Mencari Kiblat Cinta - 90
Tapi setelah dua tahun melakukan penyiasatan, tindak-tanduk mereka dapat jua dihidu pihak-pihak terbabit. Dia dan Firdaus menerima ugutan dan ancaman agar menghentikan siasatan. Namun Firdaus lebih degil dari apa yang disangkakannya. Ketika nyawa anak isterinya menjadi taruhan, Firdaus tetap tidak mempedulikan keselamatan dirinya. Dia pula bertindak menghantar keluarganya ke luar negara. Tapi apabila dia kembali untuk membantu Firdaus, khabar duka itu datang.

Dia masih ingat bagaimana terkejutnya dia apabila mendengar berita pembunuhan Firdaus di skrin lebar di sebuah kafeteria ketika dia singgah untuk minum. Bergetar jantungnya mendengar khabar tak diduga itu.

Hatinya mula mengesyaki kematian Firdaus ada kena mengena dengan kes yang sedang mereka siasat. Cuma yang menjadi persoalan, ialah gadis yang dituduh membunuh Firdaus itu. Dia sendiri tidak tahu apa relevennya gadis itu dengan kematian Firdaus. Tapi dia yakin gadis itu hanyalah kambing hitam sedangkan pembunuh Firdaus yang sebenar masih berkeliaran di luar. Tapi apa yang lebih mengejutkan, dia terbaca nama gadis itu di akhbar. Danira Quratul Adnan. Nama itulah yang membuatkan dia nekad menghubungi Joshua, teman Firdaus yang ketika itu peguam muda di firma Tengku Amar.

Uncle, Fir.didia dah meninggal. Suara Joshua gementar memberitahunya ketika dia menghubungi lelaki itu. Dia hanya mampu menggulum nafas resah.

Aku tahu. Josh, dengar baik-baik cakap aku. Aku kena tinggalkan tempat ni. Aku kena pergi sebelum nasib aku sama macam Firdaus. Ujarnya dengan nafas tersekat-sekat.

Saya tak faham uncle Apa sebenarnya yang dah berlaku

Kematian Firdaus, ada kaitan dengan kes yang kami siasat Josh.

Maksud uncle Joshua bertanya ingin tahu. Nafas lelaki itu mula kencang.

Aku tak boleh beritahu sekarang. Aku tak nak membahayakan kamu pula Josh. Cuma aku nak minta tolong kalau kau tak keberatan. Gadis yang ditangkap tu..

Gadis Maksud uncle pembunuh Firdaus

Tidak Josh, dia tak bersalah. Kalau kau mahu membantu Firdaus dan mencari siapa pembunuhnya, kau mesti membela gadis itu. Bantulah aku bebaskan dia. Pintanya separuh merayu.

Ketika dia mahu kembali ke rumahnya untuk mengambil barang-barangnya, ketika itulah dia diculik beberapa orang lelaki tak dikenali. Dia cuba melawan namun tenaganya ketika itu langsung tidak sebanding dengan lelaki-lelaki yang menculiknya. Habuannya, dua das tembakan dilepaskan ke dadanya sebelum dia dihumban ke dalam semak belukar di sebuah hutan di Hulu Selangor.

******

Satu sentuhan lembut singgah di bahunya. Lamunan Umar segera menghilang. Dia menoleh, lalu terpandang raut wajah Joshua yang keruh. Tanpa disuruh, Joshua menarik kerusi lalu duduk di hadapannya. Dia pula memandang ke arah tempat duduk Joshua sebentar tadi. Namun kelibat Tengku Amar tidak lagi kelihatan di situ. Sudah beredarkah lelaki itu

Orang tua tu memang degil. Sampai sekarang dia masih berkeras menyalahkan Danira. Dia langsung tak mahu melihat kepada bukti-bukti yang ada. Keluh Joshua.

Kesedihan atau kekecewaan akan membuatkan kita hilang rasional, Josh. Lagipun Firdaus anak kebanggaannya. Tutur Umar tenang.

Joshua terdiam. Dia mengerti maksud kata-kata lelaki itu. Kini dia benar-benar nekad mahu membersihkan lumpur yang terpalit pada hidup Danira.

Kat mana dia sekarang Umar tiba-tiba bertanya.

Joshua memandang ke arah Umar. Dahinya berkerut. Maksud uncle, Danira

Umar mengangguk.

Err..sekarang dia bekerja di taska Sissy Kindergarden di Taman Andalas. Tapi saya belum ke sana lagi. Evelyn yang beritahu saya semua hal dia. Ujar Joshua berterus-terang.

Umar termenung sendiri. Renungannya tenggelam jauh. Diam-diam Joshua menatap wajah lelaki itu tidak berkelip. Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya. Sudah lama dia mahu bertanyakan hal ini dengan Umar, hanya tidak ada kesempatan.

Uncle panggil Joshua.

Umar berpaling.

Enam tahun dahulu, uncle suruh saya membela Danira. Kenapa Kenapa dia Soal Joshua ingin tahu.

Umar menarik nafas panjang. Dia tahu, lambat laun Joshua akan bertanya juga persoalan yang tak mampu dijelaskannya enam tahun dahulu.

Hal yang sepatutnya dibincangkan dengan Joshua terlebih dahulu agar lelaki itu tahu segala-galanya tentang peristiwa hitam enam tahun yang lalu. Dan kenapa dia meminta Joshua membela Danira ketika itu. Tapi memikirkan banyak risiko yang mungkin terpaksa mereka hadapi, dia membatalkan hasrat hatinya. Belum sampai masanya Josh! Aku harus cari Danira dan adiknya terlebih dahulu sebelum rahsia ini aku dedahkan.

Beberapa orang kanak-kanak yang riang bermain jongkang-jongket di laman taska itu diperhatikan sambil tersenyum. Di antara kanak-kanak itu, wajah Melia sering dicari. Sesekali Melia melambaikan tangan kecilnya, mengajak dirinya ikut bermain. Tapi dia sekadar menggelengkan kepala. Anak kecil itu dibiarkan berseronok bersama teman-teman seusia.

Sesekali dia termenung jauh. Fikirannya saling berbaur. Sekejap dia memikirkan tentang Naufal. Dan adakala wajah Filman bermain-main di tubir mata.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah rahsia yang dipegang Umar selama bertahun-tahun Mengapa dia begitu tekad mahu Joshua membela Danira