Kebanyakan komik alih bahasa Jepun ketika itu diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Comics House. Kualiti terjemahan oleh syarikat ini sememangnya tersangatlah bagus dan mudah difahami berbanding terjemahan dari syarikat-syarikat yang lain.
Walaupun terjemahan untuk perbualan dialog adalah bagus, sesetengah judul komik dan nama watak ditukar atas sebab yang tidak diketahui.
Antara komik alih bahasa Jepun yang popular adalah:
Doraemon
Merupakan komik yang paling popular sekali dibaca oleh segenap umur rakyat Malaysia dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa termasuk lelaki dan perempuan.
Satu-satunya komik terbitan syarikat Tora Aman yang popular.
Mengisahkan perjalanan hidup lima
orang kanak-kanak Jepun ditemani sebuah robot masa depan berbentuk kucing, Doraemon yang mempunyai peralatan-peralatan dari masa depan di dalam poket pada badannya.
Menghimpunkan cerita-cerita pendek yang dimuatkan di dalam 1 keluaran. Setiap keluaran selalunya memuatkan antara 20 hingga 30 cerita pendek. Terdapat juga keluaran cerita-cerita panjang adaptasi dari filem.
Nama Suneo dieja Sinyu dan nama Takeshi dipanggil dengan nama Giant.
Animasi Doraemon turut ditayangkan di televisyen pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam.
Doraemon adalah hasil karya Fujio F. Fujiko.
Mutiara Nagaa
Mutiara Naga di dalam bahasa antarabangsanya adalah Dragon Ball.
Tidak diketahui si pandir mana yang menggantikan perkataan Mutiara pada perkataan Ball. Syukurlah perkataan Dragon diterjemah dengan betul.
Merupakan komik kedua popular selepas Doraemon.
Dibaca oleh segenap umur rakyat Malaysia dari kanakkanak hinggalah ke orang dewasa termasuk lelaki dan perempuan.
Mengisahkan pengembaraan Son Goku dan sahabatsahabatnya dalam mencari mutiara naga yang dapat menunaikan hajat apabila dikumpulkan kesemua 7 biji. Mutiara naga bermula sebagai komik komedi sehinggalah bertukar menjadi komik kelahi pada pertengahan jalan ceritanya.
Selain Mutiara, nama Yamcha juga telah ditukar kepada Yamu, Killin kepada Kurin, Picollo kepada Pikor, Vegeta kepada Bezita dan ramai lagi.
Animasi Dragon Ball hanya ditayangkan di Mega TV pada ketika itu.
Mutiara Naga adalah hasil karya Akira Toriyama.
Dr. Slump
Mengisahkan kisah suka duka kehidupan seharian dan juga pengembaraan sebuah robot perempuan bernama Arale Norimaki bersama penciptanya (ayahnya), Senbei Norimaki di Kampung Penguin. Pelbagai ragam dan aksi yang kelakar berlaku setiap hari yang tersangatlah menggeletek hati pembaca.
Komik kedua karya Akira Toriyama yang popular di Malaysia.
Animasi Dr. Slump tidak ditayangkan di televisyen ketika itu.
Son Goku pernah membuat kemunculan di dalam komik Dr. Slump dan Arale Norimaki juga pernah berbuat hal yang sama di dalam komik Mutiara Naga.
Detektif Conan
Mengisahkan kisah seorang penyiasat, Kudo Shinichi dalam menyelesaikan kes-kes pembunuhan dari kes kecil sehinggalah besar.Oleh kerana telah diberi sejenis dadah, fizikal Kudo Shinichi telah berubah menjadi seperti kanakkanak tetapi tidak kepada pemikirannya. Nama Conan Edogawa digunakan untuk menyamar sebagai seorang kanak-kanak.
Animasi Detektif Conan tidak ditayangkan di televisyen ketika itu.
Detektif Conan adalah hasil karya Gosho Aoyama. Komik Detektif Conan masih belum ditamatkan sehingga kini dan mungkin membawa sehingga kiamat.
Juara Keranjang
Sakuragi yang terpaksa belajar bermain bola keranjang kerana telah menyertai kelab bola keranjang Shohoku semata-mata mahu memikat hati adik perempuan kepada seorang ketua kelab bola keranjang iaitu Takenori Akagi. Bermula dari terpaksa, Sakuragi telah menjadi salah seorang bakat bola keranjang yang disegani sekolah-sekolah lain. Juara Keranjang adalah terjemahan daripada tajuk antarabangsa iaitu Slam Dunk. Slam Dunk merupakan salah satu nama gerakan di dalam permainan bola keranjang.
Entah akal apalah yang difikirkan ketika pemilihan judul Juara Keranjang tersebut.
Juara Keranjang adalah hasil karya Takehi Inoue.