dengan kau. Ada orang lain yang akan ganti, jelas Munirah selepas perbincangan kecil kami selesai.
Siapa yang ganti Soalku dengan dahi yang berkerut.
Tak pasti, tapi rasanya bukan dari unit kita. Jangan lambat tahu. Tepat jam 11.30 pagi kau turun dekat lobi, dia tunggu kau. Lain macam pula cara Munirah menjelaskan. Tapi, aku malas hendak bertanya lebihlebih kerana banyak kerja yang menanti di atas meja.
Seperti yang diingatkan oleh Munirah, tepat jam 11.30 pagi aku sudah turun ke lobi. Melilau seketika mencari staf yang akan pergi bersamaku.
Hai, Shaqina. Teguran itu buatkan aku berpaling. Fitri sedang tersenyum manis ke arahku.
Hai, Encik Fitri. Aku tundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Kemudian aku kembali tercaricari staf yang dimaksudkan Munirah.
Awak cari saya ke Fitri tiba-tiba menyoal.
Aku paksa diri untuk senyum kemudian perlahanlahan aku menggeleng. Boleh pula dia mengarut.
Saya rasa elok kita gerak sekarang. Encik Omar tu paling pantang dengan orang yang tak menepati masa. Fitri merenungku dengan kening terangkat.
Aku melepaskan keluhan perlahan. Maksudnya, Encik Fitri yang akan gantikan Encik Khairul.
Okey, lebih baik kita gerak sekarang. Aku terus beredar meninggalkan Fitri. Urusan kerja harus diselesaikan secepat mungkin.
Fitri mengajak aku menaiki keretanya dan aku hanya akur. Kami sampai ke restoran yang telah dijanjikan lebih awal dari waktu temujanji. Encik Omar sampai tidak lama kemudian. Perbincangan berkaitan projek pembangunan luar bandar yang telah dirancang berlarutan sehingga ke makan tengahari.
Aku hairan sebenarnya mengapa Fitri boleh menggantikan Encik Khairul. Namun, ternyata sebab utamanya adalah kerana Fitri telah pun mengenali Encik Omar. Mereka pernah berurusan beberapa kali untuk projek pasaraya di Perak. Encik Omar juga kelihatan lebih selesa berbincang dengan Fitri berbanding dengan Encik Khairul.
Ketika aku dan Fitri baru masuk ke dalam Mercedes-Benz CLS-Class milik Fitri, tiba-tiba cermin kereta di bahagian pemandu diketuk dari luar. Fitri turunkan cermin keretanya dan alangkah terkejutnya aku apabila melihat gerangan yang mengetuk. Aku cuba tarik nafas dan menghembusnya beberapa kali. Bukannya takut, tetapi pastinya akan ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku sebentar lagi.
Nelly buat apa kat sini Fitri menegur mesra.
Aku tidak mahu memandang mereka lagi. Mintaminta Nelly tidak ingat wajahku.
Saja aje shopping macam biasa. Bukit Bintang kan favourite place Nelly. Nampak kereta Abang tadi. Buat apa dekat si.. Tiba-tiba Nelly terhenti.
Aku pastinya sudah kecut perut. Sengaja aku alihkan pandangan ke luar tingkap.
Wait, siapa perempuan dengan abang ni Soalan Nelly membuatkan aku menutup mata beberapa saat.
Oh, kejap abang kenalkan. Shaqina jom keluar jumpa adik sepupu saya sekejap. Fitri meminta lembut sekali tetapi aku pula ternganga.
Adik sepupu Kecilnya dunia!
Fitri terus membuka pintu kereta dan aku juga terpaksa menurut. Aku cuba memandang Nelly sambil tersenyum. Nelly pula pastinya sedang tersenyum sinis ke arahku.
Nelly, ni staf papa. Shaqina namanya. Dan Shaqina, ini Nelly adik sepupu saya. Fitri beria memperkenalkan kami tanpa mengetahui hakikatnya.
Oh, jadi nama you Shaqina. Nice to know your name. Memang berlagak sungguh gaya bahasa Nelly. Siap macam memerliku lagi.
Tak cukup satu, sampai dua. Hebat juga you ni, sambung Nelly dan aku haruslah makin panas.
Bertenang Aliya Shaqina. Jangan ikut rentak budak-budak. Baru 18 tahun budak ni. Fikiran memang tak berapa nak matang kadang-kadang tu.
Apa yang Nelly cakap ni Nelly dah kenal Shaqina Fitri menyoal dengan dahi berkerut.
Of course. Dia ni hot girl among lelaki-lelaki kaya.
Ini sudah lebih, Nelly. Tahap kesabaran aku ada juga hadnya.
Nelly jangan nak tuduh sembarangan. Akak keluar dengan abang sepupu Nelly atas urusan kerja aje. Kami nak balik ofis sekejap lagi. Bukan macam yang Nelly fikirkan. Suaraku cukup tegas kali ini. Renunganku juga cukup tajam.
Awak kenal Nelly Fitri tiba-tiba mencelah di tengah kami. Pandangannya dihala silih berganti.
Kenal biasa-biasa aje. Janganlah risau semacam. Nelly mengusap bahu Fitri sambil tersenyum manis.
