MY PRETTY BOY - 94
YOU tiba-tiba ajak I keluar kita nak ke mana soal Tunku Raffzul kehairanan yang baru tiba di Villa Tun Tunku Harith. Walhal sejak mengenali Qamra Ain baru hari ini gadis itu sudi keluar berdua dengannya. Semalaman dia tak tidur lena dek tak sabar keluar berdua dengan Qamra Ain.

Tempoh hari Tuan Raff ajak saya keluar, so sebagai balasan biar saya pula ajak Tuan keluar, jelas Qamra Ain yang ayu mengenakan baju kurung dihiasi bunga-bunga kecil yang berselerak. Digayakan pula dengan tudung Neelofa dan solekan nipis di wajah. Segaris senyuman terukir di bibirnya yang lembap.

Wooo wooo wait, please boleh tak jangan panggil saya Tuan Just call me Raff. Sejak tahun lepas tak pernah sekali pun you sebut hanya nama I. Cuba sebut sekali suara romantis, boleh

Okey Raff puas hati

Tunku Raffzul tersenyum lebar. Begitu juga dengan Qamra Ain. Semalaman dia memikirkan cara untuk membalas pelawaan Tunku Raffzul semasa di tasik tempoh hari.

Ewahh. kamu berdua ni segak dan ayu bagai nak ke mana tegur Tun Tunku Harith sambil menuruni anak tangga.

Qamra ajak Raff date. We both nak spend masa bersama hari ni.

Tun Tunku Harith mengerut dahi. Dia memandang wajah mereka silih berganti. Pelik bin ajaib. Setahun Qamra Ain menghuni di Villanya tak pernah sekali pun diajak Tunku Raffzul keluar berdua. Jika Tunku Hardie dan Tunku Hussein tahu hal ini, mahu tercetus meroyan tanpa henti mereka nanti.

Ikatan khidmat saya dengan Tuan Harith telah pun tamat. Dah tiba masa untuk saya tuntut kebebasan saya dari keluarga Tuan.

Qamra whats wrong with you Tertinggi sedikit intonasi suara Tun Tunku Harith. Entah kenapa hari ini dirasakan lain benar perilaku Qamra Ain.

Qamra Ain menarik nafas lalu dihela perlahanlahan. Dia bangun dari sofa dan berdiri mengadap Tun Tunku Harith. Ada nada ketidakpuasan hati dalam pertanyaannya.

Maafkan saya, Tuan Harith, mohon Qamra Ain seraya tunduk hormat. Meskipun dia diberi kelonggaran keluar masuk Villa, sebagai seorang gadis yang diajar tata susila adab oleh arwah Babahnya ini tak bermakna dia harus mengetepikan Tun Tunku Harith.

Qamra Ain please, dont do this rayu Tun Tunku Harith.

Qamra Ain menarik lengan Tunku Raffzul tanpa menanti keizinan Tun Tunku Harith. Jejaka yang masih terpinga-pinga itu menurut saja langkah kaki Qamra Ain hingga ke parkir kereta. Mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta dan sebentar kemudian kereta tersebut menderum keluar dari perkarangan Villa.

Sampai di simpang jalan, keretanya bertembung dengan kereta Tunku Hussein. Masing-masing menekan brek kecemasan. Tunku Raffzul meluru keluar dari kereta. Begitu juga dengan Tunku Hussein.

Sein... ucapnya perlahan. Dari dalam kereta dia jelas nampak jejaka itu sedang memerhatikannya. Tunku Hussein menolak kuat pintu kereta lalu meluru ke arah kereta Tunku Raffzul.

Apa kau buat ni, Qamra Patutlah kau batalkan temujanji kita! Rupanya kau ada temujanji dengan Raff!

Hello, Sein! Dia ada hak untuk memilih dengan siapa dia nak keluar!

Kau diam, Raff. Ni urusan aku dan Qamra! Telunjuk Tunku Hussein lurus menuding ke arah sepupunya dengan wajah yang menyinga. Dia takkan berpuas hati selagi tak mendengar penjelasan dari mulut Qamra Ain. Tunku Hussein cuba menarik pintu kereta sebelah Qamra Ain namun dikunci dari dalam.

