QAMRA AIN menolak kerusi roda Tunku Hardie masuk ke dalam dan menuju ke ruang tamu.
Usai melakukan fisioterapi di taman, terus balik ke sini. Hari ini, genap setahun dia berada di Villa. Tunku Hardie pula sudah boleh berdiri sendiri walaupun masih perlu bertatih dengan alat bantuan berjalan.
Hows your therapy progression Good Tanya Tun Tunku Harith sewaktu terlihat ke arah mereka berdua berehat di ruang tamu.
Tunku Hardie melunjurkan kaki di atas sofa. Sepanjang sesi fisioterapi bersama Qamra Ain, kedua-dua belah kaki sudah boleh diangkat tanpa bantuan tangan seperti selalu. Jari-jemari juga boleh mengenggam walaupun belum kuat sepenuhnya. Tutur katanya juga tak gagap seperti dulu.
Yes, Pa. Hardie dah boleh gerakkan kaki sendiri., ujar Tunku Hardie sekilas mengerling ke arah Qamra Ain yang duduk di sofa berhadapan dengannya.
Tun Tunku Harith tersenyum lebar. Bersyukur di atas pengorbanan yang dilakukan oleh Qamra Ain pada anaknya.
Tuan Harith jangan risau dalam masa terdekat ni, Tuan Hardie dah boleh berjalan semula, Insya-Allah. Oh ya kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu nak solat Zohor kejap. Qamra Ain bangun dari sofa.
Ketika melewati Tun Tunku Harith diberi tunduk hormat ke arah lelaki itu dan kemudian mendaki anak tangga menuju terus ke bilik tetamu.
Dr. Qamra, lepas solat kamu turun, kita lunch sekali, pesan Tun Tunku Harith semasa gadis itu sedang berdiri di muka pintu bilik di tingkat 2.
Qamra Ain menggangguk seraya melangkah masuk ke dalam bilik.
Hardie pun nak masuk bilik nak mandi. Lunch nanti Hardie tak join letih sangatlah, Pa. Nanti Pa bagitau Mbak hantarkan fresh orange ke bilik ya Pesan Tunku Hardie. Sedaya upaya dia bangun sendiri dari sofa beralih duduk di kerusi roda.
Tun Tunku Harith memerhatikan anaknya berlalu pergi menaiki lif menuju ke bilik bersebelahan dengan Qamra Ain. Semasa Tunku Hardie masuk ke bilik, Qamra Ain pula yang melangkah keluar dari bilik tetamu. Tun Tunku Harith mendongak ke tingkat 2 bila terdengar pintu bilik ditutup. Diekori langkah Qamra Ain dengan ekoran mata hingga gadis itu turun menuju terus ke dapur.
Mbak masak apa hari ni Sedap betul baunya tegur Qamra Ain di waktu Mbak Dewi sedang menyediakan pinggan untuk dibawa ke meja utama. Sementara itu, dia membantu mengarih nasi masuk ke dalam mangkuk.
Pak Tunku minta Mbak masak menu kesukaan doktor, sambal sotong.
Hah! Tuan Harith yang
Mbak, Hardie minta fresh orange hantar ke biliknya, celah Tun Tunku Harith yang baru tiba di dapur. Dia menarik kerusi bar dan duduk berlabuh di situ.
Baik, Pak Tunku.
Dr. Qamra, lets have lunch together. Kalau kamu nak kita lunch di meja sini aje, nak Mbak, siapkan lunch kat meja ni.
Tak apalah, Mbak. Biar saya siapkan lunch untuk Tuan Harith. Mbak hantar fresh orange ke bilik Tuan Hardie.
Tak boleh begitu, Dr. Qamra. Nanti Pak Tunku ujar Mbak Dewi serba-salah. Bila terpandang ke arah Tun Tunku Harith yang memberi isyarat mata menyuruhnya pergi menghantar fresh orange ke bilik Tunku Hardie.
Dr. Qamra, boleh saya tanya sesuatu Soalnya sambil membuka penutup balang kaca yang tersusun di atas meja.
Segenggam kacang Pistachio diambil keluar. Sekilas dikerling ke arah Tun Tunku Harith yang sedang mengopek kulit kacang Pistachio lalu disumbat ke dalam mulut. Berkerup-kerup kedengaran di telinga Qamra Ain. Kelihatan juga tenggelam timbul lekuk di pipi Tun Tunku Harith mengikut rentak kunyahan.