Fitri merenungnya tajam.
Nelly pergi dululah. Tak mahu kacau date abang. Nelly terus berlalu setelah memeluk abang sepupunya.
Selamba sahaja peluk lelaki bukan mahram di khalayak ramai. Oh, tidak! Agak-agak Niel pun pernah dipeluknya. Aku menggeleng laju saat teringatkan Niel.
Shaqina, awak okey Fitri menghampiriku dan aku serta-merta menjauhkan diri darinya.
Saya okey. Dah lewat ni. Saya nak balik ofis sekarang. Suaraku tegas dan aku langsung tidak memandang Fitri.
Okey, tapi saya minta maaf untuk apa yang adik sepupu saya cakap tadi. Biasalah budak-budak. Cakap kadang-kadang tak berlapik langsung. Wajah Fitri kelihatan serba salah.
Saya rasa kita tak perlu bincangkan isu lain selain urusan kerja. Kedinginanku makin ketara terhadap Fitri. Aku hanya mampu mendengar keluhan kecilnya sebelum dia berlalu ke pintu tempat duduk pemandu.
HAMPIR maghrib baru aku keluar dari pejabat. Munirah pulang lebih awal dariku. Kebetulan ada kerja yang harus kuselesaikan sebelum pulang. Keadaan di basement parking agak sunyi sepi. Ketar juga lututku saat melintasi deretan tempat letak kereta yang kebanyakannya sudah kosong.
Kepala pula tiba-tiba teringatkan kisah-kisah yang tidak sepatutnya. Bulu roma tiba-tiba meremang tidak tentu pasal. Terasa angin menyapa lembut pipiku. Makin seram sejuk aku dibuatnya.
Aku pandang kiri dan kanan, kemudian belakang
dan depan semula. Masih selamat. Tiada apa-apa yang tidak sepatutnya. Langkahku dilajukan. Tinggal beberapa meter sahaja sebelum sampai ke Proton Iriz hijauku. Bak kata Niel hijau terang-benderang. Ish, tengah takut-takut boleh pula aku teringat budak senget tu.
Saat tanganku mencapai pintu kereta, senyuman lega terukir di bibir. Namun belum sempat masuk, terasa sentuhan di bahuku. Aku apa lagi, terus layangkan beg sandang sekuat hati.
Aduh! Seorang lelaki terjerit kecil dan terus tunduk memegang bahu. Dia cuba menstabilkan diri dengan bersandar pada Iriz hijauku. Siapa pula ni
Aku jauhkan diri darinya beberapa langkah. Macam mana kalau tiba-tiba dia angkat muka dan wajahnya... Oh tidak! Aku menggeleng laju-laju untuk membuang semua bayangan seram itu. Dua tiga kali aku berdehem sebelum bersuara garang.
Encik ni siapa Encik nak buat apa dengan saya Suaraku terketar-ketar. Dalam masa yang sama, aku keluarkan Galaxy A. Bersedia bila-bila masa untuk menelefon 999. Mana tahu mungkin lelaki di hadapanku ini pembunuh bersiri atau penculik.
Sangkaanku meleset sama sekali apabila dia mengangkat wajahnya. Ternganga juga aku dua tiga saat. Macam tak percaya.
Awak sorang aje Fitri menyoal dengan dahi yang berkerut.
Sakit sangat ke Nasib baik laptop sahaja yang ada dalam beg sandangku. Buatnya batu, mahu pengsan dia di tempat kejadian.
Yalah, sebab tu saya terkejut tiba-tiba orang pegang bahu saya. Encik Fitri buat apa kat sini
Saya tunggu awak.
Haaaa. Aku tercengang dengan dahi yang berkerut.
Saya nak tanya awak pasal apa yang Nelly cakap tu. Selagi saya tak tahu perkara sebenarnya, saya tak puas hati. Fitri berdiri tegak semula namun masih mengusap bahunya. Hebat juga penangan laptopku.
Kenapa Encik Fitri tak tanya adik sepupu sendiri. Lagipun saya tak rasa isu ni penting sangat untuk dibincangkan. Hal peribadi semata-mata dan langsung tak ada kaitan dengan hal kerja. Saya minta maaf sebab terketuk Encik Fitri tadi. Saya balik dulu. Dengan muka tidak bersalah aku menarik semula pintu Irizku.
Shaqina, tunggu! Tidak kujangka Fitri sekali lagi menyentuh bahuku.
Memang pantang aku kalau lelaki sesuka hati menyentuhku. Pantas sahaja aku alihkan bahu dari tangan Fitri. Mujur kali ini aku sedia maklum siapa dia. Kalau tidak mahu kena layang dengan beg sandangku sekali lagi.
Tolong hormat saya sebagai seorang perempuan. Kita ada batas-batas yang perlu dijaga. Suaraku cukup tegas dan aku terus masuk ke dalam Iriz. Pintu Iriz kututup sekuat hati tanda protes.
Fitri hanya mampu memandangku terkelip-kelip. Jangan ingat semua perempuan boleh dibuat sesuka hati. Tengok oranglah. Anak bos atau bukan, kalau tangan tak reti hendak brek memang tetap kena basuh dengan aku.