Pada kali pertama, mereka akan datang memberi borang pesanan yang lengkap dengan segala butiran lengkap berserta harga untuk diisi waris kepada setiap pelajar. Apabila selesai borang diisi, pelajar akan menyerahkan borang berserta sejumlah wang kepada guru-guru khas yang terlibat. Ada juga yang borangnya tidak perlu diserahkan kepada guru tetapi perlu diserahkan terus kepada penjual.
Pada keesokan hari ataupun hari yang telah ditetapkan, syarikat-syarikat tadi akan datang semula membawa barangan yang telah dipesan. Pelajar akan dilepaskan pergi untuk mengambil barangan masing-masing.
Selain perlu dibeli, terdapat juga air kotak yang disediakan percuma oleh Jabatan Pendidikan. Ianya hanya dibuat di dalam perasa susu coklat. Pada kotak air, terdapat hiasan gambar-gambar kemanusiaan dengan mesej teladan pada setiap air kotak. Walaupun diberi percuma, malangnya air kotak ini mudah rosak dan dewasa ini pelbagai kes keracunan telah pun dicatatkan.
Perkara ini walau bagaimanapun tidak terjadi pada ketika dulu. Ini kerana pelajar dahulu telah mengetahui tentang satu rahsia dunia yang entah kenapa tidak pernah didedahkan kerajaan dan media. Selain menyemak tarikh luput yang diamalkan kebanyakan orang, satu rahsia lain adalah dengan menyemak tanda disebalik pelipat pada tepi kotak. Jika terdapat tanda +, air kotak boleh diminum. Jika bertanda maknanya air kotak adalah diharamkan untuk diminum.
Yang minum air kotak tanda yang selalu keracunan tu.
Benda mudah saja sebenarnya.