Boleh aje, Tuan.
Kamu tak ada teman lelaki ke sejak berpisah dengan Hardie Maaf kalau pertanyaan saya keterlaluan sementara menanti Qamra Ain menjawab, dikumpul kulit kacang lalu diletak sekumpul di dalam penutup balang.
Qamra Ain menatang dulang yang berisi mangkuk lauk dan pinggan. Dia berkira-kira untuk menjawab pertanyaan yang terlalu menyentuh sensitiviti hati dan perasaannya. Dia mengalih mangkuk lauk dari atas dulang ke meja makan dan pinggan pula diletakkan berdepan dengan Tun Tunku Harith.
Buat masa ni malas saya nak fikir, Tuan. Saya lebih selesa macam ni tanpa komitmen. Serik rasanya jawabnya sambil menyeduk nasi ke dalam pinggan Tun Tunku Harith berserta sudu dan garpu.
Belum sempat dicapai oleh Tun Tunku Harith, sudu dan garpu jatuh berdenting ke atas lantai. Tak semena-mena kepala mereka terhantuk ketika masingmasing hendak berebut mengambil. Mereka serentak mendongak seraya pandangan bertaut rapat. Bebola bermata hazel Tun Tunku Harith merenung tepat ke wajah Qamra Ain. Terkesima dia sejenak. Cantik, perkataan yang terlintas di kotak fikirannya untuk mengambarkan betapa jelitanya Qamra Ain ditenung dari jarak dekat.
Maaf, Tuan saya tak sengaja sambil mengosok kepala yang terhantuk tadi.
Qamra Ain bangun dari duduk bertinggung lalu dihulurkan sudu dan garpu ke tangan Tun Tunku Harith. Dia meminta izin untuk masuk semula ke bilik tanpa menemani Tun Tunku Harith di meja makan.
Seleranya terus terbantut. Sambal sotong di dalam mangkuk Arcopal ditenung sepi. Nikmat untuk makan bersama dengan Qamra Ain terus menjunam jatuh. Dia berpaling muka ke arah tangga seraya memerhatikan gadis itu melangkah lemah mendaki anak tangga hingga hilang di sebalik pintu bilik.
Tun Tunku Harith melepaskan keluhan. Pinggan berisi nasi ditolak ke tengah meja. Fresh orange diteguk hingga habis dengan sekali nafas. Air yang meleleh di tepi bibir dikesat dengan belakang tapak tangan. Renungan sepasang anak mata Qamra Ain sejenak tadi bermain di layar mata. Dirasakan jantung tiba-tiba berdegup kencang.
Whats wrong with me bertanya dia pada diri.
T
UN TUNKU HARITH menghala pandangan di luar jendela. Lampu neon yang menerangi di sepanjang jalan perumahan elit itu dipandang sepi. Tambahan pula dengan rembulan penuh di malam ini menerangi langit yang kelam.
Sejak hadir Qamra Ain di dalam Villanya seperti ada sesuatu cerita tersembunyi yang berlaku di antara mereka berdua. Entahlah, hingga ke saat ini dia tak pasti kisah apa yang mengaitkan mereka berdua. Kisah cinta Ah! Mustahil! Jarak umur yang begitu jauh untuk berbicara tentang cinta pada doktor yang tampak sebaya dengan umur anak kembarnya.
Dia berpaling ke belakang dan terus berjalan ke meja kayu. Dia menghenyak punggung atas sofa empuk. Laci meja di sisi sofa ditarik dan dikeluarkan seutas Pandora yang masih kekal elok. Dalam tempoh itu, tanpa jemu ditelek satu-satunya harta peninggalan gadis misteri itu selain dari sekaki payung merah yang tergantung di penyidai blazer. Hanya itu yang menjadi peneman di kala kesunyian. Erti kata lain dia rindu untuk temui kembali guardian yang masih kekal misteri itu!
Tun Tunku Harith beralih merenung ke arah payung yang tak terusik dari hari pertama tergantung di situ. Tak dibenarkan sesiapa guna walau anakanaknya sekalipun. Dibiarkan tergantung sampai bila-bila. Biarlah lapuk dan kusam warna asalkan ia berada dekat di mata. Kedengaran pintu bilik diketuk perlahan. Cepat-cepat disimpan semula Pandora ke dalam laci.
Masuk panggil Tun Tunku Harith sambil menutup laci dan perbetulkan posisi duduk di sofa. Kedua-dua kaki dilunjurkan ke depan. Pintu bilik ditolak ke dalam dan terjongol kepala Mbak Dewi yang sedang membawa muk kopi.
