Semua rakaman-rakaman kamu, yang telah diambil di ibu pejabat MARA, di Kompleks Pertama, di Wisma Batik, di Taman Kecil dekat Restoran Rakyat dan lain-lain akan dihantar ke makmal untuk dikaji, dinilai dan disunting oleh pakar-pakar serangga. Sebahagian daripada rakaman-rakaman itu akan dikaji oleh ulama-ulama bubuk yang berpusat dalam gudang-gudang beras LPN dan juga gudanggudang padi dan beras swasta, demikian ujar Profesor Doktor Mentadak Mentadu yang kemudian dengan penuh insan dan simpati telah memberi cuti rehat selama satu minggu kepada labah-labah yang berenam itu.
Tetapi ingat dan dengarlah baik-baik ke mana kamu akan ditugaskan apabila habis cuti rehat seminggu, kata lagi ketua agung kaum serangga itu. Kamu hendaklah berkumpul di pangkal Tenteram, di Taman Batu yang baru siap.
Jalan Tenteram Di mana Jalan Tenteram Adakah satu simpang jalan yang tenteram dalam bandar raya Kuala Lumpur ini tanya LLB D yang masih cergas dan bersemangat, walaupun sudah bekerja dengan tekun dan waspada selama beberapa hari.
di sebelah kanan jalan besar atau lebuh raya Cheras kira-kira tiga batu dari pusat ibu kota Malaysia ini ialah simpang Jalan Tenteram, Di sebelah kirinya dulu ada sebuah kampung yang bernama Kg. Semerah Padi, tetapi kini sudah menjadi hutan rimba batu, yakni rumah-rumah empat tingkat yang dinamakan Taman Pertama. Ke atas sedikit dari situ ialah tanah perkuburan Nasrani dan Kristian dan tidak jauh dari situ ialah Kampung Cheras Baru yang didiami oleh ramai kaum bumiputera dan tidak jauh daripada simpang itu ada satu rumah bakar mayat bagi orang-orang Hindu dan Buddha, Profesor Doktor Mentadak Mentadu menerangkan.
Tidak berapa jauh dari Jalan Tenteram itu ialah Hospital Lady Templer untuk orang-orang yang menghidap sakit batuk kering dan berbagai-bagai jenis kanser yang jiwanya tidak tenteram. Di sana jugalah letaknya Maktab Perguruan Ilmu Khas, Sekolah Menengah Sains Mara, Sekolah Menengah Alam Shah dan tidak berapa jauh dari situ ialah Bandar Tun Abdul Razak yang dahulunya dinamakan Kampung Konggo. Dua daripada kamu hendaklah merentang talian hikmat kamu di sekitar Hospital Lady Templer, satu di Maktab Ilmu Khas, satu lagi di Sekolah Menengah Sains dan satu lagi di Sekolah Menengah Alam Shah dan yang satu lagi pergilah cari tempat-tempat yang baik dan selamat untuk penginapan di Bandar Tun Abdul Razak. Tugastugas kamu selanjutnya akan saya beritahu kelak, demikian bakal Presiden PSS itu menerangkan.
Perjalanan keenam-enam ekor LLB ke kawasan baru daripada Taman Kecil dekat Restoran Rakyat yang kini sudah ada air pancutan, telah mengambil masa hampir-hampir satu minggu. Maklumlah saja jalan lalu lintas ke arah itu semakin sibuk, selalu sendat, istimewa pada sebelah pagi. Itu pun umah-rumah yang berpangsa-pangsa dan tidak berpangsa masih belum berisi semuanya. Kawasan perumahanperumahan baru di sepanjang lebuh raya Cheras - Kajang itu ada berbagai-bagai namanya iaitu, di antaranya ialah Taman Nyaman Selesa, Taman Melati, Taman Midah, Taman Segar, Taman
Anggerik dan lain-lain.
Keenam-enam LLB - A - B - C - D - E dan F telah selamat sampai ke tempat-tempat pengintipan dan penyelidikan yang baru dalam kawasan-kawasan di sekitar Jalan Tenteram. Tetapi dalam beberapa hari mereka tidak dapat merakamkan apa-apa pun kerana sekolah-sekolah di situ bercuti. Mujurnya, pada suatu malam terang bulan, dalam suasana tenang-lenang, dua orang pesakit di Hospital Lady Templer itu, yang jiwanya kurang tenang, sedang berbual-bual: seorang Melayu tua dan seorang India yang sudah lama pencen dari pekerjaannya di Bengkel Besar Keretapi Tanah Melayu, Sentul atau The Central Malaysian Railway Workshop, Sentul.
Panggil saya Muttu sajalah, datuk. Kita sama-sama sudah tua, tunggu mahu mati saja Iagi, kata pesakit India yang usianya sudah 70 tahun lebih.
Dan awak Muttu, panggil saya JP dari PJ saja, sebab saya pun tidak mahu ceritakan saya punya pangkat, apa jawatan-jawatan yang dulu saya pegang dalam macam-macam gomen punya pejabat. Saya pun sudah banyak tualah Muttu, tunggu mati saja, kata JP dari PJ itu.
Doktor cakap Datuk JP apa sakit tanya Muttu.
Doktor kata saya sakit batuk kering, sudah melarat sampai ke dalam tulang-tulang saya. Boleh jadi ada kanser juga dalam perut saya. Macam-macam cara perubatan sudah diberikan kepada saya, macammacam pil sudah saya diberi makan: telan pagi, tengah hari dan petang, tetapi belum sembuh. Pakarpakar di sini mahu potong mahu belah saya punya perut, tapi saya tidak mahu, biarlah saya sakit sampai mati. Hidup dalam dunia ini tidak ada guna Iagi; makan sudah tidak rasa sedap, seks sudah tidak ada Iagi, itu dia punya bateri sudah habis tenaga, mahu bangun, mahu jalan pun sudah susah, pinggang sakit, sebelah kaki saya banyak lemah.
