Dia mengeliat beberapa kali sambil bersandar di kerusi bagi membetulkan urat-uratnya yang berselirat. Kedua belah tangannya diangkat tinggi ke atas. Kepalanya pula ditoleh sekejap kiri dan sekejap ke kanan. Dari siang tadi, tak menang tangan dia membaiki beberapa komputer yang dihantar padanya semalam. Disebabkan janjinya pada pelanggan untuk menyiapkan sebelum menjelang esok, terpaksa dia melangkau waktu makannya. Hanya sempat meneguk beberapa botol air mineral yang tersedia di peti ais. Dia tak kisah itu semua, asalkan permintaan pelanggan dapat ditunaikan.
Puas mengeliat dia mengalih pandang ke arah rakan kongsinya, Salem yang leka melayan aplikasi YM. Sesekali kedengaran, lelaki itu ketawa perlahan. Mungkin ada sesuatu perbualan di alam maya itu mencuit hatinya.
Tak habis-habis ngan YM! Apa nak jadi kawan aku sorang ni!
YM Dia teringat semula kepada pemilik ID Anggerik_Putih yang sekian lama menyepi tanpa khabar berita. Sembilan tahun lamanya, ID itu tak terpampang online di skrin monitor. Jika dulu, waktu begini Anggerik_Putih online meskipun hanya sejenak, tapi sejak dari malam terakhir itu tiada lagi menyapanya lagi seperti selalu.
Apa yang terjadi pada dia sebenarnya
Tersengih-sengih awat kau Tegur Aizal Fahmi sambil tangannya ligat mengemaskan peralatan yang bersepah di atas meja. Salem tersentak bila terdengar namanya diseru.
Aku tengah mengayat ada seorang awek. Best pula, lawak betul awek ni. Kau jangan risaulah. Bukan Anggerik_Putih pujaan hati kau yang aku ayat. Awek kilang, single lak tu. Comey aje aku tengok gambo Profil dia, balas Salem tanpa berpaling muka ke arah lelaki itu dek sibuk membalas chat.
Aizal Fahmi mengeleng kepala perlahan, sekelumit senyuman terukir di wajahnya.
Jangan lurus bendul sangat. Mana kau tau gambo tu memang gambo dia Entah-entah gambo siapa yang dia upload. Nak kasi kau angau lebih-lebih.
Habis Yang Anggerik_Putih buat kau angau tak tentu hala apa kes Tak sama ke Kau tu aje yang perasan lebey, Aizal. Tengok apa dah jadi kat kau. Angau pada orang yang entah wujud ke entah tak, Salem berbalik soalan padanya.
Terdiam dia tanpa jawapan. Ya! Kalau dulu dia percaya pada pemilik ID yang ikhlas dalam setiap perbualan. Tiba-tiba menghilang tanpa khabar.
Terdetik juga rasa curiga dalam hati. Sejak Anggerik_ Putih hilang dari radar YM, tiada lagi senyum di wajahnya. Jika dulu, hanya gadis misteri itu yang mewarnai hari-harinya di CA.
Malas dia hendak berdebat dengan Salem. Ada benar katanya sejenak tadi. Dia yang terlebih angau sedangkan gadis misteri itu hanya mungkin permainkan perasaannya saja. Ah! Dia juga yang salah. Gadis itu juga sudah maklumkan yang punyai kekasih hati sejak awal perkenalan di alam maya sedangkan dia yang rela hati meletakkan harapan tinggi perasaannya terhadap gadis itu. Jadi, siapa yang terlebih angau sebenarnya
Kau lupakanlah Anggerik_Putih khayalan kau tu, Aizal. Kalau wujud sekalipun, entah dah kahwin kut. Mungkin dah beranak pinak, mana ada masa nak main YM dah. Jangan percaya sangat relation alam maya ni. Bukan aku kata tak boleh, cuma jangan over sangat. Sekarang, kau yang merana lebey sedangkan gadis yang kau tergila-gilakan tu bahagia sakan di luar sana itu pun kalau benar-benar wujud.
