PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 94
Kucup keningku tika puisi-puisi rindu tidak berdaya apa tika bulan mula bertengkar dengan awan tika matahari hilang pijar

Kucup keningku tika irama nusantara hanya dirai nyamuk tika perai seni menggagalkan susun sonata alam menjadi sesunyi ini

Ku ingin dengar khabar darimu bahawa aku telah sesat dalam selaut asa yang telah patah hanya kerana sebutir rindu yang ku tunggu pada sarat senyummu.