ke bilik kamu tanpa izin maafkan saya sekali lagi, pinta Tun Tunku Harith di saat mereka berdua saja yang berada di laman Villa.
Selepas memastikan Tunku Hazreen beredar pergi dengan kereta Chevleot Camaro, diberanikan diri turun ke laman Villa. Mbak Dewi yang baru menyedari kehadiran Tun Tunku Harith yang memberi isyarat menyuruh dia masuk ke dalam.
Tak apa, Tuan, jawab Qamra Ain ringkas.
Tun Tunku Harith beralih posisi berdiri mengadap ke arah Qamra Ain yang sedang mengusap bulu Turbo di atas pangkin.
Masa Turbo lahir, ibunya mati. Jadi, terpaksa saya carikan ibu tumpang sementara tunggu Turbo putus susu. Turbo adalah hadiah paling bermakna buat saya untuk Hardie, kata-katanya terhenti di situ, tak sanggup untuk berterusan cerita yang bakal mengundang air mata yang membanjiri kolam hatinya sekali lagi.
Setitis air mata gugur di atas bulu Turbo disedari oleh Tun Tunku Harith. Lantas lelaki itu duduk bertinggung mengadap Qamra Ain yang masih mengusap bulu Turbo. Esak tangis perlahan mula kedengaran.
Saya bagi pihak Hardie mohon maaf kerana membuatkan hati kamu terluka pedih selama ini, Qamra pujuknya sambil mengesat air mata yang membasahi di kedua-dua pipi gadis itu dengan hujung ibu jari.
Bila menyedari perbuatan yang tak sepatutnya berlaku antara mereka berdua. Tun Tunku Harith pantas bangkit dari bertinggung dan beralih menoleh ke arah lain. Resah gelisah mula bertandang di dalam lubuk hatinya. Perasaan meronta semakin bergelora. Tak mampu lagi dibendung perasaan yang lama terpendam terhadap Qamra Ain.
Astaghfirullahalazim apa yang aku buat ni! Gumamnya dalam hati sambil meraup wajah dengan kedua-dua telapak tangan.
Dia berpaling semula ke arah gadis tadi yang berdiri di tepi kandang sedang melepaskan Turbo masuk ke kandang semula. Setelah itu, Qamra Ain menghayunkan langkah untuk masuk ke dalam Villa namun pantas disambar lengan membuatkan gadis itu berpusing mengadap ke arahnya. Pandangan mereka bertaut sekali lagi.
Tunku Hussein dan Tunku Raffzul yang baru masuk di perkarangan laman Villa terhenti langkah. Masing-masing tergamam dan berpandangan sesama sendiri. Tak percaya dengan apa yang berlaku di hadapan mereka sekarang.
Whats wrong with our Pa, TH! Tanya Tunku Raffzul serius.
Aksi kedua-dua mereka di lama Villa mengundang rasa cemburu dalam dirinya. Tunku Hussein mengigit bibir. Geram dengan tindakan Tun Tunku Harith yang semakin berani mencabar kelelakian mereka.
Qamra Ain menjadi takut bila Tun Tunku Harith berterusan merenung wajah bujur sirihnya tanpa berkelip. Meskipun tampak berusia, dia akui lelaki ini memiliki sepasang anak mata hazel redup dan menggoda. Pantas Qamra Ain menarik lengan minta dilepaskan.
Dr. Qamra saya tau bukan waktu yang sesuai untuk saya bagitahu pada kamu. Sebenarnya Im.. Im falling in love with you from the first time I meet you in the caf酔
Jantung mereka berdua seperti berhenti degupannya bila mendengar pengakuan Tun Tunku Harith. Bagaikan tak percaya yang Papa mereka juga menyimpan rasa cinta pada seorang gadis yang layak memanggilnya dengan panggilan Papa!
How dare you, Pa!
Qamra Ain tergamam. Dirasakan jantungnya turut sama terhenti degupannya sejenak. Insan yang dihormati selama ini rupa-rupanya menyimpan perasaan cinta padanya. Tun Tunku Harith yang berusia 2 kali ganda dari usianya meluahkan kata, saya cintakan kamu Tak! Dia tak boleh menerima seseorang yang dianggap pengganti kasih arwah Babah.
Tuan saya penjelasan Qamra Ain tergendala bila ternampak Tunku Hussein dan Tunku Raffzul berdiri tercegat tak jauh dari mereka berdua.
