TORA DATANG LAGI - 99
Dunhill merupakan di antara jenama-jenama rokok yang popular di kalangan perokok-perokok Malaysia. Popularnya Dunhill sehinggakan semua peniaga rokok turut menjualnya secara batang. Selain mendapat permintaan tinggi, keuntungan menjual batang juga adalah lebih masyuk.

Dengan harga yang murah, ianya tidak menjadi bebanan kepada mereka. Kebanyakan seluar sekolah ketika itu ditempah dan dijahit poket rahsia pada bahagian dalam seluar yang ngam-ngam untuk menyimpan kotak rokok 7 batang.

Berlainan pula dengan kotak 14 batang yang dipercayai memuatkan rokok-rokok Dunhill kelas bangsawan. Justeru, rokok-rokok di dalam pek 14 dipercayai mempunyai rasa rokok Dunhill yang paling sedap dan berlemak jika hendak dibandingkan dengan rokok Dunhill dari pek-pek lain. Perkara ini selalu diketawakan oleh orang yang tidak menghisap rokok kerana mengarut apa asap rokok dari jenama yang sama boleh berbeza kesedapan. Jikalaulah mereka bijak, jika dihitung harga sebatang rokok untuk setiap pek nescaya mereka akan ketemu jawapan untuk kejahilan mereka.

Dunhill kotak 20 batang, tiada apa cerita. Koyak plastik, jual ikut batang.