Kemudian, sesudah termenung sejurus, JP dari PJ itu bertanya.
Dulu, Muttu apa kerja
Saya dulu jadi mandur besar di Central Workshop Sentul sana. Saya sudah buat banyak salah. Kuli-kuli pigi kerja mana-mana, mahu repair itu railway Iines saya hantar dua atau tiga puluh orang, tapi dalam check-roll ada lapan puluh orang punya nama taruh. Saya gasak cukup-cukup; banyak senang cari wang itu masa belum merdeka dulu. Hari-hari minum todi belanja kawan-kawan. Sana Sentul punya kedai todi sudah mahal, kualiti pun sudah kurang baik. Itu fasal juga kita orang-orang India, kurang kaya punya, sekarang minum samsu. Datuk JP apa macam Muda-muda dulu ada minum ke
Susah mahu cakaplah, Muttu. Malu mahu ceritalah. Awak cakap betullah. Dulu cari wang, kalau ada pangkat dalam gomen, banyak senanglah. Sekarang pun lebih kurang serupa juga. Tetapi sekarang, itu dua M punya perintah, undang-undang banyak keraslah. Banyak orang makan suap punya sudah kena tangkap. Tapi ini malam-malam terang bulan, lain-lain orang pun tak boleh dengar, bolehlah kita dua orang cakap-cakap. Apa lagi boleh buat Mahu tidur pun kita punya mata tidak mahu katup. Saya muda-muda dulu pun pandai minum, suka cari perempuan, sambung JP dari PJ yang mula mesra dengan Muttu.
Datuk kahwin berapa kali Sekarang ada beberapa orang isteri tanya Muttu yang kedua-dua matanya masih bersinar-sinar.
Betul cakap, Muttu, saya kahwin lapan kali saja, sekarang ada dua isteri, lain-lain rumah tinggal di PJ. Saya ada tiga buah rumah sewa. Sana PJ, Damansara Utama, ramai orang-orang sudah pencen dan tinggal. Orang-orang meniaga besar, kerja surat khabar, pandai bikin buku-buku cerita pun ada ramai tinggal sana. Semua sudah senanglah, Muttu. Dia orang semua banyak pandai. Orang-orang India dan Cina lagi ramai tinggal di PJ sana.
Itu perempuan yang selalu datang tengok datuk sakit, bawa makanan dan buah-buah, itu siapa Nampak sudah banyak tua juga, tetapi masih lawa, tanya Muttu.
Itulah saya punya isteri nombor satu punya. Dia banyak baiklah, Muttu. Itu muda punya, baru 30 tahun punya, banyak cantiklah, Muttu. Saya banyak sayang sama dia. Tetapi sekarang apa mahu cakap
Dia cuma satu dua kali saja mari tengok saya. Dia pandai bawa kereta. Saya beli satu kasi dia pakai, belum ada anak sama dia. Tapi lebih baik saya jangan cerita banyak dia punya fasal. Saya malulah, Muttu. Awak punya bini, saya nampak masih banyak mudalah Muttu, banyak cantik.
Itu saya simpan punya perempuan. Saya punya isteri betul sudah balik negeri, saya punya anak-anak pun sudah ikut dia. Tapi dalam Kuala Lumpur saya ada banyak kawan, semua baik-baik punya kawan. Dulu, dalam tahun-tahun lima puluh, sampai enam puluh lebih, saya jadi member itu Labour Party, ikut Encik V. David, V. Verappen, K.L. Devaser, Tan Sri Tan Chee Khoon. Dulu itu Labour Party banyak kuat. Belakang sudah mati apa fasal saya tidak tahu. Belakang itu pandai-pandai punya orang sudah organise lain parti, itu parti PEKEMAS. Tetapi sekarang, datuk, saya tidak campur mana-mana parti. Datuk mana parti punya jadi member
Saya ikut UMNO. Orang-orang Melayu, sekarang panggil nama BUMIPUTERA, boleh cakap, semua UMNO punya parti punya member. Fasal apa, Muttu mahu tahu ke Boleh senang dapat apa-apa dia orang mahu, dapat pinjam wang, dapat rumah, dapat bas mini, teksi, hutan kayu balak, macam-macam jalan senang cari duit punya; kita orang semua senang dapat, JP dari PJ itu menerangkan.
Saya sekarang, datuk, tidak mahu ikut parti, itu banyak leceh punya kerja. Itu Encik V. David, dulu memang jadi Member Parlimen, pakai DAP punya tiket. Dia sekarang sudah banyak senang, jaga itu Transport Union. Itu Karam Singh pun saya dengar ada pencen politik lebih kurang lima ribu ringgit satu bulan. Dia orang semua banyak pandai. Sana di Yulex Height, tidak jauh dari Lady Templer Hospital ada satu orang David punya kawan, dia punya nama Danapal. Dia dapat permit teksi, satu atau dua saya tidak tahu. Malaysia punya orang-orang politik boleh kata semua sudah senanglah, datuk. Kita sudah tua, sudah banyak sakit, apa lagi cakap-cakap politik punya hal, datuk. Kita punya negeri, Malaysia, sekarang sudah banyak maju, bukan datuk
Itu Datuk Asri lagi banyak dapat pencen politiklah, Muttu. Saya dengar dia dapat tidak kurang dari sepuluh ribu ringgit satu bulan, kata JP dari PJ yang masih suka cakap pasal politik.
Habis apa fasal datuk tidak mahu masuk itu Islam punya parti.
Susah mahu cakaplah, Muttu. Sekarang lebih baik kita cuba tidurlah, nanti doktor marah sama kita . . .