Pendapat saya tu meleset sekali. Bila sedar tak layak mengaku Muslim, saya belajar semula tentang Islam. Pengetahuan saya ketika itu teramatlah cetek. Isi kandungan Quran pun saya tak tahu! Kebanyakan kita take for granted. Jika dilahirkan dalam Islam, ianya sudah cukup untuk menjamin tempat kita di Jannah. Anggapan itu sebenarnya meleset sekali.
Sekiranya ilmu dan pengetahuan mengenai Islam itu kurang, kita senang dipesongkan dan ditipu oleh syaitan dan pengikut-pengikutnya, separuhnya dari kalangan manusia sendiri! Mungkin terdapat tindak-tanduk kita yang membuat kita terkeluar dari landasan Islam tanpa sedar. Sebagai contoh, mungkin kita telah melakukan perbuatan syirik tanpa sedar dan tidak sempat bertaubat untuk dosa tersebut.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda (mafhumnya): Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.
Riwayat Muslim
Pasal itulah Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.
Dari Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.
Riwayat Ibnu Majah
Anyway, teringat pelajaran agama zaman kanak-kanak riang dulu; menunaikan ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam. Sekiranya benar-benar serius dan ikhlas untuk menjadi seorang Muslim, saya harus menunaikan kewajipan. Saya tak nak jadi seasonal Muslim atau Muslim bermusim lagi.
Ramai di antara kita yang menyangka bahawa kita kena tunggu seru atau jemputan untuk pergi menunaikan ibadah haji. Hhmmm...seru macam mana tu agaknya Detikan hati Mimpi Atau tamparan oleh malaikat Masalahnya, sekiranya terdetik pun di hati untuk pergi haji, adakah otak akan mendengarnya Ataupun adakah kita akan buat-buat tak dengar dan tidak hiraukan detikan hati tersebut
Pada hakikatnya, kita ini adalah hamba Allah. Hamba! Jadi hebat sangatkah kita sampai nak kena jemput oleh Tuhan untuk menjalankan kewajipan Kita sepatutnya berlumba untuk please our Creator. Apakah syarat haji
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Berkemampuan
Bagi kebanyakan kita, syarat 1-4 tidaklah menjadi masalah. Syarat 5 tu tricky sikit. Apakah maksud sebenar berkemampuan Bagi sayalah, kalau mampu untuk membeli barang-barang mewah dan bercuti ke luar negara setiap tahun, sudah lebih dari mampu dari segi kewangan untuk pergi haji. Tahu tak, kalau berkemampuan tetapi kita tangguh tanpa sebab yang munasabah, akibatnya amat serius.
Sesiapa yang tidak dalam keadaan sakit, tidak dalam kesulitan yang mendesak atau tidak dihalangi penguasa yang zalim tetapi dia tidak mengerjakan ibadah hajinya, jika dia mati maka terserah kepadanya memilih sama ada ingin mati dalam keadaan beragama Yahudi atau Nasrani.
Riwayat Ahmad dan Tirmizi
Try to get our priorities right. Sekiranya mampu, pergilah menunaikan haji dulu. Selepas itu kalau nak pergi London ke, New York atau Milan pun, pergilah. Kalau nak tunggu seru atau jemputan khas besar kemungkinan seru atau jemputan yang akan datang dulu adalah dari malaikat maut!
Sekiranya kita tergolong dalam gologan yang mampu pergi, maka wajib ke atas kita untuk pergi menunaikannya. Kita sepatutnya berlari untuk pergi ke Tanah Suci dan bukannya mereka alasan-alasan yang tidak logik.
Saya pada mulanya, liat juga nak jejakkan kaki ke Tanah Suci. Berkali-kali suami ajak menunaikan ibadah umrah tapi saya asyik menolak. Kenapa Pasal saya takut. Saya bukannya baik sangat. Saya ni, kalau dihisab, memanglah menggunung tinggi dosa-dosanya. Saya takut sekiranya sesuatu yang buruk terjadi kepada semasa di Tanah Suci nanti sebagai balasan terhadap dosa-dosa dahulu. Saya sering mendengar kisah-kisah gerun, terjadi kepada beberapa orang yang pergi ke Tanah Suci. Ada yang hilang arah tuju, ada yang kena maki depan Kaabah, ada yang jatuh sakit tiba-tiba dan macammacam lagi la.