Dahlah! Jom balik, ngantuk pula mata aku ni. Selalunya tak macam ni mata aku, Aizal Fahmi menukar topik perbualan. Tambah pula, sejak dua menjak ini dia kurang tidur lena.
Kau letih sangat kut. Dari pagi tadi kau kerja. Yang kau ni pun, tak payahlah janji siap esok. Cakap ajelah minggu depan siap. Kesihatan pun nak jaga juga, Aizal.
Komputer tu kena siap esok sebab sekolah nak guna untuk aplikasi apa entah pengetuanya cakap kat aku kejap aku fikir hah! 1BestariNet ke macam itulah bunyinya.
Dahlah! Kau pergi balik. Biar aku sambung kerja kau. Ada apa-apa lagi ke yang nak repair Soalnya sambil membelek-belek CPU yang tersusun sebaris di atas meja.
Itulah Aizal Fahmi yang dikenalinya. Tak suka kerja bersepah. Teliti dan kemas. Bukan macam dia, kerja serabut!
Yang lain aku dah settlekan. Cuma kau install aplikasi Microsoft Office yang latest punya.
Ai ai, Yang Mulia!
Aku balik dulu. Jangan lupa on alarm. Ha lagi satu aku dah tukar kata laluan. Kau tengok kat sticky notes yang aku tampal kat monitor, pesan Aizal Fahmi seraya mencapai helmet dan menyarung jaket kulit ke badan. Dia menolak pintu dan terus pergi ke arah parkir motor sambil memakai helmet.
Hanya jarak 2 kilometer dari kaf siber, dia berhenti memarkirkan motor Ducati di depan kedai 7-Eleven. Dia singgah sebentar di situ membeli beberapa barang keperluan untuk dibawa pulang ke rumah. Lagipun, seharian sudah dia tak menjamah apa-apa makanan untuk dijadikan alas perut kerana ralat bekerja.
Bak kata Salem, dia boleh saja memanjang tempoh baik pulih CPU namun disebabkan kasihankan dengan anak-anak murid sekolah yang teruja untuk belajar komputer. Itupun hasil sumbangan buat pertama kali mendarat di sekolah itu. Lagipun, hanya perlu menambah beberapa aplikasi untuk kegunaan sekolah jadi tak perlulah mengambil masa sampai 2-3 hari.
Usai memilih dan membayar di kaunter, dia melangkah keluar dari kedai tersebut. Sambil dia berjalan menuju semula ke parkir, dia mengeluarkan kunci motor dari dalam poket lalu dicucuh ke pencucuh sambil menyanyi kecil. Ketika enjin motornya hidup, di kejauhan anak matanya tertancap ke arah sebuah lorong yang samar-samar. Ada kelibat yang sedang berjalan terhoyong hayang di situ sambil menuruni anak tangga.
Aizal Fahmi berasa tak sedap hati. Dimatikan semula enjin motor lalu dia bergegas pergi menuju terus ke arah lorong itu dengan beg plastiknya yang masih berada di tangan. Semakin lama semakin dia mendekati sambil mencari kelibat tadi. Hilang dalam gelap. Hatinya berdegup kencang.Takut berbaur cuak. Mana mungkin jelmaan puntianak atau silap pandangan matanya di kala malam begini.
Dia memberanikan diri menuruni anak tangga perlahan-lahan, akhirnya ternampak kelibat yang dicari tadi sedang terjelopok duduk bersandar di tepi tembok. Aizal Fahmi mempercepatkan langkah menuruni anak tangga. Beg plastik tadi diletak atas tangga dan terus dia duduk bertinggung mengadap ke arah gadis itu.
Cik cik tak apa-apa Aizal Fahmi mengoncanggoncang perlahan bahu gadis itu. Tiada respon. Dalam samar-samar dia nampak jelas wajah yang bertentangan dengannya sekarang.
Ba... bawa sa saya per gi pinta gadis itu dalam keadaan mengigil. Suaranya juga semakin tenggelam.
Gadis itu cuba mengangkat kelopak mata namun dia terkulai di dalam pelukannya. Aizal Fahmi terkedu, buntu apa yang harus dia lakukan. Dia melilau memerhatikan kiri dan kanan jika tetiba ada sesiapa yang lalu lalang di waktu gelap begini.
