LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 97
Mentari sudah mula bangkit lagi setelah berakhirnya malam yang sunyi tapi, ingatanku masih tetap terus berpesta hingga ke waktu ini

Senyummu adalah sebuah pesta yang tak henti-henti menari di dalam tiap kerdip mataku pabila terus memandangmu

Selamat petang manisku, apa khabar senyummu yang sentiasa membuatkan aku terus mahu berpesta di dalam setiap senyum itu

Dan aku akan sentiasa berharap tiap senyuman yang lahir dari bibirmu itu adalah senyuman yang hadir buatku

Senyummu adalah sebuah pesta yang sedang perlahan-lahan berubah menjadi cinta.