Kemudian, saya berjumpa dengan Wise Owl. Dia memberitahu saya, bahawa sekiranya Tuhan nak membalas dosa kita, di mana-mana pun Dia boleh balas. Tak semestinya di Tanah Suci sahaja. Wise Owl juga berkata bahawa Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Sekiranya hambaNya pergi ke tanah suci dengan niat ikhlas untuk beribadah, maka insya-Allah, Dia akan melindungi bahkan memimpin kita.
Wise Owl menasihati saya sekiranya terdetik di hati saya untuk pergi ke Tanah Suci, jangan bertangguh. Cuba usahakan untuk pergi secepat mungkin. Betulkan niat kita dan bertawakkallah. Sekiranya niat kita betul, maka tiada apa-apa yang harus dirisaukan. Di Tanah Suci, kena banyakkan bersabar dan jaga pertuturan serta adab.
Selepas bercakap dengan Wise Owl, saya pun membuat keputusan untuk pergi menunaikan umrah.
Sebelum pergi, pelbagai ujian saya tempuhi untuk menduga tahap kesabaran saya. Not to mention, bisikan-bisikan syaitan di telinga, memujuk saya batalkan niat untuk pergi.
Akhirnya, saya nekad juga untuk pergi. Bila sampai di airport Jeddah, saya menutup mata semasa keluar dari pesawat. Saya menunggu kalau-kalau petir akan memanah tetapi Alhamdulillah selamat. Bila saya menjejakkan kaki, bumi tidak terbelah dan menelan saya. Dramatik kan bayangan saya Sigh
Perjalanan kami ke kota Mekah selesa tanpa sebarang halangan dan kami sampai selepas Isyak. Semakin dekat dengan Kaabah, semakin rancak jantung saya berdegup, macam nak kena heart attack. Saya rasa sangat nervous. Seluruh badan saya menggeletar. Akhirnya, saya dapat melihat bayangan Kaabah.
Kali pertama menatap Kaabah, saya rasa seperti telah pulang. Like Ive come home. Susah untuk saya terangkan. Memang perasaan ketika itu berkecamuk. Sedih, terharu, gembira, takut dan macam-macam lagi la. Air mata bercucuran turun tanpa sedar. Tergamam pun ada juga. Melopong la jugak. Bertahun saya sembahyang menghadap arah Kaabah tanpa melihatnya dan akhirnya saya dapat menatap dengan mata sendiri. Pada saat itu, saya merasakan ianya pemandangan yang paling cantik pernah dilihat. Subhanallah!
Ketika itu, baru saya faham kenapa yang pernah menjejakkan kakinya ke Mekah dan Madinah, ingin berkali-kali pulang ke Tanah Suci. Mekah dan Madinah mempunyai tarikannya tersendiri yang susah hendak diceritakan. Setiap orang akan mengalami pengalaman yang berbeza. Ada yang mengalami pengalaman yang terindah dan ada juga yang tak berapa bertuah. Semuanya rezeki masing-masing.
Ada yang menangis sejurus menatap Kaabah, ada yang lambat reactionnya kerana terlalu tergamam dan ada yang tak rasa apa-apa langsung. Nasihat saya, janganlah compare pengalaman kita dengan orang lain kerana setiap pengalaman berbeza. Rezeki dan barakah yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap umatnya berbeza. Setiap pengalaman ada hikmahnya yang tersendiri. Jangan juga terlalu bongkak sekiranya perkara baik berlaku kerana ia mungkin satu ujian bagi kita.
Semua perkara buruk yang saya bayangkan terjadi immediately selepas turun dari kapal terbang, tidak berlaku. Alhamdulillah.
Setiap masa terluang, saya dan suami akan duduk di depan Kaabah dan menatapnya puaspuas. Setiap kali menatap Kaabah, setiap kali itu lah tergamam akan keindahannya. Tahu tak, kalau kita menatap Kaabah pun dapat pahala
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud Allah SWT menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 rahmat untuk solat dan 20 rahmat untuk orang memandangnya.
Riwayat Baihaqi
Nasihat saya kepada yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, savor the moment. Jangan terlalu taksub dengan apa yang perlu dibaca semasa tawaf atau saie. Bagi saya, mengeliling Kaabah sambil membaca buku doa yang tergantung di leher itu saya tak berapa setuju. Tiada ayat Quran atau doa khusus yang wajib dibaca semasa menunaikan ibadah tawaf atau saie. Semua bacaan adalah sunat. Sekiranya apa yang kita tahu hanya selawat dan surah Al-Fatihah sahaja, maka bacalah kedua-duanya sepanjang melakukan tawaf dan saie. Tawaf dan saie kita masih sah. Cuma apa yang perlu kita pastikan ialah rukun-rukun tawaf dan saie dijaga.
