MY PRETTY BOY - 95
TUNKU HAZREEN mengeliat di atas katil beberapa kali. Sakit kepalanya semalam masih belum hilang sepenuhnya. Mbak Dewi yang menerjah masuk ke bilik kelihatan sedang menyelak langsir ke tepi sekaligus membenarkan cahaya mentari pagi masuk menembusi jendela.

Mbak silau mata saya tau! Adu Tunku Hazreen manja sambil menghadang matanya dengan lengan.

Mbak Dewi bertindak menurunkan sedikit kain langsir separuh jendela.

Anak dara tak elok bangun lewat waktu. Bila dah bersuami nanti, macam mana Takkan nak biar suami Cik Rein kebuluran tunggu cik isteri bangun, kan Leter Mbak Dewi sambil-sambil mengemas baju yang siap berlipat di dalam almari.

Tunku Hazreen bangun duduk menjulur kaki ke bawah. Rambutnya serabai diikat tinggi-tinggi.

Alahh Mbak. Time single inilah ada can nak bangun lewat. Bila dah kahwin, suami yang kejutkan yahoo! Tak sabarnya! ujar Tunku Hazreen tersenyum lebar sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Seronok rasanya dapat bergurau senda dengan Mbak Dewi.

Amboi gatalnya! Dah pergi bersiap. Pak Tunku pesan tadi panggil semua sarapan sekali, pesannya setelah selesai menyusun baju.

Dia beralih pula mendekati katil Tunku Hazreen yang bersepah. Dia menarik tangan gadis itu supaya bangkit dari katil.

Qamra dah turun soal Tunku Hazreen seraya mencapai tuala yang tersidai di kerusi.

Sementara menanti Mbak Dewi menjawab pantas tangannya mencapai berus gigi Oral B dan dipicit ubat gigi Colgate di atasnya.

Belum lagi. Tadi Mbak ketuk pintu biliknya. Senyap aje. Mungkin tengah mandi. Tak apalah nanti Mbak panggil Dr. Qamra.

Tak apa, Mbak. Biar saya yang panggil dia. Nanti Mbak turun bagitahu Papa sejam lagi saya turun, pesan Tunku Hazreen sebelum melangkah pergi masuk ke dalam bilik air.

D

IA menyanyi kecil sambil menuruni anak tangga. Sampai di tingkat 1 ditukar hala langkah menuju ke bilik Qamra Ain. Ketika melewati bilik Tunku Hardie, langkahnya terhenti. Tunku Hazreen meninjau ke dalam bilik yang pintunya renggang sedikit.

Anak matanya buntang bagaikan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menolak pintu seluasnya dan serta-merta mengejutkan Tunku Hardie yang sedang bersiap di depan cermin.

Abang! Abang dah pulih Syukur! Tegur Tunku Hazreen seraya meluru ke arah Tunku Hardie lalu dipeluk erat dari belakang. Dia juga turut menzahirkan rasa kesyukuran kerana derita penyakit lumpuh yang makan bertahun telah berakhir. Pagi ini, bila bangun dari tidur dia memberanikan diri berjalan tanpa perlu memegang dinding. Kini, dia boleh berjalan seperti sediakala.

Qamra tau tak yang abang dah pulih soal Tunku Hazreen memandang wajah Tunku Hardie di sebalik cermin.

Abang nak surprisekan dia. Hari ni abang nak bagitau pada Papa yang abang nak melamar Qamra menjadi yang halal buat abang.

Tapi, abang tahu, kan yang Qamra dah terima lamaran Raff semalam.

Tunku Hardie memusing badannya mengadap ke arah Tunku Hazreen. Kedua-dua tangan mereka bertaut. Bertahun dia kehilangan kasih sayang satusatu adik perempuan yang dia ada. Mulai saat ini, dia mahu Tunku Hazreen tahu bahawa dia teramat cintakan Qamra Ain tak pernah berkurang walau sedetik pun.

Abang kenal Qamra, Rein. Walaupun dia menerima lamaran Raff namun jauh di sudut hatinya masih terpahat nama abang ujarnya bersungguh-sungguh.

