Pandangannya semakin kelam. Dia hanya mampu berserah pada takdir. Tindakan lelaki itu semakin rakus. Namun dalam keadaan lemah, cuping telinganya sempat menangkap satu bunyi. Bunyi bising itu semakin jelas kedengaran, namun dia sudah tidak berdaya lagi. Kepalanya kian pusing. Kelopak matanya juga sudah tidak mampu diangkat lagi.
******
Lelaki di hadapannya dibelasah bagaikan tubuh itu hanya sekarung punch bag. Dia benar-benar berang hingga wajahnya kelihatan merah padam. Badak dan Tim yang berada di situ langsung tidak berani mahu ikut campur. Bimbang menerima nasib yang sama seperti lelaki-lelaki itu.
Dia tercungap-cungap akhirnya. Tubuhnya yang keletihan disandar pada sofa di situ. Buku limanya yang bermandi darah ditilik sebentar. Bibirnya diketap rapat.
Macam mana sekarang Tanya Tim ingin tahu. Dia duduk di hadapan lelaki itu. Memerhatikan dengan teliti gerak-geri Cobe yang kelihatan berang. Badak dan orang-orangnya pula mengawasi lelaki-lelaki yang sedang mengerang kesakitan di atas lantai.
Aku sedang berfikir.
Mereka orang-orang Faruk, Cobe. Kalau Faruk tahu kita pukul orang-orangnya setengah mati begini, dia pasti akan balas dendam. Tim cuba memperingatkan.
Mereka patut mati aje. Jika diikutkan hati aku, aku bakar mereka hidup-hidup. Bentak Cobe.
Tim mengeluh panjang. Cobe memang panas baran orangnya. Kalau dulu siapa sahaja mengusik lelaki itu, pasti takkan selamat. Samaada mereka teruk dibelasah atau berakhir dengan koma di hospital. Tapi itu reputasi Cobe yang menjadi ketua di Kawasan Emas. Gerun dan sangat ditakuti oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap di sekitar ibukota. Tapi sekarang, panas baran Cobe berkait rapat dengan seorang anak gadis. Itu yang menyusahkan hatinya.
Aku akan uruskan Faruk, kau jangan bimbang. Keluh Cobe bagaikan menyedari wajah Tim yang kelihatan muram. Lelaki itu orang yang paling setia di sampingnya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Wajah lelaki peranakan Cina-India itu ditatap lama.
Aku bimbangkan kau, itu saja. Tutur Tim.
Aku tahu. Tapi Faruk takkan berani apa-apakan aku. Selagi Kawasan Emas memberikan keuntungan 60 peratus kepada Mr. Kay dan organisasi kita, tak ada siapa pun yang berani singkirkan aku. Ujar Cobe seolah-olah yakin dengan kata-katanya.
Bagaimana dengan gadis tu Tanya Tim.
Cobe tidak terus menjawab. Nafasnya keluh-kesah. Itulah yang aku bimbangkan. Bahaya kalau dia terus tinggal di rumah tu seorang diri. Bagaimana keadaan dia
Dia belum sedarkan dia. Aku dah bawa dia ke apartmen kau. Orang-orang aku tengah berjaga-jaga kat sana. Kau yakin itu tindakan terbaik Soal Tim lagi.
Maksud kau
Keluarkan dia dari rumah itu, apakah itu tindakan terbaik Bagaimana kalau dia tanya siapa kau Apa yang kau nak jawab nanti
Cobe terdiam. Dia tahu kebimbangan Tim berasas. Dia benar-benar memahami apa yang dirisaukan lelaki itu. Lebih-lebih lagi mereka adalah penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa. Dan Danira adalah satu-satunya orang yang boleh membawa mereka semua ke penjara. Itu dia sudah maklum sejak dulu lagi.
Aku berhutang padanya Tim. Aku akan lindungi dia dari Faruk meskipun aku terpaksa mati kerana itu. Ujarnya tegas. Tim hanya mampu mengelengkan kepala. Hendak memarahi lelaki itu, dia langsung tidak berdaya. Lagipun Cobe jenis lelaki yang akan berpegang pada janjinya.
Kelopak matanya terbuka. Namun cahaya yang masuk ke retina matanya membuatkan dia terpisat-pisat. Matanya mendongak ke atas, memandang siling bilik yang kelihatan asing. Tidak serupa langsung dengan siling biliknya di taska Kamila.
Danira bingkas bangun meskipun tubuhnya masih lemah. Wajahnya berkerut seribu. Otaknya sedang cuba mengingati sesuatu.
Imej dua lelaki berpakaian serba hitam itu kini menyusup masuk ke fikirannya. Begitu juga rakaman ulang tayang apa yang berlaku padanya sebelum ini. Tubuhnya masih terasa sakit-sakit akibat ditumbuk lelaki itu. Dia juga masih ingat bagaimana dia nyaris dirogol kedua-dua lelaki itu. Matanya sempat menilik tubuh badannya yang lengkap berpakaian. Hanya tudungnya sahaja yang entah ke mana! Hatinya ragu-ragu dengan apa yang berlaku.
Apakah maruahku sudah tercemar ya Allah Di mana aku sekarang ini
Kau dah sedar Soalan itu terpacul di telinganya. Dia tersentak lalu segera menoleh. Sebaik dia terpandang kelibat tubuh yang tidak jelas berdiri di sudut bilik, nafasnya mula tidak keruan. Perasaan takut dan gementarnya kembali menyerang.
Si..siapa awak Soal Danira resah. Dia bingkas dari katil lalu berdiri membelakangi dinding menghadap ke arah lelaki itu. Menyedari lelaki itu cuba mendekatinya, matanya segera mencari-cari sesuatu. Pasu bunga kaca yang berada di atas meja segera dicapai lalu dihala ke arah lelaki itu.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang mereka mahu daripada Danira