Dont let anyone rush you. Take your time. Tiada pingat atau piala yang menunggu kita sekiranya kita buat tawaf dan saie cepat-cepat. Yang paling baik ialah go at your own pace dan fahami setiap pergerakan kita. Bacalah doa sendiri supaya boleh memohon kepada Allah SWT untuk segala apa yang diperlukan dan inginkan terutamanya jika ada hajat. Setiap orang mempunyai keperluan dan keinginan yang berbeza. Doa dalam buku-buku itu sekadar panduan sahaja bukannya wajib.
Bagi saya, personally lebih selesa membuat tawaf sambil menatap Kaabah dan appreciate setiap pergerakan saya. Saya hanya membaca zikir-zikir dan ayat-ayat Quran lazim yang saya hafal semasa melakukan tawaf dan saie. Bagi saya, ianya lebih bermakna kerana saya akan dapat ingat setiap pergerakan rather than semuanya like a blur. Tapi, itu pendapat saya sahaja. Setiap orang ada cara tersendiri untuk buat mereka rasa selesa.
Semasa di tanah suci, lakukanlah tawaf sunat sebanyak mana yang boleh. Ada setengah orang percaya sekiranya melakukan 7 kali umrah, pahalanya bersamaan dengan haji. Sebenarnya, tak ada dalil Quran atau hadis yang menyokong kepercayaan itu. Bagi saya, daripada terkejar-kejar melakukan 7 kali umrah sampai penat, baiklah melakukan tawaf sunat dengan keadaan tenang.
Saya menghabiskan banyak masa merenung Kaabah, seolah-olah masih tak percaya berada di Tanah Suci. Saya melihat kebesaran Tuhan yang Maha Esa dan ciptaanNya. Saya rasa sayu, gembira, teruja, berdebar, sedih dan bermacam-macam lagi, semua pada waktu yang sama.
Ketika itu Tuhan telah mempermudahkan segalanya bagi saya dan suami. Mata dan hati saya terbuka luas kepada kebesaran Tuhan yang Maha Esa. Saya sedar betapa banyak masa yang telah dibazirkan untuk mengejar dunia. Nasib juga saya sempat terhantuk dan sedar.
Selepas balik dari umrah, saya dan suami terus mendaftar untuk haji dan Alhamdulillah, kami diberikan rezeki untuk pergi.
Pada mulanya, memang saya takut juga nak pergi. Menunaikan haji memerlukan pengorbanan dari segi mental, fizikal dan spiritual. Bagi saya, pengorbanan yang paling berat ialah letting go of my creature comfort. Saya ni sebenarnya pampered, biasa dengan keselesaan dan amatlah liat untuk melepaskan keselesaan tersebut. Tetapi suami memberitahu spirit haji yang sebenar adalah bersedia untuk berkorban.
Jadi, saya kuatkan semangat, pejamkan mata dan pergi. Nasihat saya ialah dont have expectations. Terima setiap hari as it comes. Bila kita tiada expectation, setiap hari yang datang adalah bonus. Kalau kita terlalu mengharapkan sesuatu semasa haji, takut jika tidak kesampaian akan merasa hampa.
Saya rasa orang yang paling nervous semasa wukuf haji adalah suami. Dia sememangnya risaukan keadaan mental saya. Almaklumlah, di Arafah penginapannya bukanlah seperti hotel 5 bintang. Arafah adalah padang pasir yang digambarkan hampir seperti padang masyar kelak. Memandangkan kami pergi melalui muasasa, penginapan kami hanya di bawah khemah canvas. Suami saya takut kalau tiba-tiba saya tak tahan dengan keadaan sekeliling, hilang kesabaran dan menjerit seperti orang gila. Tetapi, Tuhan Maha Mengasihani dan memberikan saya kesabaran untuk menempuh dengan tenang.
Sebenarnya, kalau dah nekad, kita akan bersedia untuk melakukan segalanya demi Allah Taala. Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan.
Sepanjang berada di kota Mekah dan Madinah ketika haji merupakan pengalaman yang paling indah dan penuh bermakna bagi saya. Ia telah mengajar saya erti merendah diri. Kita akan lihat dan berjumpa pelbagai jenis manusia dari pelbagai lapisan masyarakat. Sememangnya Tuhan telah menjadikan setiap bangsa berbeza. Semasa di sana, Tuhan telah mengajar saya erti sebenar sabar dalam iman. Dia telah menunjukkan kebaikan orang lain dan sifat-sfat terpuji mereka. Dia juga telah menunjukkan kepada saya perasaan kasih sayang di antara insan tanpa mengira bangsa atau warna kulit.
