Mencari Kiblat Cinta - 93
Tidak jauh dari situ, sepasang mata rancak memerhatikan situasi aneh yang berlaku di hadapannya. Kebetulan dia mahu keluar mencari air untuk menghilangkan hausnya, namun terserempak pula dengan Aliff dan Danira. Wajahnya segera berkerut tatkala menyedari bagai ada yang tidak kena antara Aliff dan gadis itu. Apatah lagi dia melihat wajah Aliff kelihatan berang bagaikan mahu menerkam ke arah gadis bertubuh kecil itu. Filman benar-benar bingung dibuatnya. Apa sebenarnya yang berlaku

Aliff melontarkan pandangan kosong ke luar jendela. Sejak dia naik menghantar Melia ke wad ayahnya sebentar tadi, dia terus turun semula untuk mencari gadis itu. Namun melihat Danira tidak ada di lobi hospital itu, dia merasa agak hampa. Entah kenapa, nalurinya menyuruh dia mencari gadis itu semula. Nama Naufal yang disebut gadis itu sering tergiang-giang di fikirannya.

Mungkinkah itu nama sebenarnya Lagipun tak mustahil begitu. Dia hanya anak angkat Tengku Amar dan Tengku Saida. Menurut ayahnya, dia diambil dari rumah anak-anak yatim semenjak dia masih kecil. Nama Aliff ialah nama yang diberikan lelaki itu padanya. Meskipun dia pernah terfikir untuk mencari siapa dirinya yang sebenar, namun perancangan itu sentiasa tidak menjadi. Dia sentiasa bersama-sama ayahnya. Dan sebaik usianya mencecah 19 tahun, dia dihantar pula ke luar negara untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Malah dia tidak ada masa langsung untuk memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya. Sehinggalah kini.

Gadis itu tiba-tiba hadir, malah membawa rasa rungsing yang berpanjangan di sanubarinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mudah merasa tertarik pada gadis berperwatakan aneh itu, yang sering merenungnya seolah-olah ada yang tidak beres antara mereka. Malah dia merasa seperti tidak mampu lagi membezakan antara realiti dan mimpi. Aneh! Hanya sekadar sentuhan di bahu gadis itu, fikirannya seolah-olah tenggelam pada mimpi yang kerap menganggunya. Kenapa begitu

Aliff.. panggil satu suara.

Aliff tergaman apabila disergah satu suara. Lantas dia menoleh dan bertembung pandang dengan renungan Filman yang menjamah ke serata wajahnya. Perlahan-lahan lelaki itu menghampirinya.

Melly ada dengan ma dan Naj kat atas. Beritahu Aliff tanpa dipinta. Dia tahu, pasti khabar tentang anak kecil itu yang mahu diketahui abangnya terlebih dahulu.

Filman mengangguk. Siapa yang hantar dia tadi Soal Filman.

Aliff kelihatan mengambil masa untuk menjawab. Entah, salah seorang dari cikgu Melly barangkali. Sahut Aliff serba tidak kena.

Danira Teka Filman. Sengaja dia berpura-pura di hadapan adiknya. Entah kenapa hatinya begitu kuat ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku antara Aliff dan Danira sebentar tadi.

Mahu tak mahu Aliff terpaksa mengangguk. Dia perasan dahi abangnya sedikit berkerut ketika memandangnya.

Err..ayah macam mana bang Tanya Aliff, sengaja melencongkan pertanyaan tentang soal kesihatan Tengku Amar. Dia benar-benar tidak ingin dikecamukkan lagi dengan persoalan tentang gadis itu.

Menurut doktor keadaannya dah stabil. Tapi ini serangan pertama ayah. Doktor minta kita berjaga-jaga. Jangan bebankan ayah dengan kerja-kerja di pejabat buat sementara waktu. Jelas Filman.

Aliff mengeluh panjang. Keadaan ayahnya tambah merungsingkan fikirannya. Selalunya lelaki itu sihat-sihat sahaja. Malah selama dia hidup bersama lelaki itu, belum pernah pula dia mendengar ayahnya menghidap sakit jantung.

Selama ni ayah kan sihat bang Kenapa tiba-tiba sahaja ayah terkena serangan jantung Aliff melahirkan kegusaran.

Filman terdiam. Dia sendiri tidak mampu menjawabnya. Namun dia sedar sejak akhir-akhir ini, ayahnya seperti mempunyai masalah. Lelaki itu juga jarang bercakap banyak dengan semua orang di rumah itu meskipun terhadap ibunya sendiri.

Abang, ayah takkan apa-apa kan Soal Aliff dengan nafas tersekat-sekat.

Filman memaksa diri tersenyum. Tak Aliff. Ayah takkan apa-apa, percayalah. Ujarnya cuba menenangkan perasaan anak muda itu. Dia paling tahu sejauh mana Aliff mengagumi dan menyayangi ayah mereka.

Aliff menarik nafas panjang. Dia benar-benar mahu mempercayai kata-kata Filman kali ini. Keluarga itu adalah segala-galanya untuknya. Dan dia tidak sanggup membayangkan apa-apa yang buruk berlaku pada ayahnya. Sungguh dia tidak sanggup!

******

Sebaik pulang dari menghantar Melia di hospital seperti keinginan Filman, Danira segera melepaskan penat di atas bangku kecil di ruang tamu taska itu, tempat anak-anak kecil di situ menjalankan aktiviti melukis ataupun mewarna.

Tubuhnya lesu. Fikirannya membeku. Wajah Aliff bermain-main di kelopak matanya. Senyum dan ketawa anak muda itu tidak mampu dilupakannya walau sejenak. Meski dia tahu sudah enam tahun dia tidak melihat Naufal membesar di hadapan matanya, tapi hatinya seakan membisikkan. Aliff adalah Naufal yang dicari-carinya. Tak mungkin akan ada Aliff lain yang mempunyai segala-galanya yang dimiliki oleh Naufal. Mungkin ada sebab kenapa anak muda itu tidak mengingatinya.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah Aliff akan menceritakan kepada Filman apa yang dikatakan Danira Siapa Aliff sebenarnya