MY PRETTY BOY - 97
SALEM, 2-3 hari ni aku tak datang ke caf. Kau handle ok Pesannya yang duduk atas motor sambil memegang SG N5.

Awat kau Ribut tak ada, salji tak ada. Tetiba lak nak cuti, bergema suara Salem di corong telefon Acer miliknya.

Aku ada hal penting nak settle. CPU semua dah siap Pukul 2 petang nanti, pengetua sekolah tu nak datang ambil. Itu aje aku nak pesan, aku nak hang-up sekarang.

Talian dimatikan sebelum mendengar kata-kata terakhir Salem. Dia menyimpan semula telefon ke dalam poket seluar jeans. Aizal Fahmi menompang motor Ducati di tepi pagar. Helmet dibawa sekali. Sambil dia mengatur langkah, rambutnya disikat dengan hujung jari.

Assalamualaikum, Pak Usop oh Pak Usop, panggilnya di muka pintu yang sudah tersedia terbuka luas pintu.

Sementara dia menunggu kelibat sesiapa antara mereka yang muncul, anak matanya melilau memandang ke dalam. Selang beberapa minit muncul Mak Sarah dari arah dapur.

Waalaikumussalam ooo, kamu Aizal. Pak Usop pergi ke pasar kejap, beli barang dapur katanya. Masuklah dulu. Makcik kat dapur tadi, tanak bubur sikit untuk budak semalam tu.

Macam mana keadaannya, makcik Soal pertama yang diajukan olehnya sambil melangkah masuk ke dalam rumah selepas menanggalkan kasut. Helmetnya pula diletakkan atas para kasut.

Entahlah, Aizal. Lepas aje bangun terus dia bertanyakan arah kiblat untuk solat Subuh. Lepas tu duduk terperap dalam bilik. Puas makcik tanya itu ini, tak pula dia menjawab. Senyap aje. Trauma agaknya.

Trauma Mulutnya di herot ke kiri ke kanan sambil memikirkan sesuatu.

Ni ada beg galas yang dia tinggalkan semalam. Nasib baik pagi tadi saya pergi semula kat tempat tu, terjumpa beg ni, Aizal Fahmi menghulurkan beg milik gadis itu ke tangan Mak Sarah.

Kamu pergilah jenguk dia dulu ya. Makcik nak ke dapur kejap.

Aizal Fahmi mengangguk. Dia mengekori langkah Mak Sarah dengan ekoran anak mata sehingga hilang di sebalik langsir yang memisahkan bahagian dapur dengan ruang depan. Dia menyelak langsir ke tepi dan tercegat berdiri di depan muka pintu bilik semalam. Dari situ, dia memerhatikan gadis itu sedang termenung mengadap ke luar jendela.

Terima kasih pasal semalam.

Aizal Fahmi yang baru hendak menyapa terhenti terus. Pandangan gadis itu masih dihalakan ke arah laut yang luas terbentang. Sesekali angin bayu menyapa lembut wajah mulus itu dan mengibas-ngibas tudung yang dipakai.

Aizal Fahmi menghala langkah mendekati gadis itu dan berdiri di sebelah. Sama-sama mereka memandang ke arah luar. Masing-masing terdiam tanpa kata. Hanya kedengaran deruan angin laut melewati mereka berdua di tepi jendela.

Apa awak buat di situ Awak lari dari rumah Soal Aizal Fahmi berkalih wajah ke arah gadis di sebelah yang sedang memeluk tubuh. Mungkin masih berasa seram sejuk disebabkan demam semalam. Aizal Fahmi menanggalkan jaket lalu disarungkan dari belakang badan gadis itu.

Awakkan masih demam, ujar Aizal Fahmi sebelum gadis itu bersuara. Siapa nama awak

Ain.

Ain Pendeknya nama. Saya

Aizal! Ain! Jom ke dapur. Kita sarapan samasama, laung Mak Sarah dari luar.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Renungan ikhlas dari anak mata jernih Aizal Fahmi tampak jelas di mata. Diam tanpa kata. Cepat-cepat Qamra Ain melarikan pandangan.

Tu Mak Sarah dah sebut nama saya

Aizal Pendeknya nama

Aizal Aizal Fahmi. Jika bandingkan kita berdua, mungkin kita sebaya atau mungkin tak. Jadi, panggil saya abang Abang Aizal, ok ujarnya seraya menghulurkan salam perkenalan.

Qamra Ain teragak-agak menyambut salam jejaka itu dengan senyuman di bibirnya yang pucat.