Tunku Hazreen mengangguk perlahan dan berharap agar mahligai cinta Tunku Hardie yang musnah dulu terbina semula.

Tunku Hardie meleraikan pegangan dan mengadap semula ke arah cermin. Tunku Hazreen pula beredar pergi menuju ke muka pintu. Langkahnya terhenti di hujung katil sewaktu pandangannya tertancap sebingkai gambar yang terletak elok di bawah sinaran lampu meja.

Gambar ni masa bila Tanya Tunku Hazreen di saat bingkai itu berada dalam pegangannya.

Ohhh tu gambar masa birthday Qamra. Abang hadiahkan belum sempat Tunku Hardie menghabiskan butiran kata, Tunku Hazreen meluru keluar bersama bingkai gambar Qamra.

Kedengaran bunyi derap tapak kaki Tunku Hazreen berlari dan sayup-sayup menghilang.

Rein, nak bawa ke mana bingkai gambar tu Eh, apa kena dengan Rein tu

P

APA! You need to see this! Tunku Hazreen yang masih tercungap-cungap menghulurkan bingkai tadi ke tangan Tun Tunku Harith sambil disaksikan oleh Tunku Raffzul dan Tunku Hussein.

Re Rein!! panggilnya tergagap-gagap. Terasa seluruh anggota badannya mengeletar. Sudu dalam pegangan juga terlepas berdenting atas lantai.

Your guardian angel is Qamra Ain, Pa! Jeritnya seraya air mata kegembiraan mengalir perlahan di pipi Tunku Hazreen. Syukur kerana pencarian selama bertahun oleh Papanya berakhir sudah.

What Gadis misteri yang Papa cari selama ni adalah Qamra Soal Tunku Hussein yang juga mengejutkan Tunku Raffzul.

Tunku Hardie yang baru turun mengalihkan pandangan mereka berempat di meja makan utama.

Hardie! Kamu dah pulih Alhamdulillah! Ucap Tun Tunku Harith.

Ringan sudah beban di kepalanya selama bertahun ini. Berita pencarian guardian telah ditemui serentak dengan Tunku Hardie pulih sepenuhnya dari lumpuh.

Apa yang bising-bising ni Soalnya yang sejak menuruni anak tangga dia terdengar kekecohan berlaku. Dia menarik kerusi duduk berdepan dengan

Tunku Hussein.

Hardie, Qamra gadis misteri yang selamatkan Papa malam tu. She is my guardian that Papa looking for! jawab Tunku Hazreen. Gembiranya di hati tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sungguh tak terlintas di mindanya yang Qamra Ain yang menyelamatkan nyawanya.

Ya ALLAH, kenapa selama kita kenal Qamra kita semua tak sedar yang Qamra berkait rapat dengan keluarga kita sebenarnya.

Rein, pergi panggil Qamra. Papa nak langsaikan hutang Papa pada dia, arah Tun Tunku Harith. Dia tak terdaya mahu berkata apa lagi selain dari menyampaikan ucapan terima kasihnya pada Qamra Ain yang patut dilangsaikan sembilan tahun dulu.

Tunku Hazreen bergegas pergi mendaki anak tangga ke tingkat 1. Sampai di pintu bilik Qamra Ain, diketuk beberapa kali. Tiada sahutan. Diketuk sekali lagi. Masih tetap sama. Tunku Hazreen memulas tombol dan menolak perlahan-lahan. Bilik yang disimbahi cahaya mentari luar menerangi sebahagian bilik.

Tunku Hazreen melangkah masuk. Dia memerhatikan sekeliling. Katil yang siap berkemas. Alatan meja solek juga tersusun rapi. Hanya alat solek milik Qamra Ain tak kelihatan di situ. Haruman aroma Lavender menusuk hidungnya. Terasa nyaman dan segar semasa berada di bilik tetamu ini.

