SELESTIAL - 9
Bagaimana Tuan Razali

Ah, awak ni tak payahlah nak formal dengan saya. Saya lebih selesa orang panggil saya Razali. Encik Razali kalau nak formal pun

Ahaha, maaf ye. Kekok nak panggil awak Encik

Gelaran Tuan itu buat saya rasa pelik. Saya seorang saintis, bekas angkasawan secara umumnya. Malaysia masih kekurangan angkasawan sehinggakan bila saya balik Malaysia, terus diberi anugerah sebegitu rupa. Anugerah tak bermakna. Apa yang saya nak adalah generasi kita berminat pada sains angkasa dan memajukan diri mereka. Oleh itu, saya memilih untuk menjadi penulis fiksyen dan saya percaya juga, minat terhadap sains akan menular melalui sastera jika betul cabangnya.

Awak lihat, layakkah seorang yang berpakaian selekeh seperti saya ini dipanggil Tuan

Puan Saodah melirikkan senyuman tipis dengan komentari yang saya berikan itu.

Puan Saodah muncul dengan sebuah beg galas yang memuatkan nota-notanya. Saya mahu membincangkan perihal novel itu, dan tidak mahu diganggu oleh perbualan yang sia-sia seperti ini. Namun harus ditegaskan, saya tak pernah meminta gelaran sebegitu dipahat pada sisi nama saya yang asal, yakni Razali. Selaku satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah mendiami Marikh, saya memang terkenal di tanah air sendiri.

Ah, jika mereka tahu bagaimana kembara saya di atas sana, pasti mereka akan melihat saya selaku raksasa yang tak berhati perut.

Saya tidak boleh memendam perasaan itu, yakni, ketakutan yang saya hadapi itu tanpa melakukan sesuatu. Saya memang meminati fiksyen kerana saya percaya saya boleh berterusterang dalam fiksyen tanpa mencederakan hati sang pembaca dengan fakta. Saya boleh mengemukakan pendapat saya, tetapi ditakrifkan pada watak-watak ciptaan yang akan saya canang Ini bohongan sahaja!

Maka di sini, saya bersama Puan Saodah, seorang yang agak pakar dalam kesusasteraan Melayu, untuk mengemaskini kebolehan berbahasa Melayu saya. Maaf jika apa yang saya nukilkan ini kedengaran kekok. Saya percaya juga dengan menggunakan nada sebegini, pembaca akan mengerti keikhlasan saya dalam menyampaikan cerita-cerita saya yang luarbiasa.

Episod ini bermula dengan Puan Saodah meneliti notanota misteri yang berada di depan saya. Oh ya, setepatnya di depan kami secara khususnya. Saya memerhati raut wajah Puan Saodah, yang begitu serius, fokusnya tak lari, kepala tak bergoyang hatta sedikit dan keriuhan sekitar kami tak menggugah fokusnya yang aku yakin berada pada tahap maksimum. Setelah beberapa minit begitu, barulah dia menghela nafas lembut. Saya rasa dia tidak bernafas tadi, tetapi, ia subjektif pada penilaian saya. Tidak seperti makhluk-makhluk asing di dalam nota-nota misteri tadi, Puan Saodah adalah seorang manusia. Dan saya tidak menceritakan fantasi di sini.

Bagaimana Puan

Hmm, saya rasa mungkin nota-nota ini adalah garapan fiksyen oleh seseorang yang mungkin ada urusan di sini

Itu tak mustahil juga. Namun saya percaya, setiap fiksyen ada sesuatu yang menjadi landasannya, ataupun tepatnya, ermm, kenderaan

Awak ada nota-nota yang lain

Setakat ini apa yang Puan nampak itulah yang saya boleh tunjukkan

Ketika itu saya berasa suasana seolah dingin. Saya jeling keluar dari dinding kaca kafe ini dan mendapati kelihatan seorang lelaki dan wanita yang pakaian mereka agak comot dengan kesan cat sedang menyorong sebuah troli berisi bungkusan yang mencurigakan. Biarpun begitu reaksi mereka begitu tenang sekali. Bahkan mereka boleh berseloroh seolah tiada apa sedangkan apa yang mereka sorong itu kelihatan seperti orang di dalam bungkusan guni. Saya mula menukar persepsi. Saya terlalu dipengaruhi nota-nota misteri tadi. Boleh jadi di dalam bungkusan itu ada skulptur yang humanoid.Ya, penjelasan itu lebih menyakinkan.

