Mencari Kiblat Cinta - 92
Malah dia juga terlupa mahu berjanji dengan Filman di mana sepatutnya mereka bertemu. Aduh! Semuanya boleh lupa. Apa yang aku ingat Keluh Danira kesal.

Kak Nira, papa mana Melia mula merengek-rengek tidak keruan. Barangkali anak kecil itu sudah bosan kerana hampir setengah jam berdiri di tepi sudut memerhatikan setiap orang yang keluar masuk dari pintu lift yang tidak putus-putus beroperasi.

Danira mengeluh kecil. Pertanyaan anak itu tidak mampu dijawab lantaran dia sendiri bingung bagaimana mahu menghubungi Filman. Macamlah aku ada telefon bimbit! Keluhnya risau.

Melly! Panggil satu suara. Danira menoleh. Namun sebaik dia menyedari kelibat lelaki yang sedang tercegat tidak jauh dari situ, wajahnya berubah mendadak. Melia pula sudah berlari-lari anak ke arah lelaki itu.

Pak Su, papa mana Tanya anak manis itu.

Aliff hanya mampu tersenyum seraya mengusap-gusap rambut anak kecil di hadapannya. Papa ada kat atas, nanti Pak Su bawa Melly jumpa papa. Ujar Aliff. Melia mengangguk, seolah-olah faham dengan apa yang baharu sahaja diperkatakan Aliff.

Mata Aliff beralih arah. Gerak-geri Danira yang kelihatan kaku ditatap. Wajah gadis itu terpapar gelisah.

Cik Danira hantar Melly Soalnya meskipun dia sudah sedia maklum.

Danira hanya mampu mengangguk. Namun bebola matanya tak mampu dilarikan dari wajah lelaki itu. Selama ini dia cuba menyakinkan dirinya sendiri agar cukup kuat berhadapan dengan anak muda itu. Berkali-kali dia memberitahu diri sendiri bahawa Aliff hanya seiras dengan Naufal, tak lebih dari itu. Tapi setiap kali dia memandang anak muda itu, otaknya akan jadi tepu. Dan dia tetap akan membandingkan kedua-dua wajah itu. Ya ALLAH! Kenapa begini Kenapa senyuman anak muda itu benar-benar persis dengan Naufal Kenapa

Cik Danira boleh balik sekarang. Terima kasih sekali lagi. Lelaki itu mahu beredar dari situ dengan memimpin tangan kecil Melia.

Naufal! Teriak Danira tanpa disedari.

Langkah Aliff terhenti. Nama yang menyusuri gegendang telinganya membuatkan dia berpaling. Sekali lagi wajah gadis itu menjadi santapan matanya.

Cik Danira panggil siapa Soal Aliff dengan wajah berkerut.

Danira tarik nafas panjang. Ya ALLAH! Berikan aku kekuatan. Berikan aku kewarasan untuk berhadapan dengan orang ini. Siapakah dia sebenarnya Apakah dia Naufal atau dia hanya mirip dengan adikku Hati Danira berladung pilu.

Wajah Aliff berkerut. Dia terpandang air jernih yang berhimpun di kelopak mata gadis di hadapannya. Hatinya tertanya-tanya.

Cik Danira sakit Soal Aliff sedikit gelisah. Gadis itu segera didekati. Tanpa berfikir panjang, bahu Danira dipegang. Namun tiba-tiba tubuhnya bagai direnjat elektrik. Aliff tersentak!

******

Bagaikan adegan ulang tayang, dia melihat tubuhnya terkapai-kapai di dalam air. Tenggelam timbul cuba mencari udara untuk bernafas. Namun segala-galanya terasa sukar. Kepalanya didongak ke arah permukaan air. Di situ remang-remang cahaya mencelah masuk ke dasar air. Begitu juga dengan satu kelibat tubuh yang tiba-tiba muncul lalu berenang ke arahnya. Dia cuba menatap imej itu lebih teliti, namun ia kabur. Meskipun begitu, hatinya berbisik bahawa lembaga yang meliuk-liuk di hadapannya itu seorang perempuan.

Naufal bisikan itu menerjah ke telinganya. Meskipun ia sayup-sayup, namun ia seolah-olah panggilan yang ditujukan kepadanya. Dia terkesima. Naufal

Pak Su.. muncul suara kecil diiringi goncangan pada tangannya. Aliff tersentak. Imej di kepalanya segera menghilang. Di sampingnya, Melia sedang menarik-narik tangannya. Dia teringatkan sesuatu lalu segera melemparkan pandangan ke arah Danira. Wajah itu ditatap tajam. Entah kenapa kepalanya berdenyut kuat seperti mahu pecah.

Siapa kau Pertanyaan itu membuatkan Danira terpempan. Wajah lelaki muda itu tidak lagi biasa-biasa terhadapnya. Sebaliknya wajah itu terlihat seperti dalam keadaan marah. Malah apa yang membuatkan dia terpaku ialah renungan sepasang mata milik Aliff kali ini tidak ubah seperti Naufal yang selalu marah-marah terhadapnya dahulu.

Tadi kau sebut nama Naufal. Siapa Naufal Kenapa kau panggil aku macam tu Soal Aliff lagi dengan suara meninggi. Didorong dengan kejutan dan denyutan yang menyiat-yiat kulit kepalanya, membuatkan dia hilang pertimbangan diri. Dan gadis kecil yang terpaku di hadapannya itu kini disalahkan tanpa berfikir panjang.

Naufal.. sebut Danira dengan perasaan sedih yang terus berhimpun di rongga dada. Cerun pipinya juga ikut basah. Entah kenapa dia benar-benar yakin, lelaki muda itu adalah Naufalnya. Tak mungkin ada terlalu banyak kebetulan tentang wajah dan tindak-tanduk anak muda itu. Tak mungkin!

Naufal Danira cuba menghampiri anak muda itu. Namun baru setapak dia melangkah, anak muda itu berundur beberapa langkah ke belakang.

Stop calling me by that name. Aku Aliff, bukan Naufal. Dan jangan dekati aku. Aliff memberi amaran keras. Dia memimpin tangan Melia lalu kedua-duanya segera meninggalkan kawasan lobi hospital. Meninggalkan Danira yang terkapai-kapai sendirian dengan wajah sedih.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah benar jangkaan Danira bahawa Aliff adalah adiknya yang dicari selama ini atau kebetulan wajah yang sama sahaja