Qamra, buka pintu ni! Qamra! Dia mengetukgetuk cermin kereta merayu agar gadis itu keluar memberi penjelasan. Cermin kereta diturunkan separuh. Qamra Ain tak berpaling wajah langsung ke arah Tunku Hussein.

Qamra tak kesian ke kau kat aku Kenapa mesti, Raff Kenapa Kenapa

Raff, jom kita dah lambat ni, ajak Qamra Ain sambil menjenguk jejaka itu yang berdiri di sebelah tempat duduk pemandu.

Qamra! jerit Tunku Hussein.

Qamra Ain menaikkan semula cermin kereta. Tunku Raffzul masuk ke dalam. Sela seminit kemudian, kereta BMW M7 GT-R menderum laju meninggalkan Tunku Hussein yang masih bengang.

T

UN TUNKU HARITH melirik jam yang menunjuk pukul 8. Dari pagi tadi membawa ke malam masih lagi tak kelihatan kelibat mereka berdua sejak keluar pagi tadi. Dia mundar mandir di ruang tamu. Risau jika apa-apa yang berlaku pada mereka.

Hempasan kasut di muka pintu menyentak kerisauan tadi. Tun Tunku Harith sekilas menoleh. Kelihatan Tunku Hussein tergesa-gesa masuk ke arah ruang tamu. Kunci kereta dihempas atas meja lalu batang tubuhnya terus dihenyak ke atas sofa. Selepas seharian bersama Reza Rizman dan Rudy Armani terus dia memandu ke sini.

Serabai aje kamu ni, dari mana

Kenapa Papa benarkan Qamra keluar dengan Raff Papa tahu, kan yang Raff memang tunggu aje masa nak lamar Qamra!

Papa tak ada hak untuk halang kebebasan, Qamra Sein. Kamu pun tau, kan

Tunku Hardie yang bertatih keluar dari bilik terhenti di pagar tangga. Telinganya menangkap perbualan yang kurang enak antara Papa dan adiknya. Papa tahu, kan yang Sein cintakan, Qamra

Pengakuan Tunku Hussein menyentap relung hati Tunku Hardie. Dia terduduk di tepi tangga. Tak terfikir selama ini yang adiknya juga menaruh hati pada Qamra Ain. Sejurus kemudian muncul Qamra Ain dan Tunku Raffzul di muka pintu yang masih bergelak ketawa.

Tun Tunku Harith dan Tunku Hussein menoleh ke arah pintu. Begitu juga Tunku Hardie dari atas tangga. Tunku Hazreen yang baru keluar dari arah dapur juga turut terhenti melangkah memerhatikan kemesraan mereka yang berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.

Papa, sorry lambat hantar Qamra balik. Today is my precious moment with, Qamra. Finally, shes mine.

Berani kau, Raff! Tunku Hussein mencekak kolar leher hingga terdorong Tunku Raffzul ke depan.

Tunku Hazreen berlari meluru ke arah mereka bagi meleraikan tangan adiknya.

Dahlah tu! Sudah!! jerit Tunku Hazreen sambil menarik kuat tangan Tunku Hussein supaya melepaskan cengkaman kolar Tunku Raffzul.

Tun Tunku Harith juga turut membantu.

Apa yang dah merasuk fikiran kau sebenarnya, Qamra! Kau suka ke tengok diorang begini! Bergaduh sebab kau Tunku Hazreen mendekati Qamra Ain lalu digoncang-goncang perlahan bahu gadis itu.

Selama ni aku ikut telunjuk kamu semua! Aku ikut kemahuan kau, Rein. Aku ikut rentak hidup penghuni di Villa ni! Aku cuba bahagiakan setiap keping hati meskipun hati aku masih terselar luka lama. Apa yang korang balas demi kebahagiaan aku Kata-kata Qamra Ain memeranjatkan mereka di ruang tamu.

