Complete Me - 9
Bab 9

MAJLIS untuk bahagian sebelah papa Airish berlangsung dengan meriahnya di King

Ballroom, Hotel Sri Impiana. Majlis gilang gemilang ini dilangsungkan kerana mahu membersihkan nama Airish, sekaligus memberi tanggapan yang baik pada staff Suria Holdings terhadap anak sulung Tengku Syahir ini. Namun, tetap juga ada selebriti yang diundang ke mari disebabkan ada antara mereka yang bertindih jadual pada majlis resepsi mereka semalam, jadi mereka datang ke majlis ini pula. Ternyata, kedatangan segelintir para selebriti ke sini, mengundang keceriaan lagi pada majlis ini.

Fiqa.

Afiqa mengangkat pandangannya pada Airish. Entah kenapa hari ini, dia kuat benar berangan. Rasa janggal pun ada apabila Afiqa berada di ruangan meja khas buat VVIP.

Ladies and gentelemen, saya perkenalkan menantu dan anak sulung saya, Tengku Airish Shah Datuk Tengku Syahir dan Nora Afiqa Mohd Daud.

Airish pantas menarik tangan Afiqa untuk bangun bersamanya. Afiqa yang terkejut, hanya menurut. Segala tindak tanduk Airish diikuti satu persatu. Jika Airish menunduk, dia pasti juga menunduk.

And for their wedding gift, Ive decided to offer them a trip 3 days and 2 nights, at the Phuket, Thailand.

Lagi gemuruh tepukan sekeliling mereka. Riuh dewan ini seketika dengan tepukan-tepukan daripada tetamu.

Kenapa tak bagitau saya soal Afiqa sebaik sahaja mereka tinggal berdua sahaja di situ.

Semua orang sudah melilau sana sini menziarahi meja-meja lain bertemu sanak saudara, rakan, dan keluarga sejurus sahaja ucapan Tengku Syahir tamat.

Pasal apa soal Airish pula. Hairan.

This stupid honeymoon!

Oh, aku pun tak tahu.

Afiqa menarik nafas seketika.

Dahlah, jom makan!

Tercengang Afiqa dengan tindakan Airish yang melarikan dirinya begitu sahaja. Tubuh lelaki itu yang menghilang di sebalik orang ramai, ditenung Afiqa. Ceh! Atas meja ni ada makanan. Nak mengelatlah tu!

Fiqa.

Afiqa menoleh ke belakang. Tubuh kurus bertuxedo hitam dan berambut pacak, menyebabkan tubuh Afiqa kaku seribu. Desah nafasnya terasa lain. Debaran di dadanya semakin rancak bergendang. Temponya jelas sama seperti pertemuan mereka kali terakhir dulu.

Rayhan sedang tersenyum manis padanya. Macam mana Fiqa boleh kahwin dengan lelaki macam tu

Debarannya serta-merta hilang apabila ucapan sinis yang terkeluar daripada bibir Rayhan.

Lelaki mana Airish Bukan masalah kau kot! Afiqa ingin melangkah pergi.

Abang tak habis lagi! rentapan kasar Rayhan menyentakkan Afiqa yang terduduk kembali. Tangan Afiqa semakin erat digengam Rayhan. Sudah lama, tangan kecil itu tidak disentuhnya.

Apa ni Lepaslah!

Rayhan tersenyum sinis. Tawa sinisnya begitu mengejek Afiqa yang mendengarnya.

Fiqa kahwin dengan lelaki tu sebab nak bagi abang cemburu, kan

Kening Afiqa bertaut menjadi satu. Adoi! Perasannya kau ni. Untuk makluman kau, kau ni aku kenal pun tak!

Tawa Rayhan pecah lagi.

Jangan berpura-pura, Fiqa. Abang tau Fiqa saja nak sakitkan hati abang. Abang nampak macam mana Fiqa bercakap dengan dia.

Aku kahwin dengan dia, sebab dia lelaki yang terbaik dalam hidup aku. I love him!

Rayhan mengetap gigi. Afiqa berusaha keras mahu melepaskan genggaman erat di tangan Rayhan itu.

Let her go!

Senyuman Afiqa terukir indah apabila Airish muncul. Airish hanya tersenyum. Dia merapati Afiqa dan Rayhan. Genggaman kuat Rayhan di tangan Afiqa dicapai Airish. Tangan Afiqa disentuh lembut. Terus, Airish merentap kuat genggaman Rayhan. Senyuman sinis di bibirnya dihadiahkan buat Rayhan.

Lain kali, jangan suka-suka hati je nak sentuh isteri orang!

Bahu Afiqa dipeluk erat oleh Airish. Segera lelaki itu menarik isterinya pergi, meninggalkan Rayhan yang semakin membengkak. Rahang Rayhan bergerak atas bawah menahan gelodak amarah yang bagaikan lava di dalam gunung yang hanya menunggu masa sahaja untuk meletus!

APA hubungan kau dengan lelaki tu

Boleh tak kita batalkan honeymoon tu Afiqa pantas mengelak dengan menukar topik.