Tuan tak tidur lagi Mbak ada bawakan kopi yang Tuan minta masa dinner tadi, tanpa disuruh Mbak Dewi meletakkan muk di atas meja.
Terima kasih. Nanti lepas minum saya bawa turun ke dapur. Dr. Qamra dah tidur Tun Tunku Harith menanggalkan cermin mata lalu diletakkan atas meja.
Dia memicit-micit perlahan dahi sambil mata dipejam rapat.
Ambilkan Minyak Cap Kapak atas meja saya. Pening pula kepala saya malam ni.
Dah, Tuan. Masa Mbak ke sini, Mbak nampak Dr. Qamra masuk ke bilik lepas jenguk Tuan Hardie tadi, jawab Mbak Dewi sambil menghulurkan sebotol minyak angin ke tangan Tun Tunku Harith.
Errmmm, tak apalah. Biarkan dia berehat. Mbak boleh pergi.
Pak Tunku tak sihat ke Ada apa-apa yang Tuan nak pesan Tuan nak makan bubur, biar Mbak sediakan
Tak payah, Mbak cuma pening sikit. Harap tak melarat. Nanti buatkan omelette untuk sarapan esok. Tentu Dr. Qamra suka, pesannya sebelum Mbak Dewi beredar pergi.
Dia berbaring sambil memandang ke arah siling. Tangan kanan diletak ke atas dahi. Sejak dari insiden tengahari tadi jiwanya dilanda resah gelisah. Acapkali terbayangkan renungan mata Qamra Ain, jantungnya terasa berdebar-debar.
Dia bangkit dari baring lalu mencapai muk kopi yang sudah beransur suam lalu dihirup perlahanlahan. Tun Tunku Harith bangun dari sofa dan melangkah keluar bersama muk kosong. Perlahanlahan dia berjalan menuruni anak tangga dan terus menuju ke arah dapur. Usai membilas muk di sinki, dia meninjau arah ruang tamu. Tiada siapa di situ. Sunyi. Hanya kedengaran unggas-unggas di luar Villa. Tun Tunku Harith mendaki semula anak tangga.
Sampai di tingkat satu, langkahnya terhenti. Di kejauhan diperhati pintu bilik Qamra Ain. Dia menukarkan haluan untuk mengintai gadis itu di bilik. Tun Tunku Harith berjalan seperlahan yang mungkin bagi mengelak tidur gadis itu terganggu apatah lagi perlu melewati bilik Tunku Hardie yang hanya bersebelahan.
Tun Tunku Harith memulas tombol pintu dan menolak perlahan-lahan hingga separa terbuka. Lampu tidur yang menerangi hanya di kawasan di mana Qamra Ain sedang tidur lena di atas katil. Dia berjalan terus menuju ke kepala katil lalu duduk di kerusi.
Wajah tenang Qamra Ain ditenung tanpa jemu. Memiliki kulit yang mulus tanpa secalit bedak bagaikan menyentak nalurinya sebagai seorang lelaki. Pejam celik sudah setahun Qamra Ain berkhidmat di Villa dan sepanjang tempoh itu juga sedikit sebanyak telah menjalankan kewajipannya sebagai doktor peribadi Tunku Hardie dengan sempurna.
Tunku Hardie pula telah menunjuk peningkatan. Jari kakinya sudah mula memberi tindak balas malah dia boleh bangun berjalan sendiri sambil memegang dinding. Walaupun masih belum boleh berjalan seperti sediakala sudah cukup dilahirkan rasa kesyukuran kerana Qamra Ain telah berjaya mengembalikan semangat anaknya.
Namun, jauh di relung hati dia harus bersedia melepaskan Qamra Ain pergi. Tak! Dia tak rela berpisah dengan gadis ini. Dia tak mahu kehilangan lagi gadis yang banyak membantu dalam konflik keluarganya.
Perlahan-lahan diangkat telapak tangan untuk menyentuh pipi Qamra Ain. Namun, di saat tangannya ingin mendarat di atas pipi mulus itu ditarik tangannya semula. Takut Qamra Ain terjaga dari tidur. Tun Tunku Harith meletakkan perlahan-lahan belakang tangan ke dahi bila terlihat gadis itu berkalih muka mengadap ke arahnya. Kini, dia nampak jelas wajah suci Qamra Ain dari jarak dekat.