Di kala Qamra Ain menyeka air matanya di tubir mata, Tunku Hussein terlirik ke arah sebentuk cincin menghiasi jari manis gadis itu. Ya! Dia kenal cincin itu. Cincin pemberian Tunku Raffzul.

Tunku Hussein bergegas pergi menaiki anak tangga menuju ke biliknya di tingkat 2. Sewaktu dia mendaki ke tingkat 1, langkahnya terhenti di depan Tunku Hardie yang duduk membatu di situ.

Ini semua salah kau, Hardie! Salah kau! Hanya itu saja ungkapan yang sesuai bagi melempiaskan kemarahannya pada Tunku Raffzul dan menyambung semula langkahnya. Dia tak mampu berkata apa-apa. Di saat melihat dari jauh kilauan cincin belah rotan yang menghiasi jari manis Qamra Ain jelas sudah siapa pilihan hati gadis itu.

Dentuman pintu bilik Tunku Hussein menyentak mereka di ruang tamu. Serta-merta Tun Tunku Harith menoleh ke atas lalu terpandang ke arah Tunku Hardie yang sedang berpaut di pagar tangga. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk di tangga dan berjalan sambil teraba-raba dinding hingga hilang di sebalik pintu bilik.

Forget about, Sein. I nak shower dulu. Esok kita bincang dengan Tuan Harith mengenai rancangan kita bisik Tunku Raffzul perlahan ke telinga Qamra Ain sebelum beredar pergi mendaki anak tangga menuju ke biliknya yang bersebelahan bilik Tunku Hussein.

Sela minit kemudian, Qamra Ain pula mengekori langkah Tunku Raffzul dari belakang.

Qamra, aku belum habis cakap! panggil Tunku Hazreen namun cepat Tun Tunku Harith mencelah.

Calm down, Rein. Jangan serabutkan lagi fikirannya. Kita bagi ruang untuk Qamra tenangkan jiwa dulu. Kalau kita desak begini, takkan selesai masalah, pujuk Tun Tunku Harith lembut sambil mengusap rambut Tunku Hazreen.

Kenapa kau ditakdirkan mempunyai hubungan yang pelik dengan keluarga aku, Qamra.

Q

AMRA AIN menyelak tirai jendela ke tepi. Cermin tingkap dibuka seluas mungkin. Angin malam yang menderu sekali imbas melewati muka tingkap. Dia mendongak kepala ke dada langit yang gelap. Ditanggalkan kain telekung yang menutupi kepala. Selesai menunaikan solat satu pertiga malam, dipanjangkan sujud sembah-Nya agar ditemui jalan solusi konfliknya dengan keluarga Tun Tunku Harith.

Rambutnya yang panjang paras bahu sesekali ditiup angin malam. Hala matanya beralih ke arah kandang arnab yang suram cahaya menerangi. Hanya Turbo yang masih belum tidur. Mungkin juga merasai keperitan hatinya jika berterusan dia berada di Villa ini.

Qamra Ain berjalan mendekati meja sisi. Ditarik laci atas lalu dikeluarkan tas tangannya. Tangannya menyeluk ke dalam lalu dikeluarkan kotak kecil berwarna perak. Qamra Ain menanggalkan cincin pemberian Tunku Raffzul. Diamati cincin yang tertulis namanya sebelum diletakkan ke dalam kotak tadi.

Maafkan aku, Raff. Aku terpaksa lakukan semua ni demi keluarga ni, ucapnya sebak dan perlahan. Air matanya mengalir perlahan dari hujung mata. Sambil melirik ke arah jam dinding yang menunjuk dinihari. Dia yakin penghuni Villa ini sudah tentu enak dibuai mimpi yang indah. Memang sedang elok waktu untuk dilancarkan misinya.

Qamra Ain meletakkan kotak tadi di atas katil. Dicapai pula BB Z10 yang selesai mengecas penuh di atas meja. Dia mengambil tudung yang dipakai tadi lalu disarung atas kepala sambil melihat ke arah cermin di meja solek.

Assalamualaikum ucapnya sambil merenung wajahnya yang memenuhi di skrin sesentuh telefon selular itu.