Mencari Kiblat Cinta - 99
Maaf, itu darah saya. Saya terjatuh masa nak kemaskan barang-barang tu. Dalih Danira.

Kat mana luka tu Giliran Filman pula bertanya. Wajah itu tampak serius. Danira terkedu. Bibirnya diketap rapat. Aduh! Banyaknya tanya! Bagaimana dia mahu menang jika diserang bertubi-tubi begini

Er..maaf Filman, tak elok kalau saya tunjukkan luka saya tu. Tapi percayalah, saya tak apa-apa. Lagipun sekarang saya dah balik kan Dia memandang Filman seolah-olah memohon pengertian lelaki itu.

Filman dilihatnya mengeluh panjang. Zulbhan pula mendengus lalu berlalu pergi dari situ. Geram agaknya lelaki itu dengan sikapnya yang memberi pelbagai alasan. Namun dia ada sebab tersendiri. Jika diikutkan hatinya, ingin benar dia membuka mulutnya bercerita pada semua orang tentang kejadian menakutkan yang dialaminya. Namun dia terpaksa membatalkan hasrat hatinya sebaik mendengar amaran lelaki itu.

Jangan beritahu sesiapa hal malam tadi. Ujar lelaki itu sebaik menghantarnya pulang di simpang menuju ke taska itu.

Kalau tidak awak nak buat apa Bunuh saya

Lelaki itu tersenyum. Tak, aku takkan bunuh kau. Tapi aku mungkin akan cederakan orang-orang di sekeliling kau. Mungkin bermula dengan wanita bernama Kamila tu. Ugut lelaki itu.

Dia tergamam. Kata-kata lelaki itu membuatkan dia resah. Sungguh dia tidak mahu Kamila diapa-apakan. Kerana itu dia mereka pelbagai alasan meskipun ada di antaranya yang tidak logik.

Danira, we need to talk. Joshua tiba-tiba bersuara. Danira berpaling. Namun bukan wajah Joshua sahaja yang bertamu di matanya, malah dia juga sempat melirik ke arah Filman. Lelaki itu asyik merenung Joshua yang sedang menghampirinya. Melihat dari cara Filman memandang lelaki itu, wajah Filman mengandungi riak tidak senang. Hati Danira mula berbolak-balik. Ya Allah! Aku tak boleh biarkan Filman tahu apa-apa mengenai aku. Bukan sekarang!

Kak Mila, saya nak keluar sekejap dengan Joshua. Boleh tak Pinta Danira.

Kamila tercengang. Namun melihat wajah Danira yang kelihatan bersungguh-sungguh, mahu tak mahu dia terpaksa mengangguk. Tanpa menanti lebih lama, Danira segera beredar dari ruangan itu sambil diekori Joshua dari belakang. Kamila segera mengerling ke arah Filman yang berwajah bingung. Dia tahu benar apa yang sedang difikirkan lelaki itu. Pasti Filman tertanya-tanya siapa lelaki bersama Danira itu.

Pinggan berisi hirisan kek strawberry yang nampak cantik langsung tidak dipandang. Malah jus oren yang terletak di hadapannya juga tidak bersentuh. Keadaannya sama dengan Joshua. Lelaki itu juga seolah-olah tidak berminat mahu menyentuh makanan di hadapannya.

Untuk sejenak mereka hanya membisu sambil menatap antara satu sama lain. Sesekali dengusan Joshua kedengaran. Danira menatap lelaki itu dalam-dalam. Wajah Joshua masih ada kesan-kesan lebam, namun kesegakan lelaki itu masih jelas terserlah dengan kemeja putih dan slack yang menyerlahkan gaya seorang pengamal undang-undang.

Awak dah sihat Soal Danira memulakan perbualan.

Joshua tidak menjawab. Mata lelaki itu serius memandang ke arahnya.

Baguslah kalau awak dah tak apa-apa. Saya gembira tengok keadaan awak dah pulih Josh. Tutur Danira benar-benar ikhlas.

Lelaki itu tiba-tiba menepuk meja di hadapannya agak kuat. Danira tersentak. Renungan Joshua tajam menikam wajahnya.

Semua orang kat rumah tu tahu Danira berbohong. Saya pun tahu Danira berbohong. Sampai bila Danira nak rahsiakan perkara tu pada saya Getus Joshua berang.

Danira tunduk. Kemarahan Joshua menular hangat.

Apa sebenarnya berlaku kat rumah tu Mereka ada apa-apakan Danira

Josh, saya okey. Awak nampak sendiri yang saya okey.

Darah tu darah siapa

Danira terdiam. Lidahnya seakan kelu mahu menjawab.

Berapa ramai mereka semua Danira cam siapa mereka Soal Joshua serius.

Danira menggeleng. Saya tak nampak apa-apa.

Apa maksud Danira

Mereka semua pakai serba hitam dan topeng muka.

Berapa ramai

Dua.

Darah tu

Darah salah seorang dari mereka. Saya pukul dia lepas tu saya lari dari situ. Ujar Danira meskipun bukan semuanya benar. Nafasnya bergetar mengingatkan peristiwa malam semalam. Dia benar-benar ketakutan ketika itu. Nyawanya seolah-olah berada di hujung tanduk.

******

Dahi Joshua berkerut. Kata-kata gadis itu membuatkan dia memikirkan sesuatu. Jangan-jangan kejadian kali ini didalangi Tengku Amar. Dia teringat bagaimana lelaki itu beria-ria mahu mencari Danira. Malah dendam yang terpamer pada wajah lelaki itu amat menggerunkan. Tapi mustahil Tengku Amar sebodoh ini dan sanggup mencederakan Danira!

Wajah lelaki di taska tadi tiba-tiba menjengah ke dalam ingatannya. Dia perasan anak mata lelaki itu tak sudah-sudah memandangnya. Didorong rasa tidak selesa kerana diperhatikan itulah, membuatkan dia mengajak Danira keluar. Tapi ada sesuatu pada wajah lelaki itu yang membuatkan dia merasa aneh. Wajah itu persis dengan Firdaus!

Lelaki yang ada di taska tadi siapa sebenarnya Tanpa disedari Joshua melabuhkan pertanyaan.

bersambung

Bab akan datang:

Lelaki yang mana satukah Joshua maksudkan Danira