Cantik!
Panas! Qamra demam Tanpa berlengah dia bergegas pergi ke bilik air dan kembali semula dengan semangkuk air dan tuala. Direndam tuala ke dalam mangkuk, setelah itu diperah sehingga kering lalu diletakkan di atas dahi. Hakikatnya, dia teramat menyayangi Qamra Ain sejak hadirnya gadis ini menceriakan Villanya yang telah lama sunyi.
Dia tak pasti, mengisi kekosongan jiwa Hardie ataupun jiwanya sendiri
Q
AMRA Ain terbangun bila terasa sesuatu melekat di atas dahi. Pantas tangannya meraba.
Dia melilau melihat sekeliling bilik yang hanya diterangi lampu malap. Tertanya dalam hati siapa yang meletakkan tuala di atas dahinya. Mangkuk yang berisi air juga masih ada di atas meja.
Siapa yang masuk ke bilik aku tadi Mbak Dewi ke Qamra Ain yang masih terasa pening digagahi juga diri untuk bangun. Sempat dilirik ke jam loceng yang menunjuk pukul 7 pagi. Pintu bilik juga tak tertutup rapat. Qamra Ain bangkit dari katil lalu mencapai sweater dan tudung yang tersidai di belakang kerusi. Dia masuk ke bilik air dan sela beberapa minit kemudian dia keluar setelah usai bersugi dan membersihkan muka. Disebabkan penangan 2 biji Panadol malam semalam dia terlajak tidur hingga terbabas mengerjakan solat Subuh.
Dalam keadaan yang masih mamai, dia menarik pintu bilik dan menjenguk kiri kanan sebelum melangkah keluar. Sunyi. Tiada siapa di situ. Hanya dia yang terkontang-kanting sedangkan yang lain masih dibuai mimpi yang asyik. Di dalam keadaan sunyi begini, dia menangkap suatu bunyi yang sayup kedengaran datang dari arah dapur.
Mbak Dewi ni mimpi apa masak pukul 7 Monolognya sendiri.
Dia memberanikan diri untuk turun ke dapur. Semakin dekat, semakin jelas dia mendengar pelbagai bunyi yang datang dari situ. Bulu romanya mula merinding. Ialah, manalah tahu dalam Villa yang sebesar rumah agam ini mungkin ada makhluk yang tak diundang duduk menyinggah sementara menunggu hari meninggi.
Ah! Think positive, Qamra! Di sebalik dinding menyorok, dia ternampak kelibat seseorang yang sedang sibuk mengacau sesuatu di dalam periuk. Di atas meja pula penuh dengan bahan-bahan basah dan sayuran. Qamra Ain mengerut dahi. Tuan Harith
Kamu dah bangun, Qamra tegur Tun Tunku Harith sambil menambah pelbagai rencah rasa di dalam periuk. Benaknya tertanya-tanya, mimpi apa yang lelaki itu masak di waktu pagi begini.
Terkedu Qamra Ain seketika. Tanpa berpaling ke belakang Tun Tunku Harith tahu tentang kehadirannya di situ. Bagi Tun Tunku Harith pula, bunyi derapan tapak kaki Qamra Ain menuruni anak tangga dia tahu gadis itu menuju ke sini. Tak mungkin Tunku Hardie atau Mbak Dewi. Lagipun hanya mereka berempat saja yang tinggal di dalam Villa.
Tuan mimpi apa masak pagi ni ke saya salah tengok jam Qamra Ain melirik semula jam dinding di ruang tamu.
Ya! Memang pukul 7, tapi 7.30 pagi!
Tun Tunku Harith membuka pintu kabinet lalu mengeluarkan 2 mangkuk kaca. Dengan cermat dia menyeduk bubur yang masih panas itu ke dalam mangkuk. Usai menceduk, diletak ke atas meja.
Come, join me. Hanya ni aje yang saya tau buat. Itu pun, arwah isteri saya yang ajar, ajaknya sambil mengukir senyum pada gadis itu.
Qamra Ain yang masih terpinga-pinga hanya menurut saja ajakan Tun Tunku Harith. Dia menarik kerusi bar lalu duduk mengadap ke arah Tun Tunku Harith yang sedang menuang fresh orange yang diperah tadi ke dalam gelas. Selain dari bubur, ada juga bijirin Cornflakes, Dairy Milk dan roti Butterscotch Gardenia. Qamra Ain menyuap perlahan-lahan ke dalam mulut. Terasa payau anak tekak sehingga berkerut dahinya ketika menelan bubur itu.
