Qamra Ain menggenyeh mata dengan belakang telapak tangan. Dia yang bersendirian di pangkin kayu tunduk melihat ke bawah. Pasir halus dikuiskuis dengan hujung muncung selipar. Usai masak dan menikmati makan tengahari, dia meminta izin untuk datang ke sini.
Jiwanya terasa tenang. Kisah tragik yang ditinggalkan pada setiap individu di dalam Villa itu masih lagi segar dalam ingatan. Dia melangkah keluar dari Villa itu tanpa ucapan perpisahan.
Jauh termenung, teringat orang jauh ke tegur Aizal Fahmi sekaligus mengakhiri lamunannya yang panjang. Air mata yang entah bila menitis jatuh ke pipi diseka dengan pantas dengan hujung jari.
Tak ada apa... apalah, bang, jawabnya pendek.
Tak berani bertentang mata dengan jejaka yang duduk di sebelah. Anak mata Aizal Fahmi yang galak dan kuyu itu boleh mencairkan hati mana-mana gadis juga termasuk dirinya sendiri.
Tak sudi ke nak pandang, abang Jangan takut, abang tak makan orang.
Bu bukan macam tu. Cuma, mata abang tu mengoda sangat bila tengok Ain.
Ye ke Ain seorang aje yang abang pandang macam tu. Lagipun Ain seorang aje gadis yang ada di sini, usik Aizal Fahmi.
Qamra Ain tersenyum di sebalik wajah yang masih tunduk ke bawah.
Ain, pandanglah sini. Tak penat ke tengkuk tu asyik tengok aje ke bawah
Dia tiada pilihan lain. Diangkat wajah perlahanlahan dan terus menoleh ke arah Aizal Fahmi. Shin Hyesung! Wajah Aizal Fahmi seiras penyanyi Kpop itu. Apatah lagi dia memang peminat tegar dengan mamat bermata sepet itu!
Hah! Macam tulah. Tak adalah tengkuk abang ni ikut sama terpeleot, usik Aizal Fahmi sambil menghadiahkan kenyitan nakal.
Qamra Ain tersenyum kelat walhal dalam hati sudah terasa debaran perasaan.
Terima kasih sebab semalam.
Terima kasih aje, flying kiss ke tak ada Gurau Aizal Fahmi sambil tawa kecil yang diselindung sebalik telapak tangan.
Senyuman Qamra Ain yang meleret tadi sertamerta hilang. Dia menghela nafas panjang. Aizal Fahmi yang menyedari akan perubahan raut wajah gadis itu menjadi serba salah.
Abang ada salah cakap ke, Ain Maafkan abang
ya. Abang tak berniat nak
Ain nak tinggal di sini, boleh Ain tak nak balik ke tempat yang terpalit kesedihan dalam hidup Ain. Kalau boleh, Ain nak cari bilik kosong... duduk menyewa di sini.
Buat apa susah-susah Ain. Bilik yang kamu duduk tu memang kosong sejak makcik pindah sini. Tinggal aje dengan kami selama mana yang Ain mahu, sampuk Mak Sarah yang tiba dengan dulang yang berisi dengan 2 gelas air sirap. Di waktu panas begini, ditambah pula duduk di bawah pokok kelapa laut yang rendang memang sesuai untuk basahkan tekak.
Boleh ke, makcik soal Qamra Ain sekali lagi serta menengok ke wajah mereka silih berganti. Mak Sarah mengangguk perlahan sambil menghulurkan gelas ke tangan Qamra Ain manakala Aizal Fahmi mengambil sendiri dari atas dulang.
Kamu berdua berboraklah dulu ya.
Ain ni misteri sungguhlah. Jiwa abang ni, merontaronta nak kenal Ain lebih dekat, Aizal Fahmi meneguk air sirap hingga ditinggalkan baki separuh gelas.
Misteri Ain biasa aje, bang. Tak adalah misteri sangat. Kisah hidup Ain tak seindah kisah hidup orang lain.
Cukuplah setakat abang kenali Ain sebagai gadis yang abang lihat sekarang. Ain tak mahu kelak nanti abang terluka dan merana seperti mana empat Tunku yang terluka kerana cintakan Ain!
Tak kisahlah, Ain. Abang tak nak bila Ain bertindak lebih jauh, Ain menyesal dengan apa yang
Ain buat. Ain berhak rasa kebahagiaan.
Abang memang tinggal di sini ke Abang kerja Qamra Ain menukar topik perbualan.
Aizal Fahmi terkedu seketika. Baru dia perasan setiap soalan yang diajukan, tiada satu pun yang dijawab. Nampak sungguh gadis ini tak gemar bicara tentang kisah hidupnya.
Abang pemilik kaf siber kat pekan sana. Share dengan kawan abang, Salem. Sementara ni dia yang jaga kaf. Abang pula jaga Ain, senda Aizal Fahmi sambil mengangkat-angkat kening beberapa kali.
Abang ada kerja kosong tak kat kaf Ain nak cari kerja, dapat juga bantu keluarga Pak Usop. Takkan Ain duduk free aje, kan
Ain
Keluarga Pak Usop bagi Ain tumpang duduk di rumah mereka pun Ain dah rasa bersyukur, abang Aizal. Biarlah Ain balas budi mereka pula. Tapi, kalau tak ada, tak apalah. Ain cari kerja lain. Kilang ke, maid ke.
