7 TAHUN 7 HARI - 9
Aku suka cara kita yang begini. Tetaplah, jangan pergi.

Aku betul-betul perlukan jawapan. Kenapa kita selalu suka orang yang tak suka kita Eh, tapi dia kata dia suka aku. Tapi kenapa bukan dia yang bagi hint!

Kenapa mesti Amir!

Nazreen, wrong guy, right time.

Abdullah, right guy, wrong time.

Amir

Ugh, not again. I cant consider it as an official proposal. Tapi aku faham dengan hint yang dia cuba berikan. Buat aku cemas sungguh. Ya, memang seronok habiskan waktu belasan tahun berborak dalam Yahoo Messenger dengan stranger yang boleh kita cakap apa saja. Orang asing selalunya faham kenapa aku betul-betul die hard fan Hujan. Orang asing yang boleh bahan tanpa buat aku terasa sebab tak kenal personally. Aku habiskan masa untuk orang asing lebih dari teman lelaki cinta mati pertama pada waktu itu. Aku akan habiskan waktu pagi petang siang malam sebelum SPM dengan bergayut telefon sampai kena marah dengan Mak kerana bil telefon mula kena potong. Dengan mengharapkan satu default picture, aku bayangkan seolah-olah berborak betul-betul setiap hari. Perasaan itu terlalu selesa.

Kemudian, aku jadi kelam kabut. Selalu betul panik bila terhimpit dalam waktu genting dan mahu membuat keputusan sedangkan bukannya nak kahwin esok pun. Aku dah janji dengan Mak, selepas saja Nazreen pergi, mahu tukar semua rancangan hidup. Riak muka Mak jelas masih mengharapkan Nazreen balik. Hati sayu bila tengok dia menggantung gambar konvokesyen kami bertiga di dinding rumah. Tapi aku kena kuat walau seluruh dalam ini hancur. Aku akan utamakan duit dan kerja. Biar menyimpang jauh dari rancangan untuk kahwin pada umur 24 dengan Nazreen.

Come on, please tell me that you want me too! Memanglah Amir buat aku selesa. Memanglah rasa senang dengan kehadiran Amir. Tapi tujuan aku bawa dua orang ni berjumpa adalah untuk kenalkan Amir pada orang yang aku suka. Manalah tahu yang kedua-dua orang ni memang dah kenal!

Malam itu juga, mesti, aku nak jawapan, mesti. I sayang you. Dalam tahap I sayang you, I nak semua benda cantik untuk you. At the same time I need you macam mana you need me when you nak cakap yang you dah okay dengan ex boyfriend you. I suka you, but I tak pasti. I nak cuba go further. But I takut. I akan hilang you bila benda tak jadi and Im not good enough to control myself. Sebab tu I cakap I taknak selfish. Okay.

And sebab tu I cakap. I sayang you. And I nak you ada sampai akhir. Sebab mudah. Selesa.

Minta diri dulu nak tidur.

Dia macam ni Really Okay, okay. Go sleep okay sweetheart! And thanks for understanding and for open up my eyes.

Aku terus letak phone bawah bantal. This mamat is not really going to fight for me. Isnt it

Dont live your life alone. Let us in.

Abdullah