Tak sedap ke Saya sediakan kamu Conflakes plus susu, nak
Tak... tak. sedap bubur ni, Tuan. Cuma tekak saya terasa payau sikit, pantas Qamra Ain menjawab seraya menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus. Takut tersentap pula hati Tun Tunku Harith yang bersusah payah menyediakan bubur di luar jangkaan waktu itu.
Tun Tunku Harith menyuap bubur ke dalam mulut namun lirikan matanya memerhatikan gelagat gadis itu sedaya upaya menghabiskan bubur di dalam mangkuk. Di kala itu, dia ternampak sesuatu yang menarik perhatian untuk bertanya.
What happened with your thumb
Qamra Ain terhenti suapan. Dia juga terlupa sungguh tentang ibu jari kiri yang terpaksa menerima 4 jahitan gara-gara luka terkoyak hingga ke lapisan dermis.
Luka terkena kaca, Tuan. Bertahun lama dah. Parut jahitan aje yang masih belum hilang.
Parut makan masa nak hilang, Qamra. Masa bila kena tu Tun Tunku Harith bertanya serius. Dia juga berhenti menyuap. Tangannya mencapai gelas yang berisi fresh orange lalu diteguk dan ditinggalkan separuh gelas manakala renungannya masih lagi tertancap pada jari Qamra Ain.
Masa saya tengah rescue
Amboi, Papa! Pukul berapa duk berdating dengan doktor kesayangan Pa ni
Mereka berpaling serentak mencari empunya suara itu. Kelihatan Tunku Hazreen yang sedang menghayunkan langkah mendekati mereka berdua di meja mini bar di dapur. Qamra Ain melemparkan senyuman manakala Tun Tunku Harith mengerut dahi.
Mimpi apa kamu datang pagi-pagi buta ni, Rein Tanya Tun Tunku Harith dengan riak wajah kehairanan. Tak pernah dibuat oleh Tunku Hazreen datang ke Villa waktu seawal ini.
Tuan, saya masuk dulu ya, Qamra Ain turun dari kerusi seraya membawa mangkuk kosong dan gelas menuju ke sinki. Usai membilas, kedua-dua beranak tadi memerhatikan gadis itu berlalu pergi naik ke atas dan masuk ke bilik semula.
Are you okay Whats wrong with you actually, Pa Tanya Tunku Hazreen sambil mencapai mangkuk dari dalam kabinet dan menceduk bubur dari dalam periuk. Kemudian dia berjalan mendekati meja dan duduk berlabuh di kerusi yang diduduki oleh Qamra Ain tadi. Why did you ask me like that Tanya Tun Tunku Harith mendatar sambil menyambung suapan.
The way you look at Dr. Qamra, I feel like you are hiding something from me Tunku Hazreen membuat andaian sambil menyuap bubur ke dalam mulut. Pelik sungguh kebelakangan ini diperhatikan tindak tanduk Papanya sejak Qamra Ain berada di Villa mereka.
Kamu jangan nak ngada-ngada, Rein. Dr. Qamra itukan doktor peribadi Hardie, not more than that, malas sungguh hendak melayan seribu satu andaian Tunku Hazreen.
Nope Its more than that, right Tunku Hazreen memerangkap soalan lagi.
Setahun diperhatikan segala yang berlaku di dalam Villa ini termasuk tindak tanduk Papanya. Semakin hari semakin keliru apatah lagi layanan Papanya terhadap Qamra Ain bukan seperti seorang doktor peribadi malahan seperti entah dia juga tak dapat kategorikan tentang layanan itu.
Look! Salah ke Qamra teman Papa makan
Teman tu tak salah, tapi masa yang tak kena. Baik Papa terus-terang aje dengan Rein. Papa bawa Qamra ke sini bukan hanya sebab Hardie aje, kan
Tun Tunku Harith menghabiskan suapan yang terakhir. Dalam masa yang sama, dia berasa rimas diasak pelbagai soalan dari Tunku Hazreen. Dia bangun dari kerusi dan membiarkan Tunku Hazreen makan bersendirian di dapur. Di saat dia melintasi sebelah Tunku Hazreen, pantas lengannya dipaut.