Baiklah... a... abang, jawap Qamra Ain dengan nada yang sebak dan tersekat-sekat.

Sukar sungguh untuk dia hentikan kesedihan di relung hati sejak semalam. Setiap kali dia bersuara, setiap kali itu murah saja air matanya merembes keluar. Penat sudah dia menyeka dengan hujung jari setiap kali air mata hangat itu mengalir.

Dahlah, simpan dulu sedih awak tu. Jom, kita sarapan dulu, pujuk Aizal Fahmi sambil menghulurkan kotak tisu ke tangan gadis itu.

Abang tunggu Ain kat luar ye

K

AMU sesat ke atau apa, Ain Makcik tengok, kamu bukan asal dari sini, kan Cuba kamu cerita kat kami, kamu sebenarnya nak ke

mana Biar kami hantarkan kamu balik.

Saya tak terdaya untuk dia cerita apa yang sebenarnya telah berlaku.

Malas benar untuk diingati semula apa yang terjadi 3 hari lepas. Tak! Dia tak mahu dihantui lagi dengan kisah-kisah yang membuatkan dirinya bertambah menderita. Biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang penting, dia berjaya melarikan diri dari Villa itu! Kisah di Villa yang menyedihkan!

Jangan takut. Kalau Ain ada masalah apa-apa, cerita. Nanti abang cuba bantu mana yang boleh.

Ain tak nak apa-apa. Hanya nak minta keizinan dari penduduk di sini.

Keizinan apa, Ain

Ain nak tinggal kat kampung ni.

Tinggal di sini Ain... takkan kamu tak ada keluarga Apa kata keluarga kamu nanti Tercari-cari mereka nanti sedangkan kamu ada di sini. Makcik tak naklah nanti keluarga kamu kata kami culik anak mereka. Ain fahamkan maksud, makcik

Betul kata Mak Sarah tu, Ain. Bagitahu abang mana Ain tinggal. Biar abang hantar Ain balik, giliran Aizal Fahmi pula memujuk.

Jauh di sudut benaknya dia yakin benar yang gadis itu bukan lari dari rumah atau sengaja melarikan diri. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia bertindak sejauh ini. Hanya dia harus bersabar untuk beberapa ketika sehingga gadis itu bersedia untuk bercerita sendiri.

Ain tak nak balik lambat-lambat dia menyuap bubur yang beransur suam ke dalam mulut.

Begitu juga dengan Aizal Fahmi. Dia juga turut menyuap bubur ke dalam mulut sedangkan hala pandangan mata ke arah gadis itu sedang leka melayan perasaan sendiri. Kemudian dia berbalas pandang ke arah Mak Sarah. Kalau dia berkeras juga tak mahu pulang ke tempat asal, apa mereka boleh buat. Takkan hendak dihalau pula keluar dari kampung mereka.

Assalamualaikum Pak Usop memberi salam dan sekaligus mereka bertiga menoleh ke arah muka pintu.

Aizal Fahmi bangun dari kerusi dan terus menuju ke arah pintu untuk membantu mengambil beberapa beg plastik dari tangan Pak Usop.

Banyaknya barang dapur abang beli. Nak buat kenduri ke apa Soal Mak Sarah sambil membelekbelek setiap beg plastik yang diletakkan oleh Aizal Fahmi di atas meja.

Kitakan ada tetamu. Awak masak sedap-sedap sikit. Kamu Aizal nanti makan tengahari sekali kat sini. Meriah sikit, ramai-ramai. Ah, nanti panggil sekali budak Erul sebelah ini. Dia pesan kat pakcik, kalau kamu datang bagitau dia. Sibuk nak naik motor Ducati kamu tu katanya.

Erul kalau tau ada kakak kiut duduk sebelah rumah, habislah. Bertandang aje kerjanya nanti, celah Mak Sarah.

Tak apalah, biar Ain yang masak. Qamra

Ain bangkit dari kerusi lalu mengambil beberapa bungkusan beg plastik tadi tapi dihalang tangannya oleh Mak Sarah.

Kamu tetamu kami, Ain. Segan makcik, pujuk Mak Sarah berasa serba salah. Apa pula kata Aizal Fahmi nanti.

Ain ikhlas disebabkan keluarga makcik yang bantu Ain semalam. Bolehkan, makcik

Macam nilah, kita sama-sama masak, cadang Mak Sarah.

Qamra Ain mengangguk setuju. Masing-masing berbalas senyuman. Qamra Ain mengalih pandangan ke arah Aizal Fahmi. Lelaki itu juga turut tersenyum. Sekurang-kurangnya dapat juga dia merasa air tangan anak dara sunti seorang ini.