Dia menghela nafas panjang. Waktu kritikal begini, dia harus menyelamatkan gadis ini terlebih dahulu. Jika ditinggalkan, takut lain pula yang terjadi. Perlahan-lahan dia mengendong gadis itu dan sambil berjalan, anak matanya tak terlepas dari memerhati gadis yang lena berada dalam dakapannya.
A
ssalamualaikum Pak Usop, Pak Usop! Buka pintu jap! Laung Aizal Fahmi berulang kali. Disebabkan kedua-dua tangannya masih mengendong gadis tadi, terpaksa dia mengunakan tendangan kaki beberapa kali untuk mengetuk pintu rumah Pak Usop.
Sela beberapa minit kemudian, pintu dibuka dan kelihatan Pak Usop sedang mengosok-gosok matanya. Sebelahnya pula kelihatan isterinya, Mak Sarah dengan mata yang layu.
Aizal Kamu ada apa datang malam-malam buta ni Kalau cari atuk kamu, dia tak ada kat sini. Pakcik dah hantar dia balik petang tadi, pertanyaan Pak Usop yang panjang menjela itu tak dijawab sebaliknya dia terus meluru masuk ke dalam rumah tanpa sempat menanggalkan kasut. Gadis tadi terus dibaringkan ke atas kusyen.
Ya ALLAH! Anak dara siapa yang kamu bawa lari ni, Aizal! Pak Usop yang dari layu matanya tadi terus buntang.
Begitu juga dengan Mak Sarah. Takut juga kalaukalau jejaka kacak ini membawa lari anak dara orang tengah-tengah malam buta.
Saya jumpa dia dekat belakang kedai 7-Eleven tadi, Pak Usop. Takut pula saya nak tinggalkan dia seorang diri kat situ. Saya tak ada tempat lain lagi nak tuju. Jadi, saya teringat kat Pak Usop dan terus bawa dia ke sini, terang Aizal Fahmi sambil tangannya menanggalkan kasut Adidas yang tak sempat ditanggalkan tadi.
Mak Sarah mendekati gadis itu.
Maafkan saya sebab masuk ke dalam sekali dengan kasut.
Tak ada apalah, Aizal. Kamu bukan sengaja pun. Nasib tak jadi apa-apa kat budak ni masa kamu jumpa dia, ujar Pak Usop.
Nampak cam bukan orang dekat-dekat sini, celah Mak Sarah. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi gadis itu. Panas!
Aizal, makcik rasa budak ni demam!
Makcik ambilkan semangkuk air suam, tuala kering dan panadol ya. Kalau ada Cool Fever pun lagi baik,pinta Aizal Fahmi.
Pak Usop hanya menjadi pemerhati dari tepi. Baru saja hendak dibuai mimpi, dikejutkan pula dengan ketukan kuat di pintu rumahnya. Nasib baik tak roboh dibuatnya pintu yang baru saja dibaiki pagi tadi garagara Tok Ayah.
Aizal Fahmi menanggalkan jaket lalu diletakan ke atas lantai. Lengan baju kemeja pula disingsing hingga ke paras lengan. Rambutnya yang terjulur di dahi dikuak ke belakang. Sela beberapa minit, muncul Mak Sarah tergesa-gesa membawa barang yang diminta olehnya berserta dengan selimut dan bantal.
Nah bantal, alas kat kepala dia. Pucat benar makcik tengok muka budak ni. Apalah dia buat malammalam begini... seorang diri pula tu.
Entah-entah budak ni lari dari rumah tak Teka Pak Usop. Risau juga kalau tiba-tiba ada orang menerjah rumah mereka. Dituduh pula melarikan anak dara orang. Tak ke naya nanti! Aduhai
Haish! Awak ni janganlah fikir sampai ke situ! Nasib baik Aizal yang jumpa. Kalau budak-budak entah ada niat tak baik, tak ke kesian budak ni, sangkal Mak Sarah mengeleng-geleng perlahan. Terdiam terus Pak Usop.