Pa let me guess you fall in love with her, right Bisik Tunku Hazreen perlahan ke telinga. Sekilas Tun Tunku Harith berpaling muka ke arah Tunku Hazreen dengan wajah serius. Satu keluhan berat dilepaskan dan terus berlalu pergi naik ke anak tangga menuju ke bilik. Dulu Hardie. Lepas tu Sein. Lepas tu Raff dan sekarang, takkan Papa juga tertarik dengan Qamra
Papa nak mandi! Tun Tunku Harith memberi alasan walhal sebelum azan Subuh dia sudah bersiap mandi dan terus menunaikan solat Subuh selepas azan berkumandang pagi tadi.
Tell me the truth, Pa!
Tun Tunku Harith hanya memberi isyarat tangan dan terus mendaki anak tangga tanpa pedulikan bebelan Tunku Hazreen di dapur.
M
BAK DEWI, boleh saya tanya sesuatu tak soal Qamra Ain sambil membantu wanita itu menyiram pokok di taman mini. Turbo di kandang sesesekali dikerling dengan ekoran mata.
Boleh aje, Dr. Qamra. Tanya apa tu tapi, jangan tanya pasal ubat-ubat, Mbak tak tau, jawab Mbak Dewi yang petah berbahasa Melayu. Tiada langsung lengguk Indonesia.
Semalam, Mbak ke yang letak tuala atas dahi saya
Tuala Bukan Mbak, Dr. Qamra. Semalam Mbak masuk tidur awal. Mungkin Tuan Harith sebab semalam Mbak nampak Tuan keluar dari bilik waktu Mbak nak masuk ke bilik, jawab Mbak Dewi. Tangannya kelihatan berhati-hati mencantas batang pokok untuk dibuat tunas.
Qamra Ain tergamam. Dahi serta-merta berkerut. Tunku Hazreen yang baru tiba memeluk lembut dari belakang. Terkejut dia seketika.
Rein, terkejut aku. Ingat kau dah pergi ke kaf.
Kejap lagi aku gerak ke sana. Saja aje datang nak jenguk Papa dan Dr. Qamra kesayangan Papa ni Telefon BB Z10 tiba-tiba berbunyi serta-merta menghentikan perbualan mereka berdua. Qamra Ain menyeluk ke dalam poket lalu dikeluarkan dan terpampang nama Tunku Hussein di skrin sesentuh itu.
Sekejap ya, Rein. Sein call aku, dia berganjak sedikit jauh untuk menjawab panggilan itu.
Assalamualaikum
Ya, Sein. Aku Sihat. Alhamdulillah, kau
Okey, nanti ada masa aku jenguk kau di THSC, talian dimatikan. Qamra Ain menyimpan semula telefon selular ke dalam poket dan menyambung semula perbualan dengan Tunku Hazreen yang tergendala sebentar tadi.
Kau tanya apa tadi, Rein
D
IA berdiri di sebalik jendela sejak tadi tanpa berganjak sedikit. Usai bersiap mandi untuk kali kedua, terus diperap diri dalam bilik. Biarlah Tunku Hazreen beredar pergi dulu baru dia bersedia untuk keluar. Jenuh hendak bersesi soal jawab dengan Tunku Hazreen lagi.
Papa you fall in love with her, right
Masih tergiang-giang soalan itu di telinga. Cinta Dia juga bingung tentang perasaan sebenarnya pada doktor itu. Cintakan Qamra Ain Siapalah dia untuk menapak di hati seorang gadis yang sedia maklum milik Tunku Hardie sejak awal lagi. Ah! Itu dulu, tak mungkin Qamra Ain menerima semula lelaki yang mencetus kegalauan dalam hidupnya. Hussein
Raffzul Dan sekarang, dia! Si tua lanjut tak sedar diri juga menanam perasaan cinta terhadap Qamra Ain yang layak dipanggil anak!
Tanpa jemu Tun Tunku Harith memaku pandangan kepada Qamra Ain yang sedang bergelak mesra berbual dengan Tunku Hazreen sambil duduk di atas pangkin. Entah apa yang diborak sampai sesekali kedengaran gelak ketawa mereka berdua. Timbul rasa gelisah di relung hati kecilnya. Belum pun setahun Qamra Ain menghuni di Villa, buat jiwanya bergelora setiap hari. Sayang seribu kali sayang, Tunku Hardie begitu bodoh melepaskan seorang perawan sebaik Qamra Ain. Bertuah rasanya jika gadis itu menjadi menantu di dalam Villa ini.
Masalahnya, siapa yang berhak di antara mereka
Hardie Hussein atau Raffzul.