Tun Tunku Harith turut sama berpaling ke belakang. Tunku Hussein berundur beberapa tapak ke belakang dengan renungan yang tajam sebelum menukar haluan menuju semula ke parkir kereta. Enjin kereta Nissan GT-R dihidupkan dan kemudian menderum laju meninggalkan perkarangan Villa. Sela beberapa minit, kereta BMW M7 GT-R milik Tunku Raffzul pula mengekori kereta Tunku Hussein.
Please, Tuan Harith jangan buat saya begini. Tindakan Tuan tadi mencetuskan lagi kemarahan dalam hati anak-anak Tuan. Saya tak nak mereka anggap yang bukan-bukan tentang saya. Tuan tau, selama ni saya dibebani dengan perasaan cinta anakanak Tuan dan kini Tuan tambahkan lagi beban dalam diri saya. Tuan tau tak pengakuan Tuan tadi menambahkan lagi rasa bersalah saya pada Hardie, Sein dan Raff Dan, apa pula kata Rein nanti
Saya tak ada kekuatan untuk pendam lagi perasaan saya selama ni, Qamra. Jiwa saya tak tenteram selagi saya tak luahkan pada kamu. Sejujurnya, saya telah jatuh cinta pada kamu dan perasaan ni ikhlas yang lahir dari hati saya.
Tuan Harith saya merayu Tuan, hapuslah perasaan cinta tu. Selama saya mengenali keperibadian Tuan, saya hormati dan anggap Tuan seperti Babah saya. Kalau Tuan berterusan begini, saya tak boleh tinggal lagi dalam Villa ni. Ia bertambah menyeksa saya.
Maafkan saya jika tindakan saya keterlaluan buat kamu, Qamra tapi belum sempat Tun Tunku Harith menghabiskan kata Qamra Ain melangkah pergi masuk ke dalam Villa. Dia terduduk di atas bangku kayu itu. Tun Tunku Harith menjajarkan pandangan ke arah kandang arnab. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia teringat semula pertanyaan Tunku Hazreen pagi tadi. Yes Im falling in love with her, Rein
J
ANGAN nak mengarutlah, Sein! I dont believe you! Papa is too veteran to falls in love again, okay! Sangkal Tunku Hazreen bila Tunku Hussein mengadu tentang apa yang didengari di laman Villa petang tadi. Selepas beredar pergi dari Villa terus dihalakan destinasi ke kondo kakaknya.
Tunku Raffzul pula menghilang entah ke mana. Semasa di jalanraya, dia nampak dari cermin sisi kereta BMW M7 GT-R milik Tunku Raffzul mengekori di belakang namun selepas melepasi lampu isyarat terus menghilang di sebalik celahan kesesakan lalulintas.
You have to believe me, Rein. Papa has gone mad! Jerit Tunku Hussein sambil menumbuk kuat dinding batu sekadar melepaskan geram terhadap Tun Tunku Harith yang berani menyentuh sekeping hati milik Qamra Ain yang menjadi rebutan mereka bertiga. Dia merenung belakang tangannya yang mengalir darah pekat hingga jatuh setitik demi setitik di atas lantai.
Kut ya pun marah, janganlah sampai nak tumbuk dinding yang tak bersalah tu ini bukan caranya nak selesai masalah, tegur Tunku Hazreen sambil menarik lengan adiknya hingga ke ruang tamu.
Tunku Hussein duduk berlabuh di atas sofa manakala dia berlalu pergi ke dapur dan kembali dengan kit kecemasan. Dibuka penutup dan terus dicapai kotak Handyplast. Dikoyak satu persatu lalu ditampal pada tempat yang luka.
Kakak bukannya apa, Sein. Papa tak sepatutnya wujudkan perasaan cinta dengan Qamra. Haish, kes parah ni! Kesian Qamra nak menanggung nanti.
I dont want to lose her, Rein keluh Tunku Hussein seraya memandang sayu ke arah kembarnya yang tersenyum kelat.
When times come, you have to let her go, Sein as
I let Aizal go. So, you have to be ready.... pujuk Tunku Hazreen sambil menepuk lembut bahu Tunku Hussein.
Sein, kita cintakan seseorang tak semestinya akan menjadi milik kita. Kadangkala kerana cinta, kita terpaksa lepaskan orang yang kita cintai pergi mencari sekeping hati yang benar-benar tahu erti cinta. Sekeping hati tu milik Tuhan, bukan milik Tuan. Kakak dapat rasakan yang Aizal telah temui separuh hati yang melengkapi separuh hatinya
Nampaknya, soalan aku pagi tadi dah ada jawapan Papa! You are falling in love with Dr. Qamra Ain!