, sepasang mata sedang asyik memerhatikannya.

SUDAH seminggu Nurul berada di rumah itu, namun langsung tiada kesempatan untuk dia melihat Khairul secara dekat. Dia sendiri sebenarnya tidak mahu dirapati lelaki itu. Meremang bulu romanya apabila mengingatkan apa yang perlu dilakukannya bersama lelaki itu.

Aku cuma perlu jalankan tanggung jawabku mengikut perjanjian! Semuanya demi Anis, Nurul cuba menguatkan semangatnya. Dia tidak mahu terlalu mengikut perasaan.

Nurul segera mengemas bilik dengan teratur dan melangkah keluar. Dia menuju ke dapur melihat-lihat apa yang boleh dimakan. Sejak be rada di rumah itu, belum sekali pun dia memasak. Harlina yang membelikan makanan set iap hari. Tekak Nurul terasa sebal. Dia tidak sukakan masakan kedai. Penuh dengan bahan perasa makanan. Kalau asyik makan di luar, alamatnya tidak lama lagi botaklah kepalanya!

Nurul berasa kecewa apabila melihat sarapan pagi sudah tersedia di dapur. Nasi lemak bungkus. Spontan gadis itu mengeluh. Tawar hati melihat nasi lemak itu menyebabkan Nurul membuat keputusan untuk mengambil angin di luar. Dia mula menyibukkan diri dengan menyapu daundaun kering di belakang rumah. Daun-daun itu dikumpulkan bersama ranting-ranting kayu dan kemudiannya dikaut masuk ke dalam plastik sampah yang besar. Plastik sampah itu pula di letakkan di luar pagar agar mudah diangkut oleh pekerja Majlis Perbandaran.

Selesai dengan itu, Nurul mengemas halaman depan pula. Kolam pancutan air terjun menjadi tarikan utamanya. Kelihatan ikan berenangrenang di bawah pancuran air yang keluar dari sebuah tempayan besar. Suasana yang sepi itu membuatkan dia teringatkan Anis.

Anis....