Qamra kau ada dalam bilik air ke Panggil Tunku Hazreen sambil mengetuk pintu. Tiada sahutan juga. Dia memulas tombol dan menolak pintu seluasnya. Qamra Ain tiada di situ.

Mana dia pergi ni Tunku Hazreen menghenyak punggung di atas katil. Sekilas dia menoleh ke arah meja sisi. Anak matanya terus tertancap di situ. Sebuah kotak perak dan di tepi kotak itu terdapat memori kad microSDHC. Dicapai kedua-duanya dan ada Post-It Notes kecil dilekat sekali di situ

Maafkan segalanya!

Qamra Ain

Qamra! Kenapa kau tinggalkan aku lagi! Jerit Tunku Hazreen sambil menekup kedua-dua belah tangan ke wajah. Tanpa berlengah, dia beredar pergi turun semula ke meja makan.

Qam Qamra dah pergi tinggalkan kita semua! Beritahu Tunku Hazreen teresak-esak menahan sebak di dada.

What! Jawab mereka di meja makan serentak. Mmula bertandang sejak hilangnya secara

ANA kita nak cari dia ni! resah gelisah

tiba-tiba Qamra Ain dari Villa Tun Tunku Harith.

Tunku Raffzul mundar mandir. Fikirannya juga tak menentu. Tunku Hussein pula sejak pagi tadi tak henti-henti jarinya mendail ke talian telefon Qamra Ain namun hanya suara operator yang kedengaran di hujung corong.

Papa tak sangka gadis misteri yang Papa cari selama ni adalah Qamra, rintihnya perlahan.

Pandora yang dalam gengaman terlepas jatuh. Berderai satu persatu charms yang bersepah melantun ke lantai. Terduduk dia di atas sofa. Menyesal kerana tak pernah menyedari selama ini Qamra Ain ruparupanya guardian yang menyelamatkan nyawanya di malam tragedi itu.

Ini semua salah kau, Hardie! Kau yang harus dipersalahkan! Kau yang mulakan segalanya! Kalau tak kerana kau, Qamra takkan menderita dek sikap egois kau dan keluarga kita! Jerit Tunku Hussein dengan raut wajah yang menyinga.

Tunku Raffzul terdiam tanpa kata. Masing-masing tak punyai idea di mana gadis itu telah membawa diri.

Pasal kau juga aku jatuh cinta dengan Qamra walhal aku tau dia pernah cintakan kau, Hardie. Sekarang, apa dah jadi Kau, aku, Raff dan Papa terperangkap dalam cinta gadis yang sama!

Kalau tak dek gambar di bilik Tunku Hardie, sampai bila-bila pun mereka takkan tahu bahawa Qamra Ain merupakan guardian Tun Tunku Harith pada malam hujan petus itu. Gambar yang mengabadikan Qamra Ain yang sedang memegang sekaki payung merah dan di pengelangan tangan pula terlingkar seutas Pandora yang serupa dalam simpanan Papa mereka. Sungguh licik Tun Tunku Harith menyimpan rahsia hati selama ini sehingga mereka semua tak terhidu langsung perasaan yang dipendam oleh lelaki berusia itu.

Qamra terpaksa pergi demi kita semua, celah Tunku Hazreen.

Empat pasang anak mata terus mengalih pandang ke arah yang berdiri tercegat di tengah ruang tamu.

Takkan kau tak tau ke mana Qamra pergi, Rein! Bagitau aku! Aku nak cari dia! Tanya Tunku Raffzul sambil mengoncang-goncang kuat bahu Tunku Hazreen dan dia membiarkan saja diperlakukan begitu.

Aku tak tau, Raff tapi Qamra tinggalkan ni untuk kita, Tunku Hazreen menunjukkan memori kad yang berada di atas telapak tangannya. Tunku Hussein mengambil lalu ditukarkan dengan memori kad dalam telefon SG N5nya. Mereka menanti dengan sabar sehingga data di dalam memori kad dibaca. Hanya satu saja data yang ada, iaitu rakaman video. Tunku Hazreen perasan tarikh video sesingkat 10 minit itu dirakam 5 jam yang lepas.