Aizal Fahmi mengambil mangkuk berisi air suam. Direndamkan tuala dan diperah separa kering. Dilipat kecil dan kemudian dibersihkan ke seluruh muka gadis itu. Cool Fever pula ditempek ke dahi. Wajah pucat lesi diperhatikan. Bibirnya putih. Timbul rasa sayu dalam hatinya. Siapakah gadis ini Apa yang menghantuinya hinggakan ditemui dalam keadaan yang tragik di hujung lorong gelap itu
Kalau tak keberatan boleh tak saya bermalam di sini Tak sampai hati pula saya nak susahkan Pak Usop dan Mak Sarah sebab saya yang bawa dia datang ke sini.
Tak apa. Kami pun boleh jagakan dia untuk kamu, Aizal. Takkan kamu nak tinggalkan atuk kamu seorang diri di rumah. Karang, tak pasal-pasal merayau lagi orang tua tu.
Betul kata Pak Usop tu, Aizal. Baliklah, biar kami yang jaga. Esok pagi kamu datang balik ke sini. Tengok keadaanya macam mana. Kalau melarat terpaksa kamu bawa ke klinik desa esok, cadang Mak Sarah.
Dia mengangguk faham. Berat hatinya untuk melangkah pergi. Aizal Fahmi berkalih muka semula mengadap ke arah gadis yang lena tidur di atas sofa.
Baiklah, saya balik dulu. Kalau ada apa-apa call saya, dia bangun dari hujung sofa.
Jaket dicapai lalu dipakai ke badan. Baru saja dia mahu melangkah ke muka pintu, dia terdengar suara perlahan seperti memanggil-manggil seseorang. Terus dia menoleh semula dan segera merapati gadis itu.
Ba Babah bawalah Ain pergi bersama Babah! Babah! Ain rindukan Babah! Meracau Qamra Ain dalam tidur.
Cik cik dah sedar. Ini ada panadol cik makan dulu sebelum demam cik melarat, pujuk Aizal Fahmi sambil memegang hujung sudu yang berisi 2 biji Panadol. Pak Usop pula terjenguk-jenguk di belakang Aizal Fahmi bersama Mak Sarah.
Qamra Ain berhenti meracau. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Disebabkan lampu kalimantang yang memancar tepat ke arahnya, dirapatkan semula kelopak mata. Aizal Fahmi memandang sayu. Tak semena-mena dia terpandang ada titisan air mata yang perlahan-lahan mengalir keluar dari hujung mata.
Aizal Fahmi mengesat air mata itu dengan hujung jari. Dia membantu gadis itu bangun bersandar di kerusi. Perlahan-lahan disuapkan panadol yang sudah dihancurkan tadi ke dalam mulut.
Nah, minum air ni.
Qamra Ain meneguk air sambil dibantu oleh Aizal Fahmi. Selepas itu diberi gelas kosong ke tangan Mak Sarah.
Aizal, kamu bawa dia masuk ke bilik kosong sebelah bilik stor sana. Biar dia tidur di situ. Kasihan pakcik tengok keadaannya ni, sayu kedengaran suaranya menyuruh pemuda itu.
Cik, izinkan saya angkat cik. Cik jangan takut, kami semua di sini berniat baik.
Dia mengangguk tak, mengeleng pun tak. Membatukan diri di atas sofa. Aizal Fahmi tak perlu menunggu jawapannya. Dengan berhati-hati dia mengendong semula gadis itu seperti tadi dan terus membawa masuk ke bilik yang disuruh oleh Pak Usop. Diletakkan perlahan-lahan di atas katil. Qamra Ain terlelap matanya semula. Aizal Fahmi menarik selimut hingga ke paras dada.
Saya balik dulu, Pak Usop, Mak Sarah. Saya tinggal motor kat depan 7-Eleven tadi, nak pergi ambil jap. Esok, saya datang sini. Jagakan dia untuk saya, ya Pesan Aizal Fahmi sambil bangun dari duduk di hujung katil.
Sejak dari tadi pandangan tak terlepas dari terus menatap wajah gadis itu. Ayu bertudung! Tapi, apa dia buat malam-malam begini kat lorong gelap tu