Sama seperti Qaseh, pagi Isnin yang cerah itu menjadi pagi yang paling ceria buat Zed. Sekilas dia bangun sahaja dari tidur, terukirlah sebuah senyum lebar di bibir. Teruja sungguh Zed hendak ke sekolah pada pagi itu. Basikal dikayuh dengan laju agar dia cepat sampai di sekolah untuk bertemu kekasihnya Qaseh yang amat dirindui. Setibanya di sekolah, Zed terus bergegas menuju ke kantin. Dia yakin Qaseh ada di sana menunggunya di tempat biasa mereka.
Bara rindu yang membahangi jiwa Zed dan Qaseh sejak semalam, kini menjadi api cinta yang menghangatkan sanubari mereka. Pertemuan penuh bermakna itu telah mengajar mereka memahami erti cinta dengan lebih mendalam. Bahawasanya cinta adalah satu anugerah dari Tuhan. Datangnya tidak perlu diundang dan perginya tidak boleh diusir. Dengan penuh rasa cinta yang membara Zed dan Qaseh berbual mesra di situ. Bunyi riuh murid-murid lain yang berada di kantin sekolah ketika itu sedikit pun tidak mengganggu Zed dan Qaseh. Mereka seolaholah sedang berada di dalam dunia mereka sendiri.
Selain meluahkan perasaan cinta antara mereka, Zed dan Qaseh berbincang tentang apakah tindakan selanjutnya yang perlu mereka lakukan supaya mereka boleh terus bersama tanpa ada tembuk penghalangan dari kedua-dua orang tua Qaseh dan abang Jefri.
EXT. KANTIN SEKOLAH / PAGI.
SUASANA DI KANTIN SEKOLAH SUDAH REDA; MURID-MURID YANG ADA TADI SUDAHPUN BEREDAR MASUK KE KELAS MASING-MASING. TETAPI ZED DAN QASEH MASIH BERADA DI SITU.
ZED
Masak! Kalau awak takda dengan aku...feel aku main gitar pun
takda, tau tak Aku tak tipu, awak.
QASEH Faham. Tula...berat problem kita, kan.
MEREKA BERDIAM SEJENAK. TIBA-TIBA QASEH TERUJA, DIA MEMANDANG ZED SAMBIL TERSENGEH.
QASEH
Aku ada idea..!
ZED Apa
DI SAAT ITU JUGA LOCENG PUN BERBUNYI; SUDAH TIBA MASA SEMUA MURID-MURID PERLU BERADA DI KELAS.
QASEH Alamak! Time rehat nantilah aku cakap.
ZED Hish! Malasnya aku nak masuk kelas...
ZED MENGELUH SAMBIL BANGUN DAN MEREKA PUN BEREDAR MENUJU KE KELAS MASING-MASING.
SILIH berganti mata pelajaran yang lalui di dalam kelas, satu pun tidak masuk dalam kepala Zed. Silih berganti guru menegurnya, satu pun tidak diambil peduli. Dia kegelisahan memikirkan apa agaknya idea Qaseh itu. Tidak sabar Zed hendak menunggu waktu rehat untuk bertemu Qaseh semula di kantin. Qaseh pula seperti biasa sahaja melalui setiap mata pelajaran di dalam kelasnya, dengan penuh rasa kesabaran dia menunggu bunyi deringan loceng waktu rehat. Qaseh sangat teruja hendak memberitahu Zed tentang ideanya itu. Dia yakin Zed akan suka idea itu
Suatu idea supaya mereka lari sahaja dari rumah, jika orang tuanya dan abang Jefri berterusan cuba memisahkan mereka. Tinggalkan sekolah, tinggal segalanya di situ dan bina hidup baharu di tempat lain. Tepat sekali sangkaan Qaseh, Zed menerima idea itu dengan hati terbuka. Terbaik awak! Tapi kita plan betul-betul dulu, kata Zed dengan penuh semangat. Qaseh bersetuju bahawa mereka perlu masa beberapa minggu untuk buat perancangan selanjutnya. Dan visi pertama adalah Qaseh mesti terlebih dahulu dapatkan kembali talifon bimbitnya daripada ayahnya.