Saya rasa kita tangguhkan dulu misteri nota-nota ini

Okay

Saya meletakkan nota-nota misteri itu ke tepi, dan menganggapkan apa yang diusung oleh pasangan tadi tidak lebih dari skulptur berbentuk humanoid. Mengabaikan apa yang dilihat tidak memestikan ia sudah tidak terhapus dari ruang fikiran. Saya mula mengira peratusan logik yang didakap oleh nota-nota misteri itu. Itu yang terjadi dalam kepala saya tatkala saya mengeluarkan buku nota yang menempatkan hamparan bab demi bab yang saya isi dengan fakta-fakta sains. Saya percaya mitos silam ada sainsnya. Sekurang-kurangnya, saya menafsirnya dari sudut pandang berbeza dari apa yang diketahui kita secara konvensional.

*

Saya kemukakan fakta, Puan Saodah pula mengemukakan ciri-ciri sastera yang boleh ditekapkan pada fakta sains itu. Saya melihat ia selaku satu analogi sebuah proses pembinaan bangunan. Fakta-fakta sains diadun dalam satu karya selaku cerucuk-cerucuk yang akan menyokong bangunan di atas permukaan tanah. Sastera pula akan memperindahkan karya tersebut selaku cat-cat warna yang enak dilihat dari luar. Manakala adunan plot cerita pula akan menjadikan bangunan itu tadi berfungsi selaku bangunan dan bukannya sesuatu yang lain. Ah, analogi ini buat saya tersenyum setiap kali, tatkala melalui deretan bangunan-bangunan usang di perbatasan kompleks bandaraya. Jauh beza benar dengan bangunan D7 ini, di mana binaannya indah.

Seandainya D7, Sentul ini ditukar menjadi karya, pastinya ia merupakan karya yang indah muka depannya.

Tahun 2069, di mana saya telah balik dari Marikh dan menghuni bumi semula. Ia pengalaman aneh sebenarnya. Saya harus berterima kasih kepada Elon Musk yang begitu tinggi visinya untuk membawa manusia menghuni Marikh.

Biarpun begitu, saya tidak dapat melupakan sejarah hitam saya di Marikh tersebut. Ia menyebabkan saya dihantar kembali ke bumi dan menjalani kehidupan selaku orang biasa. Apabila saya balik ke Malaysia, saya dengan mudahnya mendapat pengiktirafan kerajaan dengan pelbagai gelaran yang kedengaran gah tetapi tiada makna pada jiwa saya. Jika di kalangan komuniti Marikh, saya dilihat selaku seorang gagal. Bagaimana saya mahu gembira dengan gelaran dan pangkat yang serba aneh ini, sedangkan hakikatnya saya ini seorang yang tewas Ia memalukan.

Lupakan perkara itu. Ketika ini kami mendapati sekumpulan anggota polis sedang membuat rondaan di koridor bangunan. Mereka kelihatan seolah-olah dalam keadaan serius di mana ada jenayah berat sedang berlaku. Bukan itu sahaja, setiap orang di dalam kedai ini berdiam diri, seolaholah kedatangan polis tadi ada kaitannya dengan mereka. Perbualan yang rancak tadi lenyap semerta, barangkali kerana kejanggalan peristiwa yang berlaku di depan kami ini.

