Kalau nanti-nanti kau singgah ke rumah hatiku terus saja masuk ke dalam pintunya tak pernah ku kunci kerna takut, kuncinya patah lagi
Masuklah, dan senangkan hatimu bikinlah rumah ini seperti rumahmu dan warnailah ia dengan warna bahgia
Tapi, cuma satu ku pinta jangan sesekali kau terfikir untuk berpindah pergi kerna aku tak mahu rumah hatiku kosong lagi.