Badri tersandar di kerusi mengelamun seketika sambil menunggu masa untuk pergi menjemput Qaseh di sekolah. Tiba-tiba lamunannya dikejutkan oleh Mila adik Qaseh yang keletah itu. Di tangan Mila memegang talifon bimbit Qaseh. Terperanjat Badri bertanya isterinya bagaimana Mila boleh terjumpa talifon bimbit yang tersorok di bawah tilam katil. Mila...memang dia suka selongkar semua benda. Itulah jawapan ringkas keluar dari mulut isterinya. Badri pun mencapai talifon bimbit Qaseh itu dari tangan kecil Mila.
Sekali lagi Badri terperanjat apabila dilihatnya talifon bimbit itu dalam keadaan aktif. Entah bila masa si Mila dengan spotan telah menghidupkan talifon bimbit itu. Nyawa bateri talifon itu pula didapati masih separuh berkuasa. Badri sedar, ianya salah dalam ertikata etika kemanusiaan jika seseorang itu mencuri baca pesanan yang terdapat dalam talifon bimbit orang lain. Memandangkan perasaan ingin tahu sedang membara di dalam fikiran Badri ketika itu, dia pun ketepikan prinsip dan etika. Dikuatkan kata hatinya untuk membaca pesanan WhatsApp yang terkandung dalam talifon bimbit itu, antara Qaseh dan Zed. Lagi pun apa salahnya ayah menyiasat gerak geri anak sendiri, demi kebaikan. Badri berkata dalam hati.
Seterusnya kejutan paling serius buat Badri apabila membaca pesanan WhatsApp petang Sabtu. Petang di mana Jefri datang bertandang ke rumahnya kelmarin. Di antara mesej yang paling mendapat perhatiannya, adalah perbualan di saat-saat akhir antara Qaseh dengan Zed sebelum dia merampas talifon bimbit itu dari tangan Qaseh.
Abh tgh marah giler. Masak kita.
Dah. aku rasa abh akn caras fon dr aku ni.
Nnt klu xda msj dr aku. ko faham eh.
Xpa nnt kita stayback kt seklah, bincang. Byk excuse blh bagi tuk balik lambat.
Mengeluh panjang orang tua itu. Fahmlah dia mengapa hari ini pagi-pagi benar Qaseh mahu ke sekolah. Dan mengertilah dia kini mengapa Qaseh minta dijemput sekitar jam 4.30 petang. Ada kelas tambahan konon, padahal anak daranya itu hanya mahu menghabiskan masa bersama Zed. Bingung otak Badri memikirkan masalah mengejut yang sedang melanda dirinya. Pekara ini terus dibawa berbincang bersama isterinya. Sofia menggeleng-gelengkan kepala sambil mengucap kalimat, Asstarafirrullahalaazim. Sofia perhatikan jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 petang. Mereka masih punya banyak masa untuk berbincang sebelum Badri pergi menjemput Qaseh di sekolah.
Maka dengan seriusnya pasangan suami isteri pun berbincang. Masing-masing meluahkan pendapat demi pendapat bagai seorang menteri sedang membuat pembentangan di dewan palimen, lagaknya. Seribu satu persoalan bermain dalam fikiran mereka, dan seribu satu kerisauan menyerang perasaan mereka. Mereka harus cepat bertindak berbuat sesuatu agar mereka segera terlepas dari kebuntuan. Akhirnya mereka dipertemukan dengan satu jalan. Badri dan isterinya Sofia membuat keputusan untuk pindahkan Qaseh ke sekolah lain secepat mungkin.
