MY PRETTY BOY - 9
QAMRA, ada guest nak jumpa kau kat lobi, laung Reza Rizman dari jauh yang mengatur langkah terkocoh-kocoh menghampiri Qamra Ain. Dia yang baru selesai menjawab panggilan telefon Tunku Hardie tersentak bila namanya dipanggil.

Siapa, Reza soal Qamra Ain yang sedang bersandar di tepi tiang sambil mengangkat beg galas yang mengelongsor jatuh dari atas bahu.

Uncle kau kut. Siap suit and tie bagai, nampak skema semacam aje, Dia juga tertanya siapa yang ala Men In Black yang bertanyakan tentang Qamra Ain. Bertalu-talu soalan yang diajukan sampaikan entah yang mana satu harus dijawab dulu.

Mengarutlah kau, Reza. Aku tak ada keluarga pakai suit-suit hitam ni.

Kalau tak mana dia tau nama kau, Qamra Ain

Aku tengok beria-ia benar lelaki tu nak jumpa kau.

Hello! Aku tak kenal siapa dia dan aku tak nak jumpa. Jangan paksa aku, Reza! Aku tak suka! Qamra Ain menolak perlawaan dengan serius. Pantang sungguh kalau ada orang memaksa sesuatu yang tak disukai apatah lagi berjumpa dengan orang yang tak pernah diketahuinya.

Awat korang berdua tercongok kat tepi tiang ni Ada apa-apa gossip yang aku terlepas Tegur Maria yang baru muncul entah dari mana mencelah perbualan.

Ada corporate guest nak jumpa Qamra kat lobi. Dia pula tak nak pergi, jawab Reza Rizman memandang wajah mereka berdua silih berganti.

Siapa, Reza soal Maria sekerling memandang ke arah Qamra Ain.

Katanya Datuk Zackry.

Datuk Zackry Aku tak ada uncle nama tu. Aku tak nak jumpa. Suruh aje dia balik.

Sejak bila kau kenal orang darjat tinggi ni, Qamra Confuse aku. Tapikan, kira terrorlah kau sebab Datuk pun kejar kau, puji Maria sembari menunjukkan riak wajah teruja depan Qamra Ain.

Kalau cam tu kau ajelah yang pergi, Maria. Kaukan suka lelaki high class. Inilah masanya, kan Please, Maria aku ada temujanji dengan Hardie petang ni. Nanti apa pula katanya nanti kalau dia terserempak aku dengan entah siapa lelaki tu. Aku tak mahu dia salah faham lagi. Qamra Ain mengatur langkah beredar pergi meninggalkan mereka berdua.

Apa yang lebih penting dari itu, dia tak kenal langsung Datuk Zackry yang beria-ia mahu berjumpa dengannya. Untuk apa Untuk jadikan dia mistress

Simpang!

Cik Qamra Ain

Hayunan langkah Qamra Ain terhenti. Dia berpaling muka ke belakang mencari empunya suara garau yang menyapa. Tak jauh dari mereka bertiga tercegat seorang lelaki yang segak bersuit hitam walaupun tampak berusia. Mungkin tampak sebaya usia dengan Babahnya di Brinchang.

Boleh kita berbual sebentar, Cik Qamra Ain

Maaf Tuan

Zack Datuk Zackry, dia memperkenalkan diri seraya menghulurkan salam namun tak bersambut.

Maaf Datuk sasaya tak boleh lama sebab ada hal dengan resah melanda di hati Qamra Ain. Takut jika Tunku Hardie bila ternampak mereka bersembang di sini meskipun ada Reza Rizman dan Maria menemani.

Sekejap aje, boleh Tak lama pun, pujuk Datuk Zackry sekali lagi. Qamra Ain terasa serba-salah. Kalau menolak bermakna dia telah menghampakan harapan lelaki ini. PA Datuk Zackry mengisyaratkan pada mereka berdua supaya memberi ruang pada majikan dan gadis tadi berbual.

Qamra, aku gerak dulu. Nanti cari kami kat kaf, mohon Maria dan menarik lengan Reza Rizman supaya beredar dari situ.

Sambil berjalan mengekori langkah Maria, terdetik teka-teki di hati Reza Rizman siapakah gerangan lelaki berusia itu dan siapakah juga yang mengatur pertemuan lelaki itu dengan Qamra Ain.

D

ATUK ZACKRY tercuit hati dengan lagak gadis bertudung ayu yang duduk di sofa bertentangan. Keserbasalahan. Jelas kelihatan sungguh tangan Qamra Ain yang mengeletar memegang gelas air. Mungkin terlampau gelabah oleh sebab mereka berdua tak pernah bersua sebelum ini.

Dont be afraid with me, Cik Qamra. Saya tak makan orang, saya makan spageti aje, seloroh Datuk Zackry sekadar meredakan situasi tegang antara mereka berdua.

Qamra Ain tersenyum kelat. Jiwanya semakin tak keruan. Perasaan takut dan segan bercampur baur. Kalau nampak dek Tunku Hardie, mahu kecoh satu akademi nanti. Siapa yang tak kenal Tunku Hardie, jejaka yang cepat naik darah dan kuat cemburu sampaikan tak dibenarkan langsung berkawan dengan mana-mana lelaki.

Mana-mana lelaki yang kebetulan berselisihan dengannya juga tak terlepas dari menjadi mangsa jerkahan Tunku Hardie tanpa sebab. Dia tak mahu kisah lalu berulang kembali. Itupun hanya kerana terlewat sampai ke tempat janji temu mereka. Nasib baiklah ada Reza Rizman menjadi penyelamat keadaan. Kalau tak, pasti melayang penumbuk padu Tunku Hardie ke muka Prof. Fattah.

Sebenarnya apa tujuan Datuk nak jumpa saya Saya ada hal penting tak boleh lama.

Saya cuma hendak berbual dengan kamu... jangan takut, saya tak ada apa-apa niat jahat. Betul, kita tak pernah berjumpa cuma saya ingin berkenalan. Itu aje.

Qamra Ain bangkit dari kerusi. Kalau setakat mahu mengenalinya ini bukanlah masa yang sesuai dan untuk apa dia ada hubungan dengan lelaki yang tak dikenali langsung itu.

Tak pernah jumpa aku tapi tau nama aku, tau aku kat sini Atau, beliau skodeng FB aku kut Mustahil! FB aku pun, aku pakai nickname atau ada budak sini nak perdajjalkan aku ke

Cik Qamra! Kamu tak apa-apa Ok macam ni awak bertenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Biar saya jelaskan... Datuk Zackry memetik jari berkali-kali di depan wajah Qamra Ain sekaligus mengejutkan dia dari andaian yang mengarut tadi.

Saya sebenarnya tertanya-tanya macam mana

Datuk tau tentang saya

Datuk Zackry tersenyum sinis.