Assalamualaikum

Tunku Hardie,

I tau ketika you tengok video ni, I tiada lagi berada di sisi you seperti selalu. Tiada sebarang kata lagi yang harus I ungkapkan. Biarlah cinta kita menjadi kenangan untuk you dan I maafkan you, Hardie. Dan, I maafkan segala-gala apa yang pernah you buat pada I. I harap you temui kebahagiaan yang you cari.

Tunku Hussein,

Terima kasih kerana menjadi teman mesra saya sepanjang saya perlukan seorang sahabat seperti awak. Saya tak boleh nafikan perasaan saya yang saya mula belajar menyintai awak sebelum saya mengetahui siapa awak sebenarnya. Bila saya ketahui kebenaran, bagaimana saya nak hadapi sedangkan awak tau saya pernah menjadi milik abang awak sendiri.

Tunku Raffzul,

Buat Raff, maafkan I kerana permainkan perasaan you. I tiada niat lain semata-mata mahu mereka bencikan I. I tiada pilihan, Raff. I terpaksa. I akui you seorang lelaki yang baik dan penyayang dan I yakin tiba waktu nanti, you temui seorang yang lebih sesuai dengan you.

Tunku Hazreen,

Buat sahabat setiaku, terima kasih di atas segala-galanya, Rein. Kau bagaikan kakak aku di kala aku tiada siapa lagi di dunia ini selepas aku kehilangan Babah. Kau yang banyak menyuntik semangat untuk aku teruskan hidup. Terima kasih, Rein kerana membenarkan aku menumpang kasih untuk seketika di dalam keluarga kau.

Tun Tunku Harith,

Maafkan saya kerana keluar dari Villa dengan cara begini. Biarlah perpisahan ini tanpa sesiapa tau, kelak nanti tiada siapa yang terluka, kan Terima kasih juga kerana memberi peluang pada saya merealisasikan impian Babah saya. Tuan Harith saya anggap seperti Babah saya sendiri. Demi kebaikan kita berdua, mohon Tuan lenyapkan perasaan cinta Tuan pada saya. Kita tak sepadan, dan anggaplah kehadiran saya selama ini hanya Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Yang Maha Kuasa sekadar menjawab persoalan yang bertahun ditunggu diutuskan untuk menyatukan keluarga Tuan semula.

Terima kasih kerana memberi saya ruang menumpang kasih di Villa ni. Sudah tiba masanya untuk saya melangkah pergi. Sandarkanlah pada kenangan yang ada.

Sekian, Terima kasih.

Usai mendengar, video tadi pegun di kala Qamra Ain tersenyum. Tunku Hardie terjelopok jatuh di atas lantai. Lemah dirasakan seluruh anggota badan. Qamra Ain pergi sebelum sempat melihatnya berjalan seperti sediakala. Perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipi. Begitu juga dengan Tunku Hussein dan Tunku Raffzul. Masing-masing tak dapat menahan kesengsaraan yang semakin menebal di lubuk hati.

Qamra juga tinggalkan ni untuk kau, Raff Tunku Hazreen menghulurkan kotak perak ke tangan Tunku Raffzul.

Jejaka itu lambat-lambat menyambut. Dia membuka perlahan-lahan dan terlihat sebentuk cincin yang terletak elok di tempatnya. Tunku Hazreen memeluk abangnya dari belakang. Dia juga tak dapat membendung kesedihan di hati, akhirnya dia menangis semahu-mahunya di atas bahu Tunku Hardie.

Kita kena cari dia sampai dapat! Tun Tunku Harith bersuara.

Dia tak boleh menerima kenyataan yang Qamra Ain pergi tinggalkan mereka semua begitu saja. Dia takkan lepas Qamra Ain pergi. Sejauh mana Qamra Ain pergi. Yang pasti dia harus dijejaki sebelum matanya tertutup rapat selamanya.

Tidak pada bintang di langit, tetapi pada bulan yang mengintai,

Tunaikan permintaanku di kala mataku sedang terpejam

- Aizal Fahmi -