Pada pagi itu, seperti semalam, awal-awal lagi Qaseh sudah bersiap untuk ke sekolah. Dengan penuh kegirangan sambil bersarapan sambil menyanyi-nyanyi, keletahnya. Tiba-tiba Qaseh diberitahu oleh ayahnya, dia tidak perlu pergi ke sokolah. Roti dikunyah terasa batu. Air milo diteguk bagaikan lava sedang membakar tekaknya. Qaseh terus jadi bodoh. Mukanya yang berseri-seri tadi, kini hilang kusam bagai pelita kehabisan minyak. Langsung tidak terfikir di benak hatinya bahawa berita itu akan sampai ke telinga. Meraung-raung Qaseh menangis memberontak.
Beg sekolah dicampak ke luar rumah. Piring dan cawan di atas meja kini berkecai ke lantai. Qaseh jadi seperti hestiria. Bagaimanapun gelagat Qaseh ketika itu, diperhatikan sahaja oleh ibubapanya. Mereka yakin apa pun sedang mereka rancangkan untuk anak gadis itu adalah yang terbaik. Biarlah anaknya itu mengamuk hari ini kerana kebaikan akan datang di hari kemudian. Tetapi tidak mereka duga Qaseh akan berterusan mengamuk, sehingga dicampaknya pula satu demi satu kerusi ke lantai.
Tercabar kesabaran Badri apabila salah satu dari kerusi itu nyaris menghempap Mila. Badri pun melepaskan tali pinggang yang terikat di seluarnya, lalu dilibasnya bertalu-talu ke betis Kaseh. Suasana menjadi semakin cemas apabila Qaseh melawan. Habis ditendang-terajangnya kerusi-kerusi di lantai. Apa lagi, Badri pun menghayun tali pinggang ke arah tubuh Qaseh pula. Mujur Sofia pantas bertindak merampas tali pinggang itu dari tangan suaminya sambil menjerit, kalau iya pun nak pukul anak jangan sampai hilang akal. Sofia terus melontar tali pinggang itu jauh-jauh.
Terdiam Badri seketika melayan perasaannya yang kini diselimuti seribu penyesalan. Binatang tahan dipalu, manusia tahan kias.
Terpancul peribahasa itu ke dadanya yang memberitahunya bahawa binatang dapat diajar dengan pukulan, tetapi manusia diajar dengan kiasan. Menyesal sungguh dia merotan Qaseh sedemikan rupa.
Qaseh pula duduk terperuk menangis-nangis di satu sudut ruang dapur, bagai manik putus tali, air matanya bercucuran. Sofia menghampiri Qaseh dan memujuknya. Tangisan Qaseh makin reda, tetapi boleh redakah kemarahannya terhadap kedua orang tuanya atas keputusan mereka yang mendadak supaya dia beralih ke sekolah lain. Bagaimanapun keputusan ayah tidak boleh dibantah.
Qaseh terpaksa akur walaupun hati dirundung duka yang teramat. Kini keadaan Qaseh seperti kucing di atas titian, dilamun kebimbangan memikirkan tentang Zed yang tentunya sedang menunggu dia di tempat biasa mereka, di kantin sekolah.
Lama Zed menunggu di kantin sekolah. Sehingga loceng sudah berbunyi pun Zed masih menunggu. Manalah tahu kalau-kalau Qaseh terlambat. Baginya dapat memandang wajah Qaseh sesaat pun jadilah. Rupa-rupanya bayang Qaseh pun tiada. Zed ditegur oleh cikgu kerana masuk kelas lewat. Zed berdiam diri, lantaklah kalau cikgu nak denda aku pun dendalah. Zed berkata di dalam hati. Wajahnya selamba memandang sekeliling kelas. Satu persatu subjek pelajaran yang dilalui di dalam kelas sedikit pun tidak masuk kepala. Dia hanya ingin menunggu waktu rehat agar dia dapat segera bertemu Qaseh di kantin. Seperti kucing hendak beranak gelagat Zed menunggu loceng berbunyi.