Jadi maid abang, nak tak
Nak! Nak! Terima kasih, abang Aizal! Terus dia setuju tanpa berfikir panjang. Setidak-tidaknya dapatlah meringankan beban pembelanjaan keluarga itu. Dia bangkit dari pangkin dan tak sabar untuk maklumkan pada Pak Usop dan Mak Sarah.
Ain, tunggu dulu! Abang belum habis cakap lagi!
Ain tak sabar nak bagitau Mak Sarah dan Pak Usop ni.
Abang Aizal! Atukkk! Perbualan mereka terhenti dan serentak berpaling ke arah Shahrul yang sedang mengayuh laju basikal menghala ke arah mereka.
Apa dia, Erul Soal Aizal Fahmi. Atuk! Atuk pengsan lagi kat rumah. Pengsan
Bawa Ain ke rumah abang sekarang! pinta Qamra Ain seraya mengikut langkah tergesa-gesa Aizal Fahmi menuju ke arah motor Ducati.
J
ANGAN risau, atuk tak apa-apa. Cuma letih sikit aje tu. Iyalah orang dah berumur, antibodi badan pun makin lemah. Oh ya, Ain dah berikan Paracetemol 2 biji. Biarkan atuk berehat di bilik.
Paracetemol Ubat apa tu, Ain Tak pernah sekali pun abang dengar ubat panjang bagai namanya, soal Aizal Fahmi serta mengaru-garu kepala yang tak gatal.
Dia hanya tahu, bila ke klinik desa di pekan sana jururawat tak pernah pula menyebut ubat sepanjang itu. Tak pernah sekali pun dia diberi ubat yang dikatakan oleh Qamra Ain tadi.
Ini ubat batuk, 3 kali sehari. Ubat selsema, 3 kali sehari. Antibiotik, 3 kali sehari perlu habiskan sebotol.
Semuanya selepas makan tau, abang kacak! Paracetemol Macam sama bunyi parasit aje
Paracetemol itu dalam sebutan generik atau lebih dikenali sebagai Panadol.
Oh ya ke Abang baru tau. Terima kasih, Ain. Sebenarnya, atuk abang selalu benar pengsan sejak akhir-akhir ni. Entah kenapa pun abang tak pasti.
Maaf kalau Ain bertanya, atuk pengidap
Alzheimer ke
Mana Ain tau
Ain nampak kat atas meja tepi katil, Donepezil HCI. Atuk makan ikut sukatan tak Sebiji setiap malam sebelum tidur
A ada. Tak pernah miss out satu malam pun.
Qamra Ain mengangguk faham. Memang benar kata Aizal Fahmi. Sempat tadi dia mengira beberapa biji ubat yang tinggal di dalam botol tersebut selepas meneliti tarikh ubat itu diambil dari klinik.
Mana Ain tau semua ni Musykil juga abang.
Ohh kebanyakan kawan Ain ada yang kerjaya doktor. Dari mereka, Ain belajar sikit-sikit tentang perubatan. Ermm atuk pun dah tidur. Biar Ain balik dulu dengan Erul, dia mengatur langkah beriringan dengan Shahrul menuju ke pintu pagar.
Kenapa Ain tak jadi doktor semula Langkah Qamra Ain terhenti. Senyuman meleret tadi terus menghilang.
Doktor Macam mana dia tau Aizal Fahmi yang bersandar di muka pintu mengatur langkah mendekati Qamra Ain yang berdiri tercegat di depan pagar rumah. Perlahan-lahan dia meraih tangan Qamra Ain lalu meletakkan sesuatu di atas telapak tangan gadis itu.
Jangan sia-siakan bakat yang awak ada, Dr. Ain.
Aizal Fahmi berlalu pergi masuk semula ke dalam rumah. Qamra Ain membuka gengaman tangan perlahan-lahan. Sebuah steteskop yang masih elok. Patutlah Aizal Fahmi memanggilnya doktor. Tak semena-mena air mata jatuh berjujuran ke pipi. Tersedu-sedan Qamra Ain menahan esak tangis. Pilu dan hiba. Kerana impikan kerjaya doktor, lagenda cintanya bermula.
Dia kembali duduk di pangkin kayu mengadap ke arah samudera di senja nan merah. Qamra Ain selayang pandang ke arah steteskop yang masih dalam pegangan. Hanya itu kenangan yang dia ada. Kenangan persahabatan yang terbina sekian lama.
Patutlah beria-ia gadis itu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Kononnya mahu menebus kesalahan yang dilakukan oleh Tunku Hardie. Tak terfikir langsung yang Tunku Hazreen juga berkolaborasi dengan Tunku Hussein. Begitu ketat Tunku Hazreen menyimpan rahsia hubungan mereka berdua. Pura-pura tak mengenali satu sama lain.
Di waktu senja yang semakin merangkak di ufuk timur itu, Qamra Ain menangis semahu-mahunya.
Sungguh aku rindu kau, Rein!