Semasa melakukan ibadat melontar di ketigatiga jamrah, saya bayangkan dan lontar batu-batu kepada syaitan-syaitan yang telah menghasut dan mengacau selama ini. Setiap kali melontar, saya rasa seolah-olah dibebaskan dari nafsu dan perasaan negatif yang ada dalam diri. Setelah kami selesai ibadat melontar, saya merasa seperti satu bebanan yang berat telah dialihkan dari diri saya. Saya rasa bebas!
Satu rahmah yang Tuhan turunkan semasa kami berada di Mina ialah hujan yang lebat. Ia turun pada hari kedua dan ketiga. Hujan tersebut seolah-olah membasuh segala dosa-dosa manusia di bumi suci. Selepas hujan berhenti, udara di luar terasa sangat bersih dan nyaman seperti perasaan saya.
Semasa menunaikan haji, kita memang kena banyak bersabar. Jutaan manusia berada di kota suci jadi berjuta macam perangai dan kerenah yang akan kita hadapi. Anggap itu semua sebagai ujian yang harus dilalui. Kita tidak seharusnya marah kerana kita sendiri tidak sedar yang mungkin kita juga menguji kesabaran orang lain dengan perangai kita.
Salah satu cabaran yang agak mendugakan ialah ketika melakukan tawaf haji. Ribuan manusia berkerumun untuk melakukan tawaf pada waktu yang sama, maka kadangkala, kita boleh ditolak atau tersepit di antara jemaah yang lain. Bersabarlah dan banyakkan berdoa kepada Tuhan agar Tuhan melindungi kita dan memudahkan ibadah tawaf kita. Jangan kita pula tolak jemaah lain.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Surah Ghafir 40:60
Kenalilah Allah waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengenalimu waktu kamu dalam kesulitan.
Riwayat Tirmizi
Doa yang kita baca selepas solat adalah salah satu doa yang powerful. Rabbana atina fid-dunya hasanatan, wa-fil akhirati hasanatan, wa-qina azabannar (yg bermaksud: Ya Allah! Aku memohon dari Engkau kebaikan di dunia, dan (aku memohon kepada Engaku kebaikan di akhirat, dan (aku memohon kepada Engkau jauhkan dari seksaan neraka).
Doa ini diajar oleh Rasulullah SAW.
Diriwayatkan dari Abdil Aziz hadith dari Anas Bin Malik RA berkata: Adapun lebih banyak doa Nabi SAW itu (dengan doa ini): Allahumma rabbana atina fid-dunya hasanatan, wa-filakhirati hasanatan, wa-qina aazabannar.
Hadith Bukhari
Bagi saya, lebih elok sekiranya kita menunaikan ibadah haji semasa masih muda dan bertenaga. Janganlah tangguh dan tunggu sampai tua. Haji memerlukan tubuh yang sihat dan tenaga yang banyak. Saya melihat ramai warga tua yang jatuh sakit semasa di sana dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Bila umur kita lanjut, tubuh kita juga slow-down, jadi tempoh untuk recuperate itu mungkin akan mengambil masa yang lebih lama berbanding semasa kita muda.
Kalau tubuh kita lemah dan selalu tidak sihat, ia akan menyulitkan kita melakukan ibadah kita dengan selesa dan sempurna.
Semasa di Tanah Suci, Tuhan memberi kita peluang untuk beribadah tanpa gangguan kerja atau perkara-perkara lain. Gunakanlah peluang itu sepenuhnya. Janganlah sibukkan diri dengan shopping sehingga lalai untuk beribadat. Kita tak tahu sama ada masih berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci lagi. Jadi, janganlah sia-siakan masa kita. Bukannya tak boleh pergi shopping tapi janganlah sampai terlalu penat bershopping, akhirnya sembahyang dalam bilik saja. Kita mesti selalu ingatkan diri yang tujuan kita berada di Tanah Suci adalah untuk menghambakan diri kepada Tuhan melalui ibadah.
Saya tak tahu sama ada haji saya diterima oleh Tuhan atau tidak tetapi saya tetap berdoa agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa saya yang lepas dan terus membimbing saya untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Ameen.