Ramai juga yang tahu, Prudential dikaitkan dengan Jews Funding. Ini dikuatkan dengan screenshot headline tahun 1931, yang mengesahkan keterlibatan Prudential dalam menghulur bantuan ke negara haram Israel.
Kalau nak diterangkan urusan konglomerat/ multinasional companies dengan puluhan mungkin ratusan subsidiaries yang hidup, tumbuh, mati, hidup balik sepanjang sejarah Prudential lebih kurang 160 tahun lepas, aku pun tak pandai nak cerita semua.
Tapi aku cerita jugak lah yang bersangkutan dengan tuduhan yang menular dan menjadi senjata pesaing yang aku tengok caranya kurang bertanggungjawab dan lebih kepada hasutan tanpa penjelasan.
Yang 1931 tu, Prudential Foundation diasakan di US.
Manakala Prudential PLC, yang beroperasi di UK, tidak berkait dalam urusan/keputusan Prudential Foundation di US.
Okey, itu yang pertama. Yang kedua, kita orang malas mengkaji ni, akan cakap, Ahhhhh..nama Prudential juga tu. Sama je lah, sumbang juga lah tu!
Hahaha. Ini macam pertuduhan McD itu la, tapi kita tak cerita McD, kita cerita Prudential.
Di Malaysia, Prudential yang beroperasi dinamakan PAMB (Prudential Assurance Malaysia Bhd). Dah beroperasi kurang lebih 90 tahun.
Dan pada tahun 2006, lahir pula PruBsn Takaful Bhd.
Prudential Foundation Prudential PLC
PAMB (bawah PLC)
PruBsn
Untuk mudah faham, aku ambil nasihat cikgu Rosli (Agensi Manager), menerang dengan memberi analogi.
Baik, begini:
Bayangkan Prudential PLC ni juga orang jahat yang menyokong Israel, bayangkan saja sebab sepatutnya premis pertama aku dah bagitau PF dan Prudential PLC takde kaitan, tapi untuk puaskan hati kau orang, bayangkan aje Prudential PLC terlibat.
Prudential PLC lahir di UK. Dia ini orang jahat, berjudi, berzina dan membantu Yahudi Israel. Dia kahwin dengan seorang makwe cun bernama Lindsay.
Selepas beberapa tahun, mereka ini dapat anak dan anak orang malaun ini datang ke Malaysia. Nama anak Prudential PLC dengan Lindsay ini, PAMB. PAMB ini anak muda yang energetic. Duduk di Malaysia hari-hari makan nasi lemak. Dia tahu bapak dia jahat, tapi sebab dia duduk Malaysia dan berkawan dengan orang Melayu, Cina, India yang baik-baik, dia jadi Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) yang baik. Tapi baik pun tak berapa juga lah. Kadang-kadang ada juga dia invest pada jalan tak syariah.
Kalau nak banding PAMB dengan Prudential PLC ni jauh beza lah daripada segi akhlak dan 2-2 bukan penganut beragama Islam. PAMB akhirnya bertemu jodoh, kawen dengan Chin Sin. Chin wanita Cina yang baik.
Lepas kahwin, PAMB dan Chin Sin dapat anak, dorang bagi nama anak tu Pru.
PAMB kata, Kita kena kekalkan nama keluarga, jadi letaklah nama Pru.
Macam Ridhuan Tee, Abdullah Rajoo. Ha, macam itu lah lebih kurang.
Pru ni budak taat. Langsung tak terlibat dengan arak, judi, zina, apatah lagi jenayah perang.
Pru ini suatu hari jumpa makwe Melayu nama BSN. Bekenan punya pasal, Pru pun peluk agama Islam dan kahwin dengan BSN.
Dia pun jadi ahli agama Islam yang baik, jujur, berakhlak dan kebaikan dia melebihi orang lain yang memang Islam sejak dari 7 keturunan. Dia rajin berdakwah, rajin buat amal soleh dan rajin tolong orang.
Tapi malang sikit nasib PruBSN, sebab orang masih kutuk datok dia yang dia pun tak pernah tahu apa datok dia buat masa muda. Orang tak peduli dia dah masuk Islam dan jadi orang baik, tu semua orang tak peduli. yang orang tahu datok dia pada tahun 1931 dulu dah bagi duit untuk negara Israel.
Ada satu hari PAMB bawa PruBsn jumpa
Prudential PLC, PruBSN ni beli lah lauk pauk, barang-barang rumah bagi ke datok dia buat masak makan. Yang itu pun orang tuduh kata PruBSN ini bersubahat dengan datok dia membantu negara Israel.
Alhamdulillah, PruBsn tetap bersabar, dia tak pedulikan kutukan, sindiran ancaman, dan tetap meneruskan kebaikan-kebaikan dia sebagai orang Islam yang mulia di Malaysia.