Mereka berdua beredar pergi masuk ke dapur. Tinggallah dia dan Pak Usop yang sedang leka mengulung rokok daun di pangkin depan rumah. Aizal Fahmi mengatur langkah keluar dari muka pintu dan duduk berlabuh bersebelahan dengan Pak Usop.

Di dapur, Qamra Ain memerhatikan dari jauh mereka berdua yang rancak berborak di pangkin luar rumah. Sesekali kedengaran gelak ketawa mereka. Tangannya leka mengupas bawang tapi pandangannya dihalakan ke arah Aizal Fahmi. Jejaka kacak itu mengingatkannya pada Tunku Hussein. Gaya dan keterampilan mereka berdua tampak serupa.

Ah! Buat apa dia harus ingatkan lagi pada lelaki itu. Semuanya sudah berakhir selepas video rakaman yang ditinggalkan atas meja bilik tetamu telah selamat ditonton oleh mereka semua di dalam Villa itu.

Owh!

Qamra Ain terhiris jari telunjuk. Darah memancut keluar tanpa henti. Tanpa berlengah, dia menyedut hujung jari bagi menghentikan darah yang berjijiran ke lantai.

Kenapa kamu, Ain

Sikit aje. Ada handyplast tak, makcik

Kat rumah tak ada. Nanti makcik tanyakan Aizal.

Tak... tak apa, makcik. Biar saya pergi beli di kedai, pantas dia menahan Mak Sarah dan ringan benar langkahnya mahu ke depan.

Biarlah Aizal yang belikan tunggu sini. Biar makcik jumpa dia sekejap, gilirannya pula menahan.

Qamra Ain terpaksa akur dengan kehendak Mak Sarah. Kalau boleh dia tak mahu langsung timbulkan masalah di dalam keluarga yang baru sehari dia menumpang duduk. Cukup-cukup sudah kisah yang pernah menimbulkan kekecohan di hari pertama dia melapor diri di THSC.

Di sebalik langsir, diperhatikan saja Mak Sarah menyampaikan sesuatu kepada Aizal Fahmi. Tibatiba lelaki itu menoleh ke arah dapur dan terus melangkah dengan pantas mendekatinya. Jari telunjuk disembunyikan ke belakang.

Ain, mana jari yang terhiris tu Meh sini abang tengok, soal Aizal Fahmi serius.

Dari raut wajahnya yang berkerut kening, jelas benar tampak kerisauan jejaka itu. Lambat-lambat dia menunjukkan jari telunjuk pada Aizal Fahmi.

Kenapa tak berhati-hati, Ain hujung jari telunjuk itu dimasukkan ke dalam mulutnya dengan tujuan untuk menghentikan darah dari terus mengalir tanpa henti.

Tindakan itu benar-benar mengejutkan Qamra Ain. Dia menarik semula jarinya dengan kuat.

Jangan abang Aizal hanya itu yang terpacul dari bibir mungilnya sebelum dia berlalu pergi masuk ke dalam bilik. Pintu bilik juga ditutup rapat.

Aizal Fahmi terkedu seketika. Dia berbalas pandangan dengan Mak Sarah.

Salah ke apa yang saya buat tadi, makcik

Mak Sarah hanya menjungkit bahu. Kemudian, dia berlalu pergi masuk ke dapur semula sambil mengeleng-geleng kepala. Pandai-pandailah kamu pujuk dia, Aizal!

Aizal Fahmi mengetuk pintu bilik beberapa kali. Tiada respon. Dia mendekatkan telinga di daun pintu. Sayup-sayup kedengaran suara gadis itu menangis dari dalam bilik.

Maafkan abang kalau tindakan abang tadi menyakiti hati, Ain. Buka pintu ni, Ain. Biar abang rawat jari Ain tu. Jangan dibiarkan macam tu aje. Melarat nanti. Dalam lukanya tu, Ain

Tak apalah, bang. Ain baru teringat dalam beg Ain ada kit kecemasan. kejap lagi Ain keluar, jawab Qamra Ain perlahan dari dalam bilik. Dia duduk di kepala katil seraya memandang sepi ke arah sekotak kit kecemasan yang dibawa sekali bersamanya keluar dari Villa itu.

Kenapa setiap apa yang dilakukan oleh Aizal sama seperti apa yang pernah dibuat oleh Sein pada aku dulu Jangan jangan tak mungkin!