Sudah berapa lama saya tidak melihat polis berkeliaran di sekitar

Persoalan itu sahaja sudah menyedarkan saya betapa transisi manusia kepada satu bangsa yang bertamadun telah melenyapkan peranan polis secara khususnya. Bahkan polis yang bertugas ini juga bukanlah manusia, melainkan robot semata-mata. Mereka dilandaskan pada arahan-arahan yang diprogramkan oleh sistem. Sebarang kejanggalan pada situasi akan menghadirkan mereka pada skala rincihan kesilapannya sebanyak 0.001%. Pendek kata, mereka takkan diseru datang ke mari semudah anda bermain dengan penggera kecemasan. Mereka tahu mana satu maklumat yang tepat dan mana satu maklumat yang palsu.

Dua buah polis robotik yang tampak sintetik benar kulit mereka melangkah masuk ke dalam premis kafe. Masingmasing kembali dengan perbuatan masing-masing sebentar tadi, tertakluk hipokrasi. Saya turut khuatir juga, kerana belum pernah lagi saya menghadapi situasi sebegini rupa.

Sila tunjukkan kad pengenalan masing-masing. Harap boleh bagi kerjasama suara robotik yang garau begitu jelas dan perlahan suku-katanya menusuk umpama halilintar di telinga ini.

Saya sedar saya tak gemar akan polis robotik. Biarpun ini adalah kali pertama saya berdepan dengan mereka, saya sedar kini, saya tak sukakan mereka. Usah ditanya kenapa. Saya sendiri belum memahami misteri di sebalik kebencian ini.

Ketika itulah saya teringat akan nota-nota misteri yang saya perolehi di ruangan parkir pagi tadi. Haruskah saya serahkannya kepada pihak polis

Ketika ini jugalah kabus tebal mula menyeruak memenuhi ruang bangunan ini. Nasib baik pintu tertutup rapat. Ia mengingatkan saya pada jerebu yang berlaku beberapa puluh tahun dahulu. Laporan mengenainya cukup meluas. Ramai juga yang mengalami masalah kesihatan sesudah itu. Namun gejala jerebu dari negara jiran tidak akan berlaku lagi. Majoriti hutan telah dilupuskan oleh manusia. Bahkan penemuan terbaru dalam sistem pertanian telah membuatkan tiada lagi keperluan untuk membakar pohonpohon yang telah ditebang.

Kabus tebal dan polis robotik melata. Ini bukan petanda yang bagus.

Bagaimana kalau kita balik dari sini selepas ini ujar Puan Saodah menunjukkan wajahnya yang tidak selesa dengan perkembangan peristiwa kini.

Oh okay jawab saya mudah.

Beg saya digeledah perlahan. Cermat pegawai polis ini mengeluarkan barang satu-persatu dari beg saya. Andai kata perisian dalam kepalanya diserang virus, saya tak yakin dia akan melayan kami sebegini elok. Silap haribulan nyawa turut melayang. Tatkala nota-nota misteri tadi dikumpulkan di atas meja, dia membuat imbasan ke atas nota-nota itu. Telahanku mudah sahaja. Nota-nota misteri itu milik penjenayah, maka sebab itulah pegawai-pegawai polis ini datang ke mari.

Ah, telahanku silap.

Polis-polis robotik itu langsung beransur meninggalkan kafe itu sesudah itu. Tiada tangkapan dan tiada rampasan barang. Mereka beransur pula ke deretan kedai yang lain dan meneruskan pemeriksaan mereka.

Usai pemeriksaan tadi, kami berdua lekas-lekas menuju ke kaunter bayaran untuk menyudahkan urusan kami di kafe ini. Saya memikirkan untuk berjalan di sekitar bangunan D7 ini untuk mengetahui apa yang hendak dilakukan oleh polis-polis robotik tersebut. Saya berharap tindakan saya ini tidak akan dikesan polis ataupun tidak diendahkan oleh polis. Mereka itu robotik bukan Adakah termaktub dalam program mereka untuk menidakkan hak-hak orang awam untuk mendekati mereka

Saya nak beli lukisan. Awak nak ikut

Puan Saodah menggeleng. Saya mengerti saya akan berseorangan dalam semua ini. Namun ia tak mengapa.

Saya tak mahu nasib Puan Saodah jadi seperti Puan Raudah. Itupun jika apa yang dikatakan dalam nota-nota misteri itu benar.