JAGUH DEKLAMASI - 9
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, langkah pertama untuk mendeklamasikan puisi ialah membuat kajian teks terlebih dahulu. Kajian ini melibatkan:

Tempat di mana perkataan harus ditekan atau ditinggikan not.

Tempat di mana bacaan perlu dipercepat atau dilajukan.

Tempat di mana perkataan perlu dimerdu atau dilunak atau dikeraskan bacaan.

Tempat di mana bacaan secara biasa perlu dilakukan.

Tempat di mana perlu berhenti sekejap, sederhana lama atau lebih lama.

Untuk itu, tandaan perlu dilakukan pada teks supaya senang untuk membuat latihan. Sebaik-baiknya, gunakanlah pen warna merah.

Di bawah ialah contoh tandaan yang boleh dibuat pada teks puisi:

i. ( / ) -Tempat di mana bacaan perlu diberhentikan untuk mengambil nafas. Biasanya pada bahagian koma dalam teks puisi.

ii. ( // ) - Tempat di mana jeda bacaan diberhentikan untuk suatu tempoh waktu tertentu (misalnya 2 saat).

iii. ( /// ) - Tempat di mana bacaan perlu direhatkan untuk jeda yang lebih lama berbanding perkara (i) dan (ii) di atas. Kebiasaannya pada akhir perenggan sebelum masukperenggan baharu.

iv. ( ) - Intonasi suara perlu ditinggikan.

v. ( ) - Intonasi suara biasa sahaja (mendatar).

vi. ( ) - Intonasi suara direndah atau diperlahankan.

vii. ( < ) - Rentak suara diperhalus atau diperlahankan seolah-olah berbisik.

viii. ( >>> ) - Perkataan dibaca secara lantang dan panjang dengan nada yang keras.

NOTA: Deklamator bebas menggunakan simbolsimbol sendiri untuk memudahkan latihan. Namun harus diingat, tanda ini mesti diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Beberapa pertimbangan dan kewajaran perlu diambil perhatian serius.