No, of course not! Enough

Afiqa menarik nafasnya. Pintu kereta itu mahu dibuka tapi dihalang Airish.

Siapa lelaki tu

Nama dia Rayhan. Enough Afiqa memulangkan balik paku buah kerasnya.

Aku kenallah siapa dia! Soalnya sekarang, apa hubungan kau dengan dia Airish nyaris melenting.

Afiqa berpura-pura menguap. Saya mengantuk. Saya naik dulu...!

Airish memandang pemergian Afiqa yang menghilang di sebalik pintu rumahnya. Airish termenung sendirian di dalam kereta. Kepalanya dipanggung pada stereng.

Banyak sekali, persoalan yang muncul di minda Airish. Dia belum pekak. Dia dengar cara Rayhan membahasakan dirinya terhadap Afiqa. Abang

Apa maksud abang itu Abang kandung, atau kekasih Ah! Airish membentak lagi.

Aku cemburu ke Tak mungkin!

TUBUH Afiqa dihempas kasar atas katil. Tangannya didepakan di atas katil. Fikirannya jauh menerawang memikirkan sesuatu. Bunyi nada dering handphonenya menyentakkan Afiqa. Tas tangan dibuka. Seisi beg itu digeledah, mencari Galaxy Note III miliknya. Nama Katrina tertera di skrin. Afiqa tergelak kecil.

Hello Fiqa! Baru nak angkat call aku terjah Katrina tiba-tiba sebaik panggilannya bersambut.

Kau tak nak bagi salam ke

Assalamualaikum.

Waalaikumusalam.

Kau okey ke

Katrina membuka bicara. Dia sebenarnya agak takuttakut mahu menyuarakannya sebenarnya. Tidak mahu kisah lama gadis itu diungkit lagi.

Kenapa

Kau kena pergi honeymoon ke Phuket, kan Kau pasti ke kau boleh pergi sana lagi

Nak buat macam mana Dah ditetapkan. Apa aku boleh buat.

Apa kata, kau bagitahu aje Airish tukar tempat lain ke Banyak lagi tempat untuk honeymoon.

Rina, Im okey. Aku rasa tak perlu pun untuk aku ungkit balik benda yang dah lepas.

Mesti kau penat kan Rehatlah ye.

Usai memberi salam, Afiqa memutuskan talian. Honeymoon Phuket

Tempat di mana terdetik cintanya yang pertama. Wajah Afiqa dialihkan menghadap pemandangan ke luar rumah. Mata bundar gadis itu melayang jauh menerawang ke satu sudut di masa lepas. Masa di mana antaranya dan Rayhan sewaktu dulu.

Sekarang apa kita nak buat, bang

Rayhan memandang Afiqa. Bahunya sekadar dijungkitkan.

Takkanlah nak duduk macam orang bodoh aje kat sini Apa ada kat pulau ni Apa kita nak makan nanti Selamat ke kita kat sini bertubi-tubi soalan daripada mulut Afiqa. Bengang dia sebenarnya. Apa nak dibuat dekat tengah-tengah pulau ni Ni semua salah mamat perasan baguslah ni! Kau ni makan aje tahu!

Afiqa mengetap bibir.

Dah tu Nak mati kebulur kat sini Siapa nak selamatkan kita

Rayhan semakin rimas. Manalah dia tahu minyak jet ski tu dah nak habis. Salah dia ke Semuanya sebab terlalu mahu show off di depan Afiqa tadi.

Kalau ada orang main jet ski atau naik bot ke nanti dekat area sini, kita mintak tolonglah, Rayhan memberi cadangan.

Afiqa mula bercekak pinggangnya. Abang ada nampak orang ke kat sini Kita aje yang memandai lalu tempat macam ni. Kan dah sesat! Apa kita nak cakap pada

Katrina nanti Mesti diorang tu cari kita!

Rayhan mengeluh. Kalau dia periksa dulu minyak tu tadi, mungkin ni tak terjadi. Apa nak jadi ni Nasib baik jugak minyak betul-betul habis bila sampai dekat pulau ni. Kalau habis dekat tengah-tengah laut tu macam mana Tak ke naya

Dahlah, aku nak tidur, Rayhan terus berbaring dan memejamkan mata.

Afiqa pantas menggoncangkan tubuh Rayhan. Namun tiada respon. Afiqa mencuba lagi. Kali ini lebih kuat namun tetap sama juga reaksinya.

Tok! Tok!

Afiqa terkejut dengan ketukan pintu di biliknya sekaligus menerbangkan segala memori lalu. Dia segera membuka pintu bilik.

Kemas kain baju aku sekali. Lusa dah nak bertolak, arah Airish.

Afiqa tercengang. Pantas dia memprotes, Kemas esok boleh!

Sekarang! Aku tak suka kerja last minute.

Afiqa mencebik sebaik sahaja Airish masuk ke dalam biliknya semula. Kepalanya diraba-raba. Nasib baik dia masih pakai tudung. Kalau tak, sia-sia aje dia tengok aurat aku. Memanglah tak salah. Tapi tak selesa! Perlahan-lahan Afiqa menutup kembali pintu biliknya.