Les Criaturas - 9
PRESENT 6

Mastura memarkir basikal berwarna kuning bersebelahan dengan mesin air tin. Handle basikal itu dililit dengan reben berwarna ungu. Dia mengeluarkan mangga jenama Solex dan mengunci kemas tayar basikalnya. Mastura berjalan sambil menyanyi perlahan. Sesekali dia melihat skrin telefon bimbit tanpa menyedari seseorang mengekorinya dari belakang.

Hoi, perempuan!

Mastura berpaling. Hampir-hampir sahaja dia menghadiahkan sebiji tumbukan kepada yang menyergahnya. Tetapi, dia berhenti separuh jalan apabila setelah mengecam pemilik tubuh tersebut.

Cheryl! Hai. Datang dengan Lina ke Mastura menyapa Cheryl dengan senyuman manis.

Nak tumbuk aku ke Pertanyaan Mastura dibiarkan tidak berjawab.

Sorry.

Mastura menurunkan tangan kanannya. Dia memegang rambutnya yang agak kusut sambil tersenyum menghadap Cheryl.

Hari tu kau yang call Lina kan

Err.. Hari mana ya

Jangan berlakon la. Hari yang aku call sampai lebih dua kali tu.

Oh! Hari tu. Kitorang..

Kau jangan cabar aku. Kau tak faham ke Aku dengan Lina sekarang. Kau tak payah nak menyibuk sangat. Kau sedar tak kau tu tak setaraf dan bukan daripada jenis kami

Sorry. Mas tak ada niat apa pun. Lina call Mas hari tu sebab nak ucap terima kasih pasal brownies. Memang itu je yang kami bualkan.

Jangan ingat aku bodoh. Setiap kali aku tengok kau

feeling dekat Lina, aku boleh bau haba gersang kau. I can smell you.

Jangan paksa aku. Please. Mastura cuba untuk mengawal dirinya. Dia tidak mahu memburukkan keadaan. Kau nak belasah aku Kuasa apa kau ada Kau nak buat

apa!

Cheryl menyeringai. Kukunya perlahan-lahan keluar dan memanjang. Matanya berubah kekuningan. Tanpa berfikir panjang, dia mencakar pipi mulus milik Mastura.

Mastura memegang pipi kanannya yang berdenyut. Cheryl kembali tenang. Kuku dan matanya kembali normal. Ini cuma amaran. Jangan ingat aku tak boleh buat lebih

lagi dekat kau!

Dari jauh Iman datang menghampiri mereka berdua. Iman melihat Mastura yang sedang mengaduh kesakitan.

Cheryl, apa ni Perlu ke nak mengamuk macam

binatang

Kau jangan masuk campur. Ni urusan aku dengan dia! Cheryl membentak sambil memandang tajam ke arah Iman. Buka mata kau sikit. Memang jadi urusan aku sebab kau dating dengan kakak aku. Cheryl terdiam. Dia tunduk seketika sebelum kembali bersuara.

So, sekarang ni kau nak main family card pula Ingat hari tu kau nak bunuh kakak kau

Tu cerita lain.

Cerita lain Heh!

Kau tahu kan aku boleh bunuh kau bila-bila masa je Kau

sedar kan darjat aku dengan kau

Cheryl berundur sedikit ke belakang. Dia dalam langkah berjaga-jaga sambil menjaga rentak langkahnya.

Kau takkan berani.

Try me.

Tapi, nanti nyawa kau..

Iman menghampiri Cheryl. Dia mendepakan telapak tangannya. Sesuatu yang bercahaya timbul samar-samar dari situ.

Okay kau menang.

Cheryl terus berlari laju dan melompat ke atas atap parking lot. Dia meninggalkan Iman dan Mastura. Iman berpusing dan merapatkan badannya ke arah Mastura.

Biar Iman tengok pipi Mas.

Mas okay. Thanks. Mastura menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Iman.

No, bagi Iman tengok.

Iman menyentuh pipi kanan Mastura. Ada sedikit kesan calar dan darah yang hampir kering.

Teruk ke Tanya Mastura apabila melihat Iman mengeluarkan tisu daripada poket seluarnya.

Benda ni akan jadi teruk bila Iman tahu dia datang serang

Mas lagi.

Ala, jangan risaulah. Iman tahu kan Mas tak boleh.

Iman tahu sejak dulu lagi.

Sorry. Mas bukannya nak berahsia.

Tapi, sampai bila Kak Lina sampai sekarang tak tahu. Waktu pertama kali Mas ketuk pintu rumah kami, Iman dah boleh agak Mas ni apa.

Mas ada misi. Mas terpaksa jalankan amanah yang diberi untuk teruskan hidup. Mas pun tak tahu sampai bila Mas akan hidup

macam ni.

Mereka berdua mendiamkan diri buat seketika. Iman bangun sambil menghulurkan tangan. Jom kita balik. Iman temankan.

Mas boleh balik sendiri.

Iman nak temankan.

Tapi..

Tak ada tapi-tapi. Nanti dia tu serang Mas tengah jalan. Siapa nak tolong

Iman jangan panggil dia macam tu boleh tak Kesian dia.

Kesian Mas ni memang pelik la. Dia dah serang Mas,

boleh pula nak kesian

Kadang-kadang itu yang bezakan manusia dengan yang lain kan Untuk memilih dan menjadi lebih baik.

Iman tersenyum mendengar jawapan Mastura. Dia mengangguk. Kenapa Kak Lina tak nampak yang Mas ni sesuai untuk dia

Api, air, tanah dan udara berbeza kasta, Iman.

Tapi, Cheryl tetap tak guna.