Setelah itu, berdesup Zed keluar dari kelasnya. Tiba di kantin sekolah, Zed pun menunggu di tempat biasa. Selagi Qaseh belum tiba, Zed tidak akan berganjak dari situ. Sanggup dia tidak makan, takut kalau Qaseh tiba dan dia sedang beratur membeli makanan, tentunya Qaseh akan tercari-cari dia kelak.
Waktu rehat hampir selesai. Zed seperti menuggu buah tidak gugur, Qaseh tidak muncul-muncul. Loceng pun berbunyi dengan kuatnya menandakan waktu rehat sudah tamat. Seperti kijang lepas ke rimba, semua murid-murid bertempiaran menuju ke kelas masing-masing. Kesudahannya hanya tinggal Zed seorang sahaja di kantin sekolah itu. Tergambar pada wajah Zed bahawa fikirannya sedang berserak tidak keruan seperti tembatu dibelah. Perasaanya pula bagai kaca terhempas di batu, sedih dan kecewa. Perasaan itu telah mendorong Zed pergi ke kelas Qaseh untuk memuaskan hatinya. Tahulah Zed bahawa Qaseh tidak hadir di sekolah pada hari itu.
Sepanjang perjalanan pulang dari sekolah, Zed menanam tekad untuk memberanikan diri pergi ke rumah Qaseh. Tiba di seberang jalanraya berhadapan rumah itu, Zed tercengang melihat keadaan tingkap dan pintu rumah semuanya tertutup. Firasatnya mula beranggapan kurang enak. Rasa rindu yang kuat terhadap Qaseh telah menggagahkan kaki Zed melakah masuk halaman rumah itu. Berkali-kali Zed berteriak memanggil, Pakcik Badri! Makcik! Qaseh! Suasana bagai tiada lalat langau pun, senyap dan sunyi.
Zed pulang membawa kehampaan. Gelagat Zed jadi seperti lalat buta, berpusing-pusing tidak tentu arah, bingun dan resah. Jiwanya tertekan membayangkan di mana agaknya Qaseh Tetapi apakan daya Zed, dia hanya mampu menunggu dengan harapan agar esok menjadi hari yang lebih baik buatnya dan Qaseh. Malam itu Zed memaksa dirinya tidur awal, supaya tidak terlalu lama penderitaan yang harus ditanggung untuk menunggu esok.
CAPTION: SEMINGGU KEMUDIAN...
EXT. SERAMBI RUMAH ZED / PAGI.
JEFRI SEDANG MEMAKAI KASUT DI TANGGA. DIA NAMPAK BASIKAL ZED DI TEPI TANGGA. JEFRI TERUS MEMANGGIL ZED.
JEFRI
Zed!!! Cepat! Dah pukul berapa ni! Jom, abang hantar!
KEMUDIANNYA ZED PUN MUNCUL DENGAN
BERPAKAIAN BIASA.
ZED Saya taknak sekolah hari ni!
JEFRI Eh! Apa pulak dah...taknak sekolah!
ZED
Petang ni saya ada practise untuk big show di KL. Letihlah pergi sekolah.
JEFRI
Hai...sebelum ni practise jugak, tak ponteng sekolah pun. Ini mesti ada hal lain! Cerita kat abang...
JEFRI MENGESUT KE KIRI SEDIKIT DAN SURUH ZED DUDUK DI SEBELAH KANANNYA. ZED PUN DUDUK; WAJAHNYA SUGUL.
ZED
Qaseh takda. Takda maknanya saya pergi sekolah, bang.
JEFRI
Wow! Giler togk..korang ni cintan habis!
Relek Zed. Kau tu mentah lagi. Sekolah penting. Jangan layan sangat emo kau tu.
ZED
Boring..ahh! Abang ni asyik berlakon drama sama aja! Buat-buat tak tau konon.
Abang tau apa jadi kan Baik abang cakap. Mana Qaseh pergi
JEFRI
Itu sebenarnya...kann.
(mengeluh panjang)
Ok...kalau aku bagitau...kau janji besuk kau pergi sekolah.
ZED Ok...janji.
JEFRI
Qaseh tak sekolah situ dah. Pakcik Badri transfer dia sekolah lain. Tapi kat mana, aku tak tau. Kalau kau tak sibuk nak bertunang hari tu...tak la jadi macam gini.
ZED
Hish! Dah diorang tak kasi kami jumpa. Bertunanglah! Boleh la jumpa.
Tapi tak boleh jugak. Apa bagak! Salah ke kami bercinta!
JEFRI MERENUNG WAJAH ZED YANG BERSERABUT ITU. TAK DAYA DIA HENDAK MEMBANTU.
PERLAHAN-LAHAN JEFRI BEREDAR DARI SITU TINGGALKAN ZED BERSENDIRIAN TERMENUNG DI TANGGA.
NAFAS Zed makin sendat ditimbuni perasaan rindu terhadap Qaseh. Dia tahu Qaseh juga sedang menrinduinya seribu kali. Tergiang-ngiang di telinganya kata-kata Qaseh tempuh hari. Jika mereka tiada pilihan, Qaseh sanggup dibawa lari, asalkan bersama Zed. Tapi kini di manakah Qaseh Zed tidak mahu nasibnya dan Qaseh menjadi seperti berpatah arang berkerat rotan. Sebelum terlambat, dia harus mencari Qaseh. Meskipun lautan api perlu direnangi, Zed sanggup. Janjinya pada Qaseh mesti ditunaikan.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Pagi itu
juga Zed telah mengambil langkah pertama berbuat sesuatu. Ligat kakinya melompat turun tangga, dicekalkan hati pergi ke rumah Qaseh. Walaupun dia tahu Qaseh tidak lagi tinggal di situ tetapi niatnya ingin bersemuka dengan Pakcik Badri dan Makcik Sofia. Mendengar sendiri dari mulut mereka, mengapa dipisahkan Qaseh dengannya. Samada mereka menerima kedatangannya atau tidak, itu bukan persoalan. Bagi Zed usaha harus bermula dari situ.
EXT. LAMAN RUMAH QASEH / SIANG.
KELIHATAN ZED SEDANG BERJALAN KE RUMAH. SAMPAI DI MUKA PINTU ZED PUN MENGETUK PINTU SAMBIL MEMBERI SALAM.
ZED
Assalammualaikum Pakcik! Makcik!
TIDAK LAMA KEMUDIAN, SOFIA MENJENGUK DI MUKA PINTU.
SOFIA Zed Eh...tak pergi sekolah ke
ZED Tak...saya ponteng hari ni.
TERCENGANG SOFIA MENDENGAR KATA-KATA ZED ITU. KEMUDIAN BADRI PULA MUNCUL. WAJAHNYA NAMPAK TIDAK PUAS HATI.
BADRI
Eloklah kau datang. Pakcik pun nak cakap sikit dengan kau. Masuklah!
ZED BERASA LEGA. DIA PUN BERSALAMAN CIUM TANGAN DENGAN MEREKA BERDUA, SEBELUM MELANGKAH MASUK.
CUT TO.
INT. RUANG TAMU RUMAH QASEH / SIANG.
KITA LIHAT ZED MEMANDANG SEKELILING RUANG TAMU. PADA WAJAHNYA JELAS MENAMPAKKAN ZED SEDANG MERINDUI SUASANA RUMAH, DAN SEGALA KENANGAN BERSAMA QASEH DI RUMAH
ITU.
BADRI Duduklah...
ZED PUN DUDUK DI SOFA.
ZED Terima kasih pakcik...
BADRI NAMPAKNYA TIDAK MAHU MEMBUANG MASA BERSAMA ZED. DIA TERUS MENYERANG ZED DENGAN KATA-KATANYA.
BADRI Zed...pakcik tau, kau pun tau,
Qaseh dah tukar sekolah lain. Dia tak duduk di sini dengan kami dah.
ZED
Yaa...itupun baru pagi tadi abang Jef bagi tau.
BADRI
Macam ginilah...pakcik minta kau jangan ganggu lagi Qaseh.
Kau lupakan dia. Pakcik taknak masa depan anak pakcik rosak, sebab kau.
ZED Apa ni pakcik Masa depan apanya
BADRI
Budak selalu ponteng sekolah mana ada masa depan!
(tarik nafas laju)
Qaseh dah terikut perangai buruk kau! Itulah pakcik hantar dia tempat lain.
WAJAH ZED BERUBAH MENDENGAR LETERAN BADRI. TETAPI ZED TABAHKAN HATINYA UNTUK BAWA BERTENANG.
ZED
Takkan pasal tu jer tiba-tiba pakcik tak bagi kami berkawan. Lepas tu...
pisahkan kami. Kenapa macam ni
BADRI
Sudah Zed. Kau tu budak mentah la...
Kejarlah angan-angan kau nak jadi ahli musik tu dulu. Lupakan niat korang nak bertunang bagai. Pelik pakcik dengar. Geli-geliman pun ada.
MAKIN PEDAS BUNYI SINDIRAN BADRI. ZED TIDAK MAHU DUDUK LAMA LAGI DI SITU. DIA SUDAH DENGAR SENDIRI SEMUANYA.
ZED
Baiklah. Kalau dah gitu pakcik cakap...saya terima. Maafkan saya. Saya minta diri dulu...
ZED BANGUN MENGHULUR TANGAN BERSALAM DENGAN BADRI. DIA MEMANDANG-MANDANG MENCARI MAKCIK SOFIA, TETAPI TIDAK
KELIHATAN DARI TADI. ZED PUN BEREDAR.
BADRI MENGIRING ZED KE PINTU. TETAPI ZED TERUS BERJALAN KELUAR DARI RUMAH ITU TANPA MENOLEH KE BELAKANG WALAU SEKALI. TERGURIS SUNGGUH PERASAAN ZED KETIKA ITU.
MALAM itu, lama Zed termenung di katilnya memikirkan berbagai perancangan yang perlu dia usahakan demi cinta antara dia dan Qaseh. Masih terguris hati Zed dengan kata-kata pakcik Badri itu siang tadi. Malah geram juga dibuatnya dengan sikap orang tua itu. Jikalau ayahnya masih hidup tentu tidak jadi begini. Tentu ayahnya akan mempertahankan dia, bisik hati Zed. Kini pesan arwah ayah datang mengimbau fikirannya. Cuaca malam agak panas, ditambah pula dengan kepanasan yang sedang membara di dalam hati Zed. Maka membarabaralah api semangat Zed untuk membuktikan sesuatu pada pakcik Badri yang seumpama menyindirnya siang tadi.
Pantang mundur sebelum kalah. Selagi maksudnya belum tercapai, Zed akan berusaha habis-habisan untuk mencari Qaseh sehingga bersukat darah, bertimbang daging. Bisik Zed di dalam hati. Sebagai seorang anak muda yang keras semangat, dia berazam untuk mencapai cita-citanya meskipun terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Baginya pantang patah di tengah. Zed tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk memperisterikan Qaseh.
Biar apa orang hendak kata, Zed tidak peduli. Dia akan berusaha hingga ke hujung nyawa untuk mendapatkan Qaseh. Kalau dia gagal dia tidak akan berputus asa kerana berperang bermalaikat, bersabung berjuara. Manusia berusaha, tetapi Tuhan yang akan menentukan berjaya atau tidak. Bukan orangorang kampung atau jiran tertangga atau kawan-kawan atau pakcik Badri